PART 21 : EGM

429 3 0
                                    

Amran berkira2 sama ada nak pulang ke rumah atau pergi ke rumah Salim. Mungkin rakan2nya yg lain ada di rumah Salim. Dia rasa perlu berjumpa dengan mereka untuk menyampaikan perkhabaran kurang enak yg sedang menghantuinya itu. Namun, memikirkan dia ada tanggungjawab lain yg perlu diselesaikan di rumah, dia memutuskan untuk pulang ke rumah terlebih dahulu. Dia terlalu lapar..

"Acik Fasha kirim salam.." kata Amran kepada emaknya sambil mencedok nasi dari periuk ke dalam pinggan.

"Waalaikum salam. Apo koba eh?" balas Makcik Kiah.

"Sihat yo" jawab Amran, kurang bermaya. Amran buka almari lauk. Yang ada cuma seekor ikan selar goreng dan sedikit kangkung. Dipotongnya bahagian kepala ikan dan bahagian ekor ditinggalkan untuk Nora. Sayur kangkung juga diambilnya separuh. Dia lalu bersila di atas tikar mengkuang yg sedia terhampar di ruang dapur rumah mereka.

Makcik Kiah yg sedang mengangkat bantal dari birai tingkap sekadar memerhatikan anak bujangnya yg begitu lahap menjamu selera.

"Iha anak eh tu sebayo kau kan?" pertanyaan Makcik Kiah yg tiba2 itu merencatkan kunyahan Amran. Namun dengan segera Amran berjaya mengawal keadaan. Dia tak mahu ibunya menghidu riak terkejutnya apabila tiba2 nama Fariha disebut.

"Aah.." jawabnya sehabis selamba sambil meneruskan kunyahan. Dalam hati, dia ternanti2 apakah yang sebenarnya hendak disampaikan oleh ibunya. Apakah ibunya bercadang hendak masuk meminang Fariha?

"Sebayo kau.. dah jadi orang deh dah. Ekau tu, harap yo lelaki, tapi tak tontu arah laie.." kata2 Makcik Kiah itu agak kurang enak pada pendengaran Amran. Walaupun kurang jelas dengan maksud ibunya, namun Amran tak mahu bertanya lanjut. Baginya, lebih baik dia diam. Dia tahu, jika dia diam, ibunya juga akan diam. Apa yg dicakapkan oleh ibunya itu bukan soalan. Jadi tidak perlulah dia menjawabnya walaupun kata2 ibunya itu sedikit sebanyak menimbulkan persoalan dalam hatinya.

Selesai makan, Amran masukkan pinggan dan cawannya ke dalam besen yg terletak di tepi pintu. Dia tidak perlu membasuhnya kerana membasuh pinggan mangkuk adalah tugas Nora.

Lepas solat Zohor, Amran meminta keizinan Pakcik Latif yg sedang seronok mengorek telinga dengan gulungan kertas untuk keluar ke rumah Salim.

"Kang jgn lupo lak kutip lantun.." itu saja pesan Pakcik Latif. Amran tak pernah lupa. Itu memang tugasnya setiap hari.

Razak dan Leman tiada di rumah Salim. Waktu tengah hari begitu, kebanyakan penduduk kampung berehat di rumah masing2. Salim sendiri pun sedang berehat sambil membantu adiknya membuat kerja sekolah.

Seperti yg Amran sudah agak, Salim turut terkejut dengan berita Haji Murad hendak membeli basikal Tuk Said. Salim sendiri jadi tak senang duduk. Terus diajaknya Amran mengumpulkan semua ahli kumpulan perayau mereka untuk satu mesyuarat agong luar biasa. Destinasi pertama yg mereka tuju ialah rumah Leman.

"Iha nak ko jual biska tu?" tanya Leman sebaik sahaja diberitahu berita skandal penjualan basikal tersebut. Amran dan Salim tak mampu menjawabnya sebab mereka bukan Fariha.

"Kito kono tanyo sendiri kek Iha.." kata Leman sebagai maklum balas kepada soalannya sendiri tadi.

"Takkan nak poi ghumah Iha lak..?" tanya Amran.

"Tak yah.. kito tunggu dio kek kodai Ajak" jawab Leman. Amran dan Salim mengerut dahi tanda tak faham. Takkan nak harap Fariha datang ke kedai Razak untuk membeli rokok Tuk Said? Hati Amran tertanya2 sendiri.

"Iha sekarang ni ngajar tuisyen budak dajah onam kek sekolah. Dio sekali la mo Azi dgn Ina. Koleh tusyen eh potang, puko ompek sampai onam. Nak poi sekolah kan kono lalu kodai Ajak. Kito tunggu kek kodai Ajak, dio lalu kang kito tahan la.." jelas Leman. Barulah Amran dan Salim faham.

"Mano lak kau tau dio ngajar tusyen?" tanya Amran.

"Cikgu Nordin offer kek den sekali. Tapi den maleh. Haha.." jawab Leman sambil ketawa kecil.

Mereka beriringan ke kedai Razak. Kalaupun bukan sebab hendak berjumpa Fariha, mereka tetap perlu mencari Razak untuk disampaikan berita kurang baik itu. Harapan mereka agar Razak ada di kedai kerana jika Razak tiada di kedai, mereka perlu ke rumah Razak untuk mencarinya. Rumah Razak pula bukan dalam laluan ke sekolah.

Amran dan Rakan-rakanWhere stories live. Discover now