Bab 1

67 1 0
                                    

Seorang pelajar 6 Neptun Atas telah mendengar perbualan antara guru displin dan guru-guru yang lain tentang kem kepimpinan yang diadakan dalam tempoh terdekat perkara ini sudah menjadi isu yang terhangat dalam kalangan pelajar. Bak kata Wahi Zulaikha 'terhanget dipsaran'.

"Wei, Ika! Kau ada dengar tak pasal kem kepimpinan tu? Aku dengar cikgu-cikgu kita tengah bincang pasal kem tu."ujar Farihin kepada Wahi Zulaikha.

Farihin ialah kawan baiknya dari form 4 lagi sehingga sekarang, bagi Farihin apa yang Wahi Zulaikha lakukan dia akan turut serta kerana Wahi Zulaikha adalah seorang kawan yang amat memahami. Sampaikan cikgu Nora cakap seperti belangkas, terseyum sendiri mengingatkan kata-kata Farihin itu.

"Apasal kau senyum-senyum pulak? Apa yang aku tanya bukan nak dijawap!"hairan dengan senyuman Wahi Zulaikha yang semakin menjadi kerang busuk itu, bisik hati Farihin.

Tersentak dengan teguran Farihin, Wahi terus tersedar. "Ya, aku dengarlah! Ada sangat aku dengar pasal kem tu, kenapanya kau tanya?"kata Wahi Zulaikha. Mahunya tak dengar, satu sekolah duk bahas pasal tu jer.

"Ingatkan kau tak tahu sebab tu aku tanya. Ermm...kau dah bagitau pasal kem tu kat atuk kau?" maklumlah Wahi Zulaikhakan cucu tunggal kepada Tan Sri Idris.
Wahi terus terfikir tentang reaksi atuk kesayangannya itu.

Sudah pasti akan mendapat tentangan dari atuknya itu. Ya, Wahi Zulaikha faham yang atuk sangat risaukan dia jika dia berjauhan walaupun dalam masa yang agak lama. Wahi Zulaikha mengeluh mengingatkan atuknya yang terlampau protective terhadap dia.

Farihin terasa bersalah atas kelancanan mulutnya yang menyebut tentang atuk kawannya. Walaupun dia tahu yang Wahi Zulaikha sangat sayangkan atuknya tetapi mengingatkan perangai yang cukup over tu membuat dia rasa menyampah dengan orang tua tu. Farihin mencebikkan mulutnya yang mungil itu.

Wahi Zulaikha yang tersedar dengan tindakkan kawan baiknya tadi tergelak kecil. Dia tahu apa yang difikirkan kawannya tu. "Belum...aku tak tahu macam mana nak mula cakap! Setiap kali aku nak cakap mesti ada saja halangan yang datang."ujar Wahi Zulaikha, semalam atuk dan walidnya sedang berbual pasal apa entah, dia tak tahu tapi nampak serius saja muka dua beranak tu, naik bosan dia dengan ibunya melihat diorang asyik sibuk memanjang dengan kerja yang dibawa balik ke rumah tu.

"Tak apalah Ika nanti kau cakaplah kat parents kau tu pasal kem ni. Kau kena cepat bagitahu kat diorang, nanti menyusahkan kerja kau jer!" dengan nada yang memberi peringatan.

"Okey...nanti aku bagitau! Pape aku roger, kau takyah risau sangat...dah macam ibu aku dah kau ni!" ujar Zulaikha sambil menjuihkan bibirnya kearah Farihin yang setia dengan mendengar balasan Wahi Zulaikha.

SETELAH Farihin berlalu pergi Wahi Zulaikha mengelamun, dia terfikir tentang STPM yang akan didudukinya bagi tahun ini. Selepas dia membuat keputusan untuk futher study untuk tingkatan enam keluarganya hanya akur diatas permintaannya.
Wahi Zulaikha mengaku dengan sikap manjanya dengan keluarga tetutamanya dengan atuk, Tan Sri Idris.

Dia amat menyayangi mereka bertiga baginya cukuplah kebahagiaan yang dia miliki sekarang. Hidup memang dalam kemewahan tetapi dari kecil dia diajar untuk menyederhanakan diri dengan perkara-perkara biasa.

Wahi Zulaikha selalu diingatkan agar menghormati orang yang lebih tua daripadanya. Yelahkan pepatah melayu berkata 'yang tua dihormati, yang muda disayangi' jadi hidupnya berpegang pada prinsip yang telah disebatikan oleh ibu kesayangannya.

Untuk menjadi pengawas perpustakaan memang banyak cabarannya, ianya boleh dikategorikan bersama cabaran untuk menjadi pengawas sekolah. Memanglah caranya tidak sama yang satu hanya berhadapan dengan buku dan yang satu lagi hanya dengan pelajar-pelajar ada nakal dan jahat tetapi ada juga yang baik serta menurut perintah.

Tapi ada juga pengawas sekolah yang gila kuasa. Menggunakan kuasa untuk bersuka ria dan semata-mata untuk mendapat pangkat, nama dan kehormatan. Baginya pengawas sekolah sesetengah saja yang ikhlas melakukan tugas.

Wahi Zulaikha bagi dirinya dia lebih selesa dengan buku-buku kerana dia memang ulat buku dari kecil. Minatnya terhadap yang telah dibaca sebelum ini banyak yang memberi pengajaran terutamanya tetang islamik. Dalam banyak-banyak buku novellah benda yang paling disukainya.

Novel yang dibacanya banyak diterapkan dalam hidupnya, tapi semuanya yang positif dan negatif dijadikan pengajaran daripada itu dia telah meminta walidnya untuk membuat satu perpustakaan kecil untuknya. Apa lagi untuk simpan segala buku-bukunya itu, termasuklah buku rujukan dan novel-novel kesukaannya.

Sikap yang sebati dalam jantung dan hati dia iaitu sikap barannya. Memang dia tidak boleh nak control salah satu sikap yang amat mengecewakan ibu si jantung hati. Namun dia telah cuba sedaya upaya untuk mengawal perasaan baran itu.

Sampaikan semua junior takut untuk bersemuka dengannya. Dia pun naik buntu disebabkan panas baran dia semua jadi lain. Tapi dia redha dan akan cuba untuk perbetulkan sikapnya itu.

Mrs. Waiz ZafranWhere stories live. Discover now