Bahagian pertama

12 0 0
                                    

LUCY begitu nyenyak tidur di dalam kamarnya namun setelah terdengar bunyi ketukan pada pintu jendela, dia terjaga.

Dia bangun dari tidur dan menarik langsir berwarna perang itu. Dia terkejut apabila melihat makhluk besar lagi hitam berada dekat pada matanya.

Namun, wajah sebenar makhluk itu tak dilihat jelas, lagi dia menarik langsir nipis putih itu. Dia terkejut apabila....

"Na... Naga Arang...?" Lucy buka kunci pintu jendela dan berjalan ke luar jendela merapati wajahnya dengan wajah bersisik keras Naga Arang.

"Apa kau buat di sini?" tanya Lucy terkejut dengan kehadiran Naga Arang.

Suasana dan udara yang amat sejuk membuatkan dia menutup ketat baju tidurnya. Rambut perang panjangnya mengerbang kerana angin nyaman malam. Mata birunya memandang tepat pada mata Naga Arang yang besar, tajam, lagi sedikit urat merah.

Tangan naga kecilnya yang berkuku besar dan tajam dibawa ke kepala besarnya seterusnya dibawa ke kepala Lucy. Itu maksudnya....

"Kau rindu pada aku?" soal Lucy.

Tangan Naga Arang digenggam. Dia sedikit tidak gentar dengan tangan Naga Arang yang bersisik dan kasar. Kemudian, dia mengulas lembut muka kasar Naga Arang buatkan ia terbuai.

Tambah dengan kepala dan badannya yang besar. Berwarna hitam legam seperti arang. Enam taring bahagian tepi terkeluar dari mulut. Lubang hidung yang besar mengeluarkan nafas yang panas. Telinga yang sedikit panjang tidak begitu tegak dan sayap besarnya sebesar badannya juga dan terdapat juga taring tajam di hujung atas sayap.

Naga Arang mengangguk. Kemudian, tangannya ditarik dan menunjukkannya pada Lucy kemudian dia bawa kedua-dua tangan naganya ke dadanya yang bermaksud...

"Aku... ikut kau?"

Naga Arang mengangguk. Kemudian lalu sahaja Lucy memanjat dan berdiri dengan seimbang di atas tembok jendela.

"Bawalah aku ke Gua Crystal."

Naga Arang mengambil Lucy dan letakkannya di belakang badannya.  Lucy mencengkam belakang badan Naga dengan tangan dan kakinya. Sejurus itu, Naga Arang terbang guna sayapnya ke Gua Crystal di mana di situlah tempat tinggalnya yang kekal.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 12, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Naga dan PuteriWhere stories live. Discover now