Random Bab

4.2K 46 16
                                    

 Enjoy...................


HANANIA memerhati bakul baju yang dibawa keluar dari kereta tadi. Kalau ada pemetik api, mahu saja dia membakar bakul baju tersebut. Dia ni tak faham bahasa ataupun dia memang sengaja? Hanania berpaling ke arah Adrish yang duduk dibelakangnya. Kali ini dia mahu bersemuka dengan Adrish. Tak mahu fikir lagi siapakah Adrish.

Adrish perasan Hanania sedang berdiri di hadapannya sekarang kerana jari kaki yang bersarung stoking itu berada di depannya. Tapi, sengaja dia tidak mendongak. Tahu kenapa Hanania begitu.

"Saya dah cakap jangan bawa 'anak-anak' encik sekali. Basuh sendiri atau suruh bini encik basuh."

Hanania mengetap giginya ketika berkata. Dia mendakap diri. Gayanya itu seperti sedang merajuk.

"Kau tak berani nak pegang ke?" tanya Adrish sambil mendongak merenung tepat ke mata Hanania.

Hanania terbatuk-batuk kerana tidak menyangka panahan mata Adrish boleh buat dia tak senang duduk. Hanania berundur dua langkah.

"Saya tak mahu basuh. 'Anak-anak' encik tu, sepatutnya isteri encik yang basuh. Kenapa pula saya yang kena?" Hanania merungut.

Adrish bangun dan bergerak ke depan Hanania. Hanania undur ke belakang lagi, tetapibelakangbadannya terkena mesin dobi.

"Okey, okey saya basuh."

Hanania terus bergerak ke bakul baju dan melempar semua pakaian itu ke dalam mesin. Tak mahulah Adrish mendekatinya dengan mata yang menikam begitu. Nanti kalau pengsan, siapa yang nak tolong dia? Sedar sikit Hanania, itu laki orang. Jangan pandai-pandai nak jatuh hati.

Kali ini Hanania tak beralih dari depan mesin dobi itu. Memerhati putaran mesin meskipun sudah lelah nak memandang. Untuk duduk, tidak sekali-kali.

"Eh, dah nak runtuh rupanya tempat ni." Suara Adrish bergema. Hanania pantas berkalih ke arah Adrish. Matanya meliar memandang ke sekitar dinding. Mana tahu ada retak-retak.

Tiba-tiba Adrish meledakkan tawanya. Naif sungguh perempuan yang bernama Hanania ini. Muka Hanania berubah setelah menyedari Adrish mentertawakannya.

"Tempat duduk bukan satu kat sini, lepas tu dinding pun takkan runtuh. Yang kau berdiri kat situ buat apa? Kau takutkan aku ke?"

Sebelah kening Adrish terangkat. Bibirnya pula mengukir senyuman sinis.

"Nak takut kenapa?" tanya Hanania garang.

Sejak dulu lagi dia memang berani dengan Adrish. Tapi, kalau pandangan mata Adrish itu hanya tertumpu kepadanya, dia akan gelabah.

"Kalau macam tu, kau duduklah sini."

Mata Adrish beralih ke sisinya.

Hai, tak naklah aku duduk dekat-dekat dengan laki orang. Lebih baik duduk jauh terus. Hanania berjalan dan melabuhkan duduk jauh di hujung pintu masuk.

"NIA!"

Jeritan itu mengejutkan Hanania yang sedang ralit dengan telefon di tangannya. Hanania mendongak dan matanya tidak salah melihat lelaki di depannya itu. Afii. Rasa nak pengsan ketika itu juga.

"Ya Allah, Nia. Nia ke mana? Afii cari Nia merata-rata."

Afii terus berjalan ke arah Hanania yang masih lagi terkejut.

Hanania tidak bersuara sepatah pun. Kaku di tempat duduknya itu. Dia hanya boleh memandang Afii tanpa kata.

"Nia, jangan tinggalkan Afii lagi." Afii merayu.

CINTA YANG TERTANGGUHWhere stories live. Discover now