HEAVEN TUBE
Malam yang dijanjikan oleh Willy kepada Takiya akhirnya tiba. Meski dia masih berada dalam keadaan tidak sihat, dia teruskan sahaja perjanjian mereka malam itu. Mereka berdua akan bertemu di dalam bilik The King of gambler malam itu untuk beradu bermain judi. Willy diiringi oleh Ted masuk ke dalam untuk membuat persiapan. Tangan Willy yang luka, dibalut kemas. Walaupun masih berada dalam keadaan lemah, dia gagahi juga ke Heaven Tube malam itu.
Takiya datang bersendirian malam itu. Heaven Tube sudah dibuka kepada sesiapa sahaja jadi mudah baginya untuk memasuki tempat itu.
"Saya dapat atas jemputan daripada Willy HARPER." Kata Takiya kepada Bodyguard yang berjaga.
Mereka membawa Takiya ke bilik The King of Gambler. Di situ Willy sudah menunggunya. Bilik itu gelap. Hanya meja judi sahaja yang bercahaya terang. Takiya duduk tanpa dipelawa. Willy perhatikan saja si Takiya mengambil tempat duduk di hadapannya.
"Welcome to Heaven Tube... kau boleh pilih permainan yang kau suka. Saya ikut saja." Kata Willy.
Takiya memerhatikan wajah Willy dan tangannya yang sedang berbungkus dengan kain putih. Dia nampak pucat dan lemah semacam.
"Kau tak sihat ke?" Tanya Takiya.
"Don't mind me. Teruskan saja permainan ni." Kata Willy.
Ted mengarahkan pelayan menghidangkan minuman untuk mereka berdua. Royal Dealer sudah bersedia dengan Daun terup bersamanya.
"Saya lebih suka permainan back to basic. Black Jack." Kata Takiya.
Willy mengangguk.
"Baik. I like Blackjack too. Simple games. Easy and fast. Tak pening kepala sangat.. prepare Your chips." Kata Willy.
"Sorry but mungkin kau sudah lupa. I don't gamble for money tonight. I said i want my Freedom and my friendship with Blues."
"Fine. Your wager is Your Freedom. Understand." Willy hulurkan chips berwarna hitam dan putih kepada Takiya. Putih untuk kebebasan dan hitam untuk kematian. Jika dia kalah, dia harus tunaikan janjinya untuk menjauh daripada Blues. Berlaku sebaliknya jika dia menang.
Dealer mula menyusun Daun terup. Peraturan permainan Black Jack mudah saja. Dealer akan menyimpan dua keping daun terup. Salah satunya dibuka untuk tatapan. Setiap Pemain pula akan memiliki 2 pasang daun terup. Semua angka daun terup akan dibuka untuk tatapan umum.
Jika pemain mempunyai angka yang lebih baik daripada Angka daun terup milik Sang Dealer maka mereka akan menang. Mereka akan kalah jika jumlah angka daun terup adalah sebaliknya.
"Ready?" Dealer sudah memilih dua keping daun terupnya.
Willy dan Takiya masing masing mendapat 4 keping daun terup. Mereka bahagikan daun terup itu menjadi 2 pasang. Mereka boleh memilih sama ada mahu membuat bidaan secara split( Dua jenis angka daun terup yang sama), Double down( sepasang daun terup yang mempunyai nilai angka menaik atau menurun),Hit( hasil darap nilai angka daun pertama dalam angka genap sahaja) atau stand ( daun terup bergambar sahaja).
YOU ARE READING
THE GAMESTER'S BLUES
Action#RANKED 1 in VIP 28/3/2019 #RANKED 1 in TOP 6/4/2019 #RANKED 1 in Gengster 11/4/2019 #RANKED 1 in sabahanWriters 16/4/2019 #RANKED 1 in Top 6/6/2019 SINOPSIS The Heaven Tube adalah markas perjudian Utama. Di sini, Willy yang mentah mempelajari duni...