SEORANG lelaki sedang memotong rumput di halaman rumahnya. Tiba-tiba, ada seorang wanita cantik berambut perang keluar dari rumah dan langsung menuju ke peti surat. Dia membuka peti surat itu lalu meluru masuk ke rumah.
Beberapa saat kemudian, wanita itu keluar lagi dari rumahnya dan memeriksa semula peti suratnya. Pintu peti surat dihempas lalu dengan marah dia masuk ke dalam rumah.
Ketika lelaki tadi hampir menyelesaikan pekerjaannya memotong rumput, wanita tadi muncul lagi dari dalam rumah. Wanita itu terus menuju ke kotak surat, membukanya dan segera menghempas pintu kotak surat tersebut lebih kuat daripada sebelumnya.
Bingung dengan tindakan yang dilakukan wanita itu, lelaki tadi bertanya padanya, "Apakah ada masalah?"
Wanita berambut perang itu menjawab, "Tentu saja ada! Komputerku yang bodoh itu terus-menerus mengatakan YOU'VE GOT MAIL."
Sumber: http://200ceritajenaka.blogspot.com/2010/09/youve-got-mail.html?m=0
YOU ARE READING
De Humour ✔️
Юмор[PREVIOUSLY KNOWN AS : Sketsa Lawak Malaysia] COVER BY : TBS AWARD 2020 🐣 LENGKAP 190 SKETSA LAWAK 🐣 Anda sedang sedih? Anda sedang marah? Anda sedang kebosanan? Anda rasa mahu baca cerita yang agak lain daripada yang lain? Marilah... Singgah di...