Kemalangan Yang Amat Besar

12 0 0
                                    



"Kematian itu tetap pasti datang pada waktunya!" pak Imam di surau berdekatan itu menyebut di loud speaker... itu lah detik pemulaan yang mengakhiri dunia Jauhar..


Jauhar adalah seorang lelaki yang selama ini mulakan hidup nya dengan penuh kebahagiaan di suatu masa dahulu, semasa negara asal usulnya masih di bawah panji keadilan yang tidak lama kemudian nampak mula dengan pengakhirnya yang dasyat. Akan politik semasa yang memberi rungsingan bila membawa perubahan ekonomi secara mendadak, terus mengubah kehidupan Jauhar buat selama-lama nya.



Jauhar hari ni berumur awal 20an, dan dia kerap menyusahkan hidup keluarganya. Dia tidak mahu berkerja dan hanya tidur, dan bermain media sosial tanpa ada rasa segan-silu. Walaupun dia gemar mandi, akan tapi kehidupan nya masih dinodai dengan bau-bauan yang busuk, datang nya dari bilik nya sendiri. Mungkin bermulanya syaitan mula bercembuk dengan nya, sang burung berwarna biru itu hanya mampu memerhati sahaja.



Dia tidak mahu insaf, bagaikan egoist seperti firaun, dia ingin mencabar tuhan, dan mencabarnya tanpa ada rasa takut dan tanpa emosi. Fikiran nya penuh dengan pikiran negative, sudah lah badan nya berbau busuk, dan mulut nya sentiasa menyumpah setiap orang di sekeliling nya.


Allah dan para Malaikat melakhnat nya, walaupun dia pada mulanya seorang yang ada sedikit agama. Akan tetapi Jauhar ini mula melarat dari sehari demi sehari. Lebih merungsingkan bila dia telah dibuang kerja dan perkara ini sering berlaku. Mulut nya pula tidak pernah tidak berbau tanpa bau nikotin, seorang perokok yang amat tegar.



Perempuan yang dahulu menyukainya sekrang membenci nya dengan sepenuh hati. Mana tidaknya, sudah lah gemuk, perangai pemalas, kerja pun tidak, mulutnya pula busuk, hati nya pula busuk, dan tak pernah ingin nak cuba untuk memperbaiki diri.


Walaupun berlainan sedikit dari Firaun, tapi pada hakikatnya mereka sangat sama. Egoist lelaki yang tidak berguna ini sama sahaja. Setiap penjuru manusia memang menyumpah dekat mereka, walaupun masih "Fake" di depan nya, berbaik dan bertegur sapa, tapi di dalam hati mereka menyumpah-nyumpah Jauhar sebab membencinya hakikat dirinya.



Noktah...



Akan tiba masa nya, bila Tuhan sekelian alam memberi balas kepada manusia sebergini rupa.

Pada satu malam itu, Jauhar dapati rokok nya telah habis.

Dia keluar di malam hari, tetapi badan nya masa itu lemah sebab darah nya telah sekian lama kotor dengan nikotin.

Ajal dan Maut, di dalam kegelapan itu hanya melihatnya sahaja.

Masa nya hampir tiba kata Maut kepada Ajal. Ajal pun melihat nota yang dibawanya dan mengelengkan kepalanya sahaja.

"Adakah manusia ini kah kita perlu ambil nyawanya?" Ajal menanya soalan itu kepada Maut.

Maut pula, menjawab balik "Ia." tanpa menambah ayat nya sedikit pun.




Telah ditentukan Ajal, telah pun tiba bagi Jauhar.. penunggang-penunggang kereta yang sedang berlumba kereta dan mabuk membawa keretanya mereka pada kelajuan yang amat laju.


Jauhar masa itu melihat telephone bimbit nya sambil mendengar musik, dia pun tidak sedar ada kereta ingin membunuh nya dengan tidak disengajakan.


Masa dia melintas jalan, kereta itu dengan pantasnya melanggar Jauhar dari arah belakang nya, sambil mematahkan beberapa tulang belakang nya, dan kereta di depan nya pula panik dan melanggar kepalanya sampai terputus kepalanya dari badan.



Sungguh malang sekali.


Apa yang lebih malang, keluarganya langsung tidak ingin melihat mayat nya.. dia dikuburkan hampir di tempat dia meninggal dunia. Masa solat mayat pun, tiada yang sudi solat kan nya sebab banyak perkara "keras" sudah mula berlaku.


Menjeritnya Jauhar di dalam kubur nya sekuat-kuatnya, apabila Malaikat yang keras itu ditugaskan untuk menguruskan nya.. itu hanya permulaan.. penyesalan yang tidak ada akhirnya.


Tukang jenazah yang kuburi beliau pun berkata, dia kedengaran Jauhar menjerit kesakitan, padahal dia telah mati, bagaimana pula dia mendengar suara nya itu.


Sebab itu kematian itu bukan perkara main-main.. buat tuan-tuan, dan puan-puan yang tidak lama lagi akan jadi bakal jenazah.


Selamatkan lah diri kamu sendiri, sebelum terlambat.




- Bebird Berwara Biru (Kuala Lumpur, Malaysia)

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 16, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kemalangan Yang Amat BesarWhere stories live. Discover now