Cerita ini hanyalah cerita turun temurun yang tidak terjamin kesahihannya, berkemungkinan besar ianya sudah pun ditokok tambah untuk menyedapkan jalan cerita. Sia sendiri pun dapat cerita ni dari mama sia, yang dia dapat dari mama dia, yang mama dia dapat dari mama dia.. antahlah berapa kali mama sudah ni cerita 😝.
Minorit ni mungkin orang kenit bah sebab menurut ni cerita, dorang ni macam orang juga tapi kecil². Mungkin macam dorang si Sneezy, Grumpy, Happy yang sana seven dwarfs itu. Menurut nenek sia kunun.. (tapi dia pun x pernah nampak, cerita dari nenek dia saja) minorit ni ada yang serendah lutut orang dewasa saja, ada yang sampai pinggang. Telinga dorang lebar panjang. Warna kulit pun gelap juga macam orang biasa sebab dorang pun bercucuk tanam juga. Dorang bukan hantu ah.. cuma inda hidup bergaul dengan orang biasa.
Ada la kunun ni satu perkampungan yang penduduk dia semua berladang padi bukit bah. Di kawasan kampung pula, dorang menternak pelbagai ternakan macam ayam, babi, kerbau dan apa² sajalah yang menjadi kebiasaan orang pelihara.
Satu hari, musim kaamatan.. masa orang kampung sedang berpesta.. tiba² dorang didatangi oleh seorang minorit. Kiranya orang kuat minorit la sebab dia saturang saja kunun. Dia pigi jumpa tu orang kampung, dia menanya laini..
"Siapa yang ada piara karud babi paling besar?" Dia bilang.
Tu orang kampung berbincang dulu sampai dorang sepakat kasitau yang si Sumpangak la ada karud babi paling besar ditempat itu. Pigi laini minorit jumpa si Sumpangak yang kebetulan sedang berpesta di rumahnya.
"Kotobian tadau kaamatan bussku" lebih kurang begitulah salam tu minorit kalau dikasi ngam trend zaman sekarang.. hihihi..
"Atukkk disai dih kopio sanganak diti? Arat-raart.. au ku insan nokokito?" Bilang si Sumpangak yang mabuk² sudah bah.
Tu penduduk kampung yang lain kasi bisik² la dia.."Kada koboruak noh kabang nu. Minorit ih moti lo.." dorang bilang kunun..
"Aiii tamm! Ika pama gia ri bussku.. bah nokuro daa ri?" Bilang c Sumpangak bila dia dikasitau. Tu minorit terkebil² depan dia, tinggi sampai paras lutut dia saja, besar mata, lebar dan panjang telinga. Gigi pun rongak.
"Sia dengar² kau ada karud babi paling besar. Sia mau tukar sama barang." Bilang tu minorit sambil kasi tunjuk barait yang sedang dia sikut. Orangnya kecil, bah tu barait pun confirm² la kecil kan.. dia kasi goncang tu barait dia.. klikk kliii klikkk kunun bunyi di dalam.
"Dot kukuroyon nu di karud wogok tagayo? Manu nopo matu lo turak.." tanya si Sumpangak kelucuan.. adapun babi dia dianggarkan 100++ kilo, pure organic lagi 😅
Tapi serius betul kunun tu minorit.
"Di kampung kami sedang berpesta kaamatan. Kami mau buat kesyukuran besar-besaran. Kami mau karud babi yang paling besar macam ko punya babi tu.."
Kebetulan masa tu, tu babi yang dimaksudkan sedang berkubang di lopak yang dikelilingi oleh pohon dahar bah.. dahar ni macam keladi tapi biasanya tumbuh ditempat yang berair."Bah.. tunah baitu karud itu.. kalau ko dapat tangkap, ko ambil saja hahaha" bilang si Sumpangak kasi tunjuk tu karud babi. Adapun, babi tersebut sangat liar. Tu minorit tarik nafas dia dalam-dalam, kasi usap tu masol dia, terus dia berjalan macam si Tom dalam tom & jerry tu pigi dekat² tu lopak, masuk dicelah² tu dahar. Terus dia tenggelam dicelah² tu pohon dahar bah.. apalagi si Sumpangak sama orang kampung pun berketawaan laaa..
"Hundiaa hoiii.. baaaru dahar pun ko tidak dapat 'lawan' sudah.. hundia hoii hahahaha.." bilang dorang..
Tidak lama, kedengaran sudah tu bunyi babi macam kena tangkap.. ngooookkkk ngaaarkkk ngooorkkkk bilang kunun.. berpandangan dorang si Sumpangak..
"Ai ai aiii natabpaan boh dau lo?"
Tu bunyi makin lama makin dekat tu tangga rumah si Sumpangak tempat dia duduk bersama orang kampung yang lain..
Tidak lama muncul balik tu minorit dia junjung² tu karud babi sana atas kepala dia.. dia pigi depan di Sumpangak dengan membelakang dia.. dia kasi turun tu tangan kiri dia supaya boleh kasi turun tu tali barait sebelah kiri.. jadi 1 tangan saja kunun dia pegang di kaki² babi yang dia junjung. Terakhir sekali dia kasi berbalas tu tangan untuk kasi turun tali barait sebelah kanan.. berpucat biru bah kunun dorang meningu tu minorit pigang tu babi yang diatas kepala dia pakai tangan kiri saja. Tangggg! Klikkk klii kliiik bunyi tu barait sebaik jatuh rebah di tanah."Pounsikou bussku.. ini barang sia bagi ko bikin tukaran ni babi." Bilang tu minorit sambil berlalu dengan babi paling besar di atas kepala dia. Apalagi dorang hanya mampu meningu dengan seribu penyesalan babi diangkat.. ditukar dengan barait sebesar 2 tapak tangan beserta sebilah pais sebesar jari telunjuk.. menangis pun tiada guna!
Sementara itu, dorang mendongak ke bukit, masih dorang dengar tu babi teriak2 diselangi siulan tu minorit menyanyi🎶🎵 Biar kudung-kudungan.. biar kudung-kudungan asalkan bahaaaaagiaaa..
Terus bini si Sumpangak bilang..
"Bagi sia laini barait bikin isi tingaton sia.. ni pais bikin cungkil kapur sirih.."**Siou.. ni bukan cerita seram.. tapi sia sengaja kasi share.. manatau jumpa minorit, jangan kamu setuju bertukar barang sama dia ah. Kecil2 ja kunun..
YOU ARE READING
Minorit?
ParanormalSekadar perkongsian. Cerita nenek moyang. Kesahihan cerita tidak terjamin.