Satu persatu album dalam telefon bimbit Ris diselaknya. Dan kesemua gambar itu punya ceritanya. Senyuman dan gelak tawa, serta pandangan mata Alisya itu miliknya tetapi dia rasa kosong melihatnya.
Pertunangannya, gambar mereka berdua. Ia begitu meriah dan indah. Namun dimatanya, ia sunyi. Seolah-olah melihat cerita mereka yang bukan miliknya.
Ingin sahaja dia berpaling, duduk di satu sudut menyembunyikan diri namun, dia tidak ingin mengecewakan dan mensia-siakan usaha Ris.
Ris lakukan semua ini, meluangkan masa ini demi, mengembalikan memorinya. Untuk cinta mereka.
Alisya memandang gambarnya di dalam album Ris.
Itu dirinya, sedang tersenyum di sisi Ris.
Adakah dia akan kembali ceria seperti gadis ini bila semua memorinya kembali lengkap?
Cincin di jari manisnya diusap perlahan-lahan.
Dirinya yang dulu adalah dirinya yang lengkap dengan memori, jadi dirinya itu tahu yang dia mencintai Neal, tetapi membuat pilihan untuk melepaskan Neal.
Memilih jalan ini.
Dia itu telah memilih mencintai Ris dan dia kini perlu yakin dengan keputusan dirinya.
Dia mencintai Ris, dia milik Ris. Sebaik sahaja dia ingat kembali, rasa tidak pasti dan ragu-ragu ini akan hilang. Kesedihan dan cintanya pada Neal juga akan pergi membawa bersama memori ini.
" Kenapa?" tanya Ris bila menyedari yang Alisya tidak memberikan sepenuh perhatian. Dia menyimpan telefon bimbit ke kocek. Cukuplah sampai sini sahaja, fikirnya.
"Apa jua yang awak fikirkan awak boleh kongsi segalanya dengan saya. Walaupun saya tak boleh buat apa-apa, tapi saya sedia mendengarnya, seperti dulu." kata Ris lagi.
" Seperti dulu?"
" Ya, dahulu,awak juga sering meluahkan perasaan awak pada saya. Berkongsi segalanya. Menangis,marah dan ketawa di sisi saya. Kita bermula dari sahabat sebelum saling jatuh cinta. Jadi, sekiranya saya terpaksa ulangi kembali semua step itu, saya sanggup demi awak."
" Apa yang saya kongsikan?"
" Segalanya. " Ris mengusap rambut Alisya. " Segalanya termasuk tentang dia."
Alisya terkejut. Rupanya Ris sudah tahu tentang dia dan Neal sebelum ini. Sebab itu, Ris tidak terluka walaupun tahu yang Alisya sudah jatuh cinta dengan Neal, ketika ini.
Kerana, antara dia dan Ris, rupanya tiada rahsia.
Tiba-tiba, pintu ditendang dari luar. Mereka memandang pada tetamu yang tidak diundang- Kenny.
Kenny meluru ke arah Ris. Kolar baju Ris direntapnya. Tubuh Ris ditolak ke dinding. Ris tidak mengerti, namun tidak pula membalas.
" Khairul! Apa ni! Berhenti! Kenapa ni!"pekik Alisya cuba meleraikan cengkaman Kenny pada leher Ris.
" Ini apa yang Neal ingin buat! Kemarahan ini, kebencian ini, pada lelaki ini yang tiba-tiba muncul sebaik sahaja dia mula... "
" Lepaskan dia!" marah Alisya tidak mahu mendengar.
"Tidak boleh kah Neal bahagia? Kenapa mesti dia diduga seperti ini? Tidak cukup lagi kah penderitaannya?"
Ris dilepaskannya.
" Memang, Neal yang pilih untuk melepaskan awak, tetapi tidak boleh kah kali ini, awak pegang dia erat-erat? Kenapa mesti awak hanya melihat sahaja, seperti dahulu? Membiarkan dia pergi? Bukankah tiada lagi pintu yang terkunci antara kamu berdua?" tanya Kenny pada Alisya.
" Kami bukan anak kecil lagi, Khairul. Semua itu tidak bermakna lagi. Kami sudah punya haluan masing-masing. " jawab Alisya pasrah.
" Jadi, awak nak give up?"
Alisya diam.
"Memang Neal cuma satu kisah lampau, memori silam. Dan lelaki ini adalah masa depan awak. Mungkin awak fikir,sebaik sahaja awak ingat semuanya, awak akan melupakannya. Tetapi, apa awak nak buat dengan memori dan kenangan yang telah wujud antara awak dan Neal ketika ini,di sini? Ia bukan masa silam, bukan juga masa depan awak . Awak mau letakkan ia di mana?"
Alisya tersentap. Ya, dia langsung tidak terfikir tentang ini.
Memori dia dan Neal di sini, perasaan ini, dia akan masih merasainya bukan?
Kerana dia mencintai Neal ketika dulu dan kini.
Walaupun memorinya nanti lengkap, dia bukan lagi Alisya milik Ris.
" Mimpi. " jawab Ris, memegang bahu Alisya.
Kenny memandang Ris.
" Aku akan jadikannya hanya sebuah MIMPI. " tegas Ris.
Dia menarik Alisya ke sisinya.
Memegang erat tangan Alisya.
.
.
.
* ..awak ingin pergi dari sini, ingin pergi dari dia. Jadi, benarkan saya yang membawa awak pergi.** - Ris.
YOU ARE READING
Berikan ku jawapan (edited and completed)
RomansApa itu cinta?.. Sejauh mana kita sanggup lakukan untuk sebuah kisah bernama cinta?Bagaimana cinta mengorak sebuah kehidupan? Neal menjalani kehidupannya dengan sempurna, kerjayanya, kawan-kawannya dan kekasihnya. Namun, di sebalik semua itu... ter...