"Hai Datin! I am so sorry I am late! How about our meeting today?" sapa Puan Mona apabila terlihatkan sesusuk tubuh yang sedang menunggunya di bilik mesyuarat. Datin Eina, kenalan nya yang merupakan isteri kedua kepada seorang hartawan yang dikenali sebagai Datuk Nazri. Wajahnya yang kelihatan muda selalu disalah anggap sebagai adik kepada Datuk Nazri.
"Nevermind Mona. By the way, can you stop calling me Datin! I told you to call me by name only, or if you shy, you can call me Kak Eina", balas Datin Eina sambil tersenyum mesra. Walaupun dia merupakan golongan bangsawan, dia tetap melayan semua orang dengan baik dan ramah. Puan Mona hanya tersenyum mengangguk dan senang apabila Datin Eina melayannya dengan begitu baik. "Okay let's start our meeting". Datin Eina bersuara apabila telah lama semua diam membisu.
Setelah beberapa ketika, mesyuarat tersebut telah berjalan dengan lancar. "Okay let's end our meeting. Thank you for all your cooperation". Kelihatan semua staf dan pekerja hotel tersebut mengemas barang barang mereka untuk meninggalkan bilik mesyuarat tersebut.
"Mona, can I ask you a favor?". Puan Mona tersentak dengan pertanyaan Datin Eina. "Yes, sure. Anything I can help you?". Puan Mona duduk kembali untuk mendengarkan apa sahaja yang ingin Datin Eina bicarakan.
"I heard from our staff you ada anak perempuan?", tanya Datin Eina dengan nada yang berharap. "Ya Kak Eina, may I ask you why you ask this?". Hati Puan Mona berdebar-debar apabila nama anak perempuannya disebut sebut. 'Ei kenapa ni? Camy ada buat salah apa apa ke?'. Puan Mona bermonolog sendirian.
"Nothing important pun. Tapi I ada anak lelaki, namanya Adam. I dah lama nak dia berkahwin. Yelah, kita hidup bukannya lama. Sebelum I takde nanti, I nak tengok Adam berkahwin bahagia dulu". Puan Mona hanya mengangguk mendengarkan cerita Datin Eina. "Okay then, why you asking about my daughter?", tanya Puan Mona gelisah.
"You kan dah lama kenal I, and I pun dah selesa dengan you. So, I ingat kalau boleh I nak jodohkan Adam dengan anak you. What is her name?" "Camilia, call her Camy only", balas Puan Mona lagi. "What a beautiful name, she must be beautiful too. Just like you". Puan Mona tersenyum bangga mendengar pujian itu. Namun, di sudut hatinya, dia tahu bahawa Camilia tidak akan bersetuju untuk dinikahkan. Camilia masih berusaha untuk melupakan kisah silamnya. Anaknya itu jarang bercerita tentang dirinya, tetapi naluri keibuan nya mampu mentelaah isi hati anaknya itu.
"I tak boleh nak cakap apa lagi. I kena tanya dia dulu, I takut dia tak setuju". Puan Mona tersenyum kelat.
"Takpe, kalau dia tak setuju pun takpe. At least, I know I have tried", balas Datin Eina sambil tersenyum. "Okay, apa apa you tell me later? I hope I heard good news from you". Datin Eina memeluk Puan Mona erat sebelum mereka melangkah keluar dari bilik mesyuarat.
YOU ARE READING
Camilia
RomanceCamilia, gadis berdarah kacukan Melayu, Cina, Thailand dan Jepun yang masih dibelenggu dengan kisah masa lalunya, akhirnya bertemu sinar baharu apabila dia diperkenalkan dengan Adam Haris, pilihan ibunya. Namun, dunia bahagia mereka hanya sementara...