Bab 1

2.6K 64 7
                                    

HARI yang sangat indah untuk memulakan persekolahan. Dilihatnya Harith yang masih nyenyak tidur di katilnya. Yusran berasa geram lalu merentap comforter yang menutup tubuh Harith.

"Harith, cepat bangun cuti sekolah dah habis. Dah puas dah kau tidur musim cuti ni, semua kerja aku yang buat. Tak boleh diharap langsung." rungut Yusran yang baru selesai menjemur pakaian mereka berdua.

"Huargh...pukul be..apa ni...ergh.." kata Harith dengan kuapnya yang tidak tertahan. Rasa seperti tidak ingin pergi ke sekolah hari ini. Katil Yusran memang sangat selesa, rumahnya besar dan halamannya seluas padang sekolah. Dia terlelap lagi.

'Humph..Harith ni memang nak kena luku dahlah liat bangun pagi. Tiap-tiap hari aku kena jadi alarm clock dia. Ada yang kena luku ni kang,' gumam Yusran dalam hati.

Harith seperti terasa Yusran merenungnya tajam lantas segera bangun menuju ke bilik air kerana takut dimarahi oleh Yusran.

"Oiit, tuala kau mana? Takkan kau nak keluar berbogel lepas mandi, tak kuasa aku nak menengok." jeritan Yusran kedengaran di luar bilik air.

Harith keluar semula tersengih-sengih mencapai tualanya di belakang pintu bilik. Yusran sekadar bergeleng kepala melihat karenah kawannya.

"Good morning my friend! Pagi ni kita sarapan apa? Bergeroncong perut aku ni dari semalam tak makan." Harith yang baru turun sarapan mengucup pipi Yusran yang sedang menyiapkan sarapan di meja makan.

Harith seorang yang ignorant dan open-minded. Dia suka mengusik kawan baiknya itu tidak kira di mana mereka berada.

"Isyh..kau ni gelilah! Aku ni lelaki tau, kalau dah gatal sangat pi cari bini cepat-cepat. Kalau orang tengok mesti diorang akan fikir kita gay. Nanti bila sampai kat sekolah jangan nak mengada-ngada eh, aku sepak kang baru tau." marah Yusran apabila Harith mengucup pipinya begitu tapi dia sekadar marah-marah sayang. Bukan dia tidak faham perangai Harith tu, harapkan aje tubuh fizikalnya seperti orang dewasa tapi perangai sebijik macam budak-budak.

Begitulah hubungan rapat mereka dari dahulu lagi kerana mereka berdua membesar bersama di bawah jagaan ibu bapa Yusran. Harith seorang yatim piatu jadi parent Yusran bercadang untuk membawanya tinggal bersama mereka memandangkan anak mereka begitu rapat tidak ybah seperti kembar. Parent Yusran sudah menganggap Harith sebahagian daripada keluarga mereka.

Harith dengan gelojohnya menjamah sandwich yang merupakan kegemarannya yang dibuat oleh Yusran tadi. "Emm....dapnye...pandai cik abang ni buat." usiknya lagi. Yusran hanya menjeling menyampah. Harith tertawa melihat reaksi kawan baiknya.

Tolong! [COMPLETE]Where stories live. Discover now