Bro 7

363 11 5
                                    

Pagi tu di sekolah. Daniel berjalan perlahan-lahan menuju ke kelas nya sambil berkerut dahi.

Daniel:
Hmm habis lah aku macam ni. Apa aku nak buat alasan kat diaorang nanti ni ek. Haish...

Lepas satu kelas ke kelas di lewati nya. Semua mata dok pandang-pandang ke arah Daniel. Dia dah rasa rimas. Tak pernah dalam hidup dia sebagai Ketua Pengawas di lihat sebegitu rupa.

Semua ni gara-gara mulut celupar dia lah. Gatal sangat nak offer jadi teman selama seminggu kata nya.

Sebaik sahaja Daniel muncul di hadapan pintu kelas, semua pelajar diam seolah-olah malaikat lalu orang kata lah dan masing-masing dok pandang tepat ke arah Daniel.

Dia menelan air liur sendiri bagi membasahkan tekak nak berhadapan dengan kawan-kawan nya yang lain.

Kudin:
WEEH DANIEL KAU DAH SAMPAI. TAHNIAH. SELAMAT PAGI KAWAN KU!

Kudin memecahkan kesunyian yang tiba-tiba ber "krik-krik" tadi. Ivan segera menolak kepala Kudin.

Ivan:
Obvious nya kauuuu!

Kudin:
Habis tu aku nak cakap apa weh?

Ivan:
Kalau kot ye pon cover sikit boleh? Huh

Daniel tersengih bercampur meluat tengok gelagat kawan-kawan nya itu sambil mata melilau melihat semua orang dah berbisik-bisik dalam kelas.

Ivan:
Hai Daniel. Meh sini meh duduk kat kerusi sini meh.

Kudin pula menolak kepala Ivan.

Kudin:
Cehh hang lagi lah tak boleh pakai punya orang.

Daniel:
Ok fine! Aku duduk.

Sebaik sahaja Daniel duduk suasana menjadi senyap kembali. Kudin dok mengaru-garu kepala nya yang memang tak gatal. Ivan pula senyum jer sambil memandang ke arah Daniel. Daniel pula duk menghadap depan tanpa sebarang reaksi.

"Krik krik krik"

Daniel:
Ok ok. Now aku open table.

Ivan dan Kudin masing-masing terus duduk depan Daniel.

Ivan & Kudin:
KAU SUKA JANTAN EK?

Sepantas kilat Daniel tepok kedua-dua kepala Ivan dan Kudin.

Daniel:
Korang punya soalan boleh tahan juga ek.

Kudin:
Idok ler kita orang ni kompius pulak dengan kau. Haha

Ivan:
Yea lah Daniel sejak bila. Sebenarnya aku takde lah halangan apa-apa kalau itu dah kesukaan kau kan. Apa lah nak dibuat. Kami terima sahaja.

Kudin:
Ye lah Daniel. Kita orang janji apa-apa yang berlaku ko tetap kawan kita orang taw. Tapi aku tak pandai lah pulak nak advice kau bab-bab jantan ni aku tak ada pengalaman lagi. Apa kata kau yang share pengalaman kau. Hah cemana "masuk"?

Ivan:
Yea lah share lah. Kita orang ok jer. Apa-apa pon tetap kawan taw.

Daniel menepok sekali dua kali lagi ke kepala Ivan dan Kudin.

Daniel:
Eh korang jangan over boleh tak hah? Pengalaman masuk apa nie? Lumba lari?

Kudin:
Lumba atas tilam laa haha

Daniel mengangkat tangan nya sekali lagi untuk menepok kepala Kudin.

Kudin:
Ok ok. Aku gurau jer jangan marah hihi

Daniel:
Sebenarnya aku offer dia sebab aku nak dia hentikan benda-benda permainan mengarut ni semua. Tak pasal-pasal si Ana tu tak habis-habis duk tergila-gila kan dia. Tu yang buat aku membara ni.

Ivan:
Oo so kau bukan minat kat Amir lah?

Daniel dengan confident nya mengeleng-gelengkan kepala nya.

Ivan mendekati Kudin dan seolah-olah berbisik.

Ivan:
Weh Kudin ko dengar tak. Dia tak minat jantan taw.

Kudin mengangguk-angguk.

Kudin:
Jadi kalau macam tu Amir bukan boyfriend kau lah yea? Betul ke kau tak jatuh hati kat dia?

Daniel:
Iyaaa. Dia bukan bf aku. Dan aku juga tak jatuh hati kat dia atau mana-mana lelaki pon.

Kudin mendekati Ivan dan berbisik-bisik.

Kudin:
Hang dengar tu Ivan. Dia tak jatuh hati taw kat Amir.

Daniel:
Hoiii kau ingat aku tak dengar. Please lah.

Kudin:
Hahah rilek laa bro. Kami just nak gossip-gossip jaa. Hehe

Ivan:
So bila korang dating?

Kudin:
Kat mana?

Ivan:
Kul bape?

Kudin:
Mana hadiah?

Ivan:
Hadiah apa?

Kudin:
Mahal tak?

Daniel:
Hoiiii korang niiii. Jangan nak mengarut boleh tak. Disebabkan aku bukan nak sangat bercouple dengan dia soooo aku tak belikan apa-apa hadiah atau set any time or place for dating with him! OK! Dah berambus. Aku nak masuk pejabat guru nak buat annoucement pagi.

Daniel segera bangun dan meninggalkan Ivan dan Kudin termanggu-mangu di situ.

Kudin:
Eleh hang Daniel kang jatuh cinta sama Amir baru taw. Kannnn Ivan.

Ivan:
Yea lah. Nanti suka sama suka baru dia tahu.

Seluruh kelas ketawa mendengar kata-kata mereka berdua. Dan ketika itu juga lah Daniel menghulurkan kepala menjenguk didalam kelas memandang ke arah mereka berdua. Suasana menjadi "krik krik krik" seketika.

~~~*~~~

Daniel menuju ke pejabat pentadbiran di hujung koridor. Dia melewati beberapa kelas dan terdapat satu lorong menuju ke kawasan tangga.

Sebaik sahaja dia melewati kawasan tangga itu satu tangan telah menarik nya.

Amir telah menolak Daniel merapati ke dinding. Amir tersengih. Daniel kaku seketika...

~~~bersambung~~~

Bromance Dude!Where stories live. Discover now