Assalamualaikum...assif pembaca diari. Kini sehingga selama-lamanya, tiada lagi seorang wanita yang bernama Rania... Saya, sahabat Rania yang pernah Rania cerita dalam diari ini. Saya juga orang pertama yang jumpa buku ini di tempat kejadian! Mujur saya tergerak hati mahu menjenguk Rania... Kerana, menurut Rania dia tingggal sementara di rumah Zarinna. Rupa-rupanya....satu kejadian menyayat hati...Alhamdulillah, hajat Rania untuk melupakan segala catatannya di dalam diari ini akhirnya tercapai. Innalillahi wa'innailaihi roji'un... Tania Ra'insyah telah meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya....
-Alief-
<><><><><><><><><><><><><>
air mataku menitis saat membaca ayat-ayat yang ditulis abang Alief dalam lembaran ini... Tenanglah akak disana.. Akak meninggal dalam keadaan husnul khaatimah! Tajdid bersyukur sangat kak...biarpun adik hanya jumpa akak dalam keadaan yang sangat jauhh...Adik sayang akak sebagai kakak tiri adik! Kakak memang seorang yang baik, lemah lembut, berhati mulia.... Akak sentiasa bersangka baik dengan kak Zarinna. Sedangkan, boleh dikatakan ramai yang dah boleh agak muslihat kak Zarinna...Semoga akak ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..
Cerita kak Zarinna, biarlah dia dihukum Allah kelak....kerana hasat dengkinya!
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!
-Tajdid Raziq-
*tutup buku, simpan dalam laci*
YOU ARE READING
Sebulan Yang Takkan Berulang
Conto"Ini kisah seseorang...kisah seseorang yang aku tidak pernah bersua muka. Aku hanya pernah melihatnya sekadar di sekolah dalam jarak yang agak jauh. Tapi,melihat wajahnya..begitu mirip dengan muka 'mama'. Cantik.. Aku pula lebih kepada ikut muka 'ib...