BAB 6

25 3 1
                                    

"Ehh, Aliff  tadi asal kau buat macam tu dekat Encik Naim." tanya Hariz tegas.

"Aku buat apa?" jawab Aliff dengan senyuman sinis kembali.

"Yelah, apesal kau senyum sinis macam tu dekat Encik Naim? Dia kan orang tua, hormatlah sikit." tegur Hariz dengan ikhlas.

"Taklah,  korang berdua tak rasa ke Encik Naim tu pelik.  Yelah siap bagi-bagi syarat bagai kalau nak duduk dekat sini, bukan kita tak bayar.  Kita bayar kan.  Lagi satu kau pernah ke pergi homestay tapi tuan rumah banyak cekadak." seloroh Aliff kepada rakan-rakannya sambil tergelak kecil.

Mereka bertiga terdiam sejenak memikirkan kata-kata Aliff itu, seperti ada kebetulannya.  Ini adalah pengalaman pertama bagi mereka tempah homestay badget yang bersyarat.

"Ehh, bukan ke Aqilah dengan kawan-kawan dia nak join kita sekali, sebab tu lah aku tempah homestay ni.  Bilik dekat homestay ni ada 4 dengan 3 bilik air." tanya Ariff kepada Aliff.

"Entahlah, aku dah cakap gerak sekali diaorang tak nak.  Malas lah nak fikir, pandai-pandailah diaorang cari sendiri.  Zaman teknologi ni, diaorang kena pandai guna waze." jawab Aliff.

"Bagilah location sekurang-kurangnya.  Senang sikit diaorang nak cari.  Ni dah senja, kau nak suruh diaorang sampai pukul berapa? 12 malam?" tegas Ariff kerana risau dengan keadaan Aqilah, Najwa dan Amna.

"Hurm, yelah." jawab Aliff sepatah dua.

"Ehh, korang solat asar dulu.  Ni dah nak  maghrib." tanya Hariz kepada dua orang rakannya.

"Ha, nanti aku pegi lah solat." jawab Aliff tapi masih leka dengan handfon nya.

"Ha, ku gerak dulu." jawab Ariff.

"Gerak gi mana?" soal hariz kembali.

"Solatlah bohh." jawab Ariff sambil melawak.

"Hais kau ni bangunn sekarang pegi solat, dah lambat ni." seloroh Hariz kembali selepas melihat tiada respon yang dilakukan oleh Aliff.

Aliff bingkas bangun tanpa sebrang respon sambil menjeling Hariz tanda tidak puas hati apabila dipaksa.

"Hais, kalau aku tak suruh dan tak paksa tak solat lah dua orang ni. Suka sangat leka." dengus Hariz dengan sikap rakan-rakannya  di dalam hati.

Jangan Main-MainWhere stories live. Discover now