DP||1

19 3 0
                                    

Suasana kelas 5 Ecxellent ketika ini agak sunyi.

Yelah, dah nama pun pelajar agama, mestilah set-set yang baik, tawaduk gitu. Pergh, memang beruntung bagi sesiapa yang menjadi ahli pelajar kelas ini.

Kenapa beruntung? Antara untungnya mejadi pelajar kelas ini kerana pelajarnya hanya terdiri daripada 17 orang daripada beribu pelajar di sekolah ini.

Jadi, sesuailah bagi pelajar yang inginkan suasana pembelajaran yang aman dan tenang, tidak ubah seperti perpustakaan.

Selain itu, kelas ini juga mengambil aliran agama. Di mana, sejuk mata para guru melihat pelajar yang mewujudkan aura positif kepada seluruh pelajar di sekolah ini.

📒📒📒

" Hmm, awat terasa bosan yang amat ni, Semua orang tengah busy siapkan add math, Aku? Hanya mampu bantai je lah, asal siap dah," gumam Zanna yang ketika itu sedang dilanda kebosanan.

Toleh ke kiri, eh... itu pintu. Tiada apa yang menarik untuk dilihat.

Ditoleh ke kanan, amboi, sedapnya 'jiran' aku ni lena. Mentang-mentanglah budak pandai.

Memang sewaktu ketiadaan guru, dialah orang pertama yang membuat kilang air liur basi. Katanya, tidur di dalam kelas beralaskan lengan boleh mengasah minda.

Ayat pun nak gempak bila dia berkata.

' Adoiyai, aku punya bosan ni dah tahap legendary dah ni. Nak tidur, alamatnya... bermalamlah aku kat dalam kelas ni.'

Ahaa! Mentol dah berfungsi!

" Let's begin our new diary today!" teriak Zanna dalam hati sambil tersenyum gembira.

Lantas, dia mencapai diarinya yang berwarna pink fuschia. Dihidu kejap bauan kedai yang masih terlekat pada kulit diari tersebut.

Oh, sungguh mengasyikkan.

Maka, bermulalah coretan pertama dari sang pemilik diari istimewa.

Isnin 20/2
11:00pm
Dear pinky, alahai, hari ini sungguh membosankan. Oh, by the way dear, selamat berkenalan with your new owner here!! Hana.Today, my first journey with you and i will try my best for keeping you like my lovely thing. And i will not forget to share some new story with you pinky! i hope i can share everything with you till the end of pages. Ok dear, till this.
Sincerely, Zana.

Tamat sahaja coretan Zanna yang pertama, deringan loceng telah menandakan waktu pertukaran kelas bermula.

Setelah itu, Zanna menyimpan semula diari merah jambu kesayangannya itu ke dalam begnya berwarna pink velvet.

Nasib sempat simpan, kalau kantoi ni, mahu dua minggu pipi merah tahan malu.

Stay tuned° vote° comment°

DIARI PINK [OG]Where stories live. Discover now