Seram sejuk!!!
Lagi seram bila ankhirnya langkah dia terhenti di hadapan pintu kayu bilik Tengku Saif.
'Aku harap sangatlahh!!'Bisik hatinya sebelum menekan tombol pintu bilik Saif.
Mahu sahaja dia turun kebawah semula..
Dia baru ingin memulakan langkah,terinjut bahunya tatkala lengannya digengam erat.
Terkalih wajah Rufina tepat ke muka Saif yang entah dari mana muncul di sebelahnya.
"Nak pergi mana? " 'ahh sudah.. Apa aku nak cakap nii'terjerit jerit hatinya makin berdebar hingga dia tidak dapat mengawal gelabah nya.
"Yang awak gelabah semacam ni kenapa? Jomlah masuk"sengihan muka terukir dibibir Saif.
Entah keberapa kali di menelan air liur nya.
Masuk sahaja didalam dia terus menuju ke katil dan baring..
Saif sudah menuju ke depan bilik air dan menarikkan baju pengantin lelaki yang dipakai ke atas.
Terbuntang mata Rufina tatkala ternampak belakang badan Saif.
"Awak nii dah lupa ka?!! Saya ada sini lah !! Pergi lah bukak dekat dalam bilik air tu!! "Jerit Rufina menutup kan mukanya dengan telapak tangannya dimuka dan yang sudah memadang tepi.
"Eh... Ada orang ke?"Tertanya soalan bod*h dia sambil konon-konon mencari suara itu hingga berjalan menuju ke arah Rufina.
Rufina yang tidak sedar Saif berada didepannya mula bangun tetapi tangannya masih keadaan tadi menutup mukanya.
Rufina sudah mula naik angin membuka tapak tangannya tapi menutup matanya.
"Awak ni!Tak nam…."Terhenti kata Rufina bila..
Cupp..
Satu ciuman sudah hinggap di pipi kanannya..
"Balasan sebab selalu buat saya jatuh cinta dengan awak"kata Saif yang sudah membalut tuala di pinggangnya sebelum masuk ke bilik air.
Mahu gila Rufina bila pipinya dicium sebegitu kuat hingga mengeluarkan bunyi deras.
Pantas dia menuju ke pintu bilik air dan menekan lampu bilik air beberapa kali laju.
Dia tahu yang Saif memang takut gelap sejak awal dia menjejak kaki di sini dalam malam itu juga lampu terpadam kerana elektrik putus sekejap..
Orang yang paling gelabah inginkan cahaya adalah…Saif!!
"Awak!!! "Jerit Saif sekuat hati .
Dia memakai tualanya dan membuka pintu.
Hampir pengsan tatkala Rufina melihat wajah Saif dipenuhi sabun pencuci muka.
"Mak!! "Terkejut Rufina berlari menuju ke katil.
"Tahu takut!! Main main dengan saya lagi…"lekas dia membuka lampu semula dan masuk menutup pintu.
Rufina sudah tercengang.
Lekas dia menuju ke bagasi beg Yang terletak di sebelah katil King kepunyaan Saif.
'Okey…sekarang Bab Yang paling aku benci lepas kahwin paksa tadi… inilah Yang aku fikir aja tadi…'bisik hatinya sempat Rufina menggigit IBU jarinya,ITU lah Yang digemari jika stress dan gelabah..
Baru dia ingin menaiki tilam Yang tinggi paras paha pintu bilik sudah dibuka Dari luar.
Tidak 'dan' dia melangkah akhirnya dia melompat terus ke atas katil. Sempat dia membuat gaya seperti tidur tapi satu Yang tidak sempat menyelimutkan dirinya.Saif yang tersedar isterinya tidak berselimut lekas melagkah ke katil dan menarikkan selimut dihujung kaki hingga paras bahu.
Rufina yang dari tadi berlakon memejamkan mata mula membuka kelopak kecil dari matanya.
'Gila puny suami! Eh kau ngaku pula dia suami kan?'Pertanyaan hatinya dibalas dengan maki hamun di hatinya balik.
Hingga tidak sedar Saif sudah mendaki katil itu juga.
Patas sahaja tangannya ingin memeluk pinggang Rufina.
Lekas Rufina menepis,terus dia bangunkan badannya dari baringnya.
"Ish…! Apa pegang pegang ni. Buta bantal peluk dekat tepi awak tu ka? "Geram Rufina.
"Allaaa……"merengik Saif.
"Bak bantal awak tu"minta Rufina memandang ke muka Saif dengan wajah marah.. Pantang dia lelaki pengang tubuhnya .
"Buat apa? "Soal terkejut muncul dari mulut Saif tapi tetap juga dia memberi bantal panjang itu.
"Ini sempadan…!"kata Rufina meletakkan bantal itu di tengah tengah mereka.
Terus dia merebahkan badannya.
Saif sudah terdiam dan juga merebahkan badannya tapi dia mendekatkan dirinya dengan Rufina sedikit.
"Awak kalau nak tidur sini ikut apa saya bagi amaran ni… sekali dan seinci awak dekat, itu halaman jiran depan tu awak terbang kang"marah Rufina dalam keadaan memejamkan matanya.
Saif yang tergelak dalam diam sudah baring bertentangan tubuh isterinya.
Selesai sahaja Rufina menukar pakaian lekas dia menurun ke bawah.
"Eh! Puan tengku…jangan susah susah biar saya buat kan"kata Rufina ternampak Tengku Alina mengemas dapur.
"Eh.. Takpa la… eh kejap..pergilah duduk depan"balas Tengku Alina sempat menghadiahkan senyuman.tapi dari senyuman itu Rufina dapat menangkap kekecewaan di situ.
'Aku faham sangat.. Hajat tak kesempaian.. Nak menantu kan Talia tapi aku pula yang dapat'sempat bisik dia dedalam hati.
"Sayang!!! " Saif sudah memeluk pinggang Rufina dari belakang..
'Haih …dia nii.. …' jerit hatinya berkali kali.
"Yerr…„"balas sekerat Rufina tatkala Tengku Alina memasuki dapur..
"Abang…"lekas Rufina menyambungk katanya tadi..
Tengku Alina yang memasuki dapur tersenyum melihat anaknya dan menantunya itu..
Terangkat kening sebelah Saif..
"Sayang panggil apo tadi?"Soal manja suaranya diberi pada isterinya.
"Jangan nak gatal okey…"satu cubitan sudah singgah ke perut Saif.
Terkulai-kulai Saif menahan cubitan pusing yang dihadiah kan isteri tercintanya.
Tengku Alina sudah tergelak kecil melihat..
❤next...
YOU ARE READING
Cinta Miss Mafia
RomanceDemi mencari pembunuh ibubapanya, dia terpaksa bekerja sebagai mafia, dalam masa yang sama dia mempunyai prinsip agar dirinya tidak dikahwini oleh mana-mana lelaki seperti syarat setelah dirinya menjadi mafia. Satu strategi telah berlaku menyebabka...