"Jeon Jungkook!" Jungkook terjaga dari tidurnya kerana suara Hyejin. Hyejin melepaskan keluhan lega.
Nafas Jungkook laju, badannya berpeluh teruk. Matanya berkaca kaca.
Hyejin terkejut apabila Jungkook tiba tiba memeluknya erat.
"Omma... appa.." esakan halus kedengaran.
"Jungkook, awak rindu omma appa awak ni.. pergilah lawat makam mereka." Kata Hyejin sambil mengusap rambut Jungkook.
"Aku takut.. aku takut aku tak kuat.." jujur Hyejin tak pernah melihat Jungkook selemah ini.
"Awak boleh.. awak kuat. Awakkan Jeon Jungkook. Jeon Jungkook yang saya kenal kuat orangnya. Jangan menangis okey?" Tubuh Hyejin ditarik lagi kedalam pelukannya. Wajah Jungkook disembam pada leher Hyejin.
Telinga Jungkook dikucup Hyejin sekilas lalu Hyejin membisikkan kata kata semangat ditelinga Jungkook. Sedikit sebanyak meredakan tangisan Jungkook.
___________"Kau pasti aku tak akan menangis?" Mata Jungkook merenung tepat kedalam mata Hyejin yang sedang membetulkan kemeja hitamnya itu. Hyejin tersenyum lalu menggeleng.
"Menangis sahaja Jungkook. Awak akan lega selepas itu." Rambut Jungkook diusap perlahan. Jungkook melepaskan keluhan berat.
"Saya tak nak kacau awak jadi saya tunggu dalam kereta ya?" Jungkook mengangguk tanda membenarkan Hyejin ke kereta.
Keluhan berat dilepaskan sekali lagi lalu perlahan lahan dia berjalan ke makam ibu dan ayahnya.
Jungkook duduk di tepi kubur ayahnya.
Jeon Taejun
65 Years old
Rest In Peace"Appa, Kook datang ni.." batu yang tertulis nama ayahnya diusap perlahan.
"Kook rindu..." mata Jungkook memanas menandakan dia mahu menangis. Jungkook memejamkan matanya untuk mengingati kembali memorinya bersama ayahnya.
"Pandai anak appa ni." Kepala Jungkook diusap lalu dipicit pipi anaknya itu.
"Appa, Kook bukan budak budak lagi lah! Kook dah 17 Tahun!" Rungut Jungkook tidak suka diperlakukan seperti budak budak.
"Bagi appa Kook masih budak budak." Kata Tuan Jeon selamba.
"Appa melawak ke? Kook dah besarlah. Lagi tiga tahun Kook dah boleh minum minuman beralkohol. Maksudnya Kook dah besarlah." Dua gigi arnabnya terserlah apabila dia tersenyum lebar.
"Appa, macam mana appa dengan omma boleh kahwin?" Soal Jungkook sambil melakar lukisan seorang perempuan bersama bayi.
"Omma kamu kejar appa sebab appa handsome. Macam tu je kami kahwin, dapatlah anak handsome handsome macam kamu dengan Junghyun." Tuan Jeon tersengih kecil. Jungkook tergelak sendiri.
"Appa, boleh Kook tanya kenapa omma tak suka Kook?" sudah lama Jungkook ingin bertanya tentang ini. Jungkook memandang ayahnya untuk mendapatkan jawapan.
Tuan Jeon mengeluh. "Kamu dah besar jadi appa patut bagitahu. Kamu nampak tak parut yang ada dekat bahu Junghyun? Masa kamu tiga tahun, Junghyun selamatkan kamu dari dilanggar kereta. Kamu selamat tapi Junghyun koma dua bulan. mula daripada situ omma kamu anggap kamu ni pembawa malang dalam keluarga kita." dengarkan penjelasan ayahnya membuatkan Jungkook menunduk.
"Patutlah omma benci Kook." senyuman pahit terbit diwajah Jungkook.
"Tak apalah, kamu ada appa." Tuan Jeon memeluk bahu Jungkook untuk memujuknya.
"Appa, syarikat appa tu, appa turunkan dekat Junghyun je lah. Kook tak nak tengok appa dengan omma bergaduh sebab nak jadikan Kook pewaris appa. lagipun hyung kan anak sulung." kata Jungkook panjang.
"Kamu lebih layak Kook." Tuan Jeon mengusap kepala Jungkook lagi sambil tersenyum lembut kepada anak lelakinya itu.
Air matanya jatuh sebaik sahaja dia membuka matanya.
"Kook minta maaf, Kook dah cuba untuk tak menangis." Makin deras air matanya keluar.
"Kook akan balas dendam appa. Kook akan balas dendam." Batu tadi dia genggam kuat. Urat urat pada leher dan lengannya keluar kerana menahan marah.
___________"Jungkook, awak okey?" Jungkook hanya diam sebaik sahaja masuk kedalam kereta membuatkan Hyejin pelik. Oleh kerana Jungkook memandu dengan sebelah tangan, tangan Jungkook yang terletak dipahanya Hyejin capai.
Melihat Jungkook melepaskan nafas berat, Hyejin mengusap tangan Jungkook perlahan.
"Jungkook, lepaskan. Kalau awak pendam, hati awak akan berat." Jungkook melepaskan tangannya dari genggaman Hyejin dan beralih kepada rambut Hyejin.
"Aku okey. Janganlah risau." Rambut Hyejin diusap perlahan. Senyuman kelat muncul diwajahnya.
"Boleh kau temankan aku?" Jungkook memandang Hyejin sekilas lalu kembali fokus dengan pemanduannya.
"Pergi mana?" Hyejin menarik tangan Jungkook kembali.
"Ikut je." Kening Hyejin terangkat. Senyuman nipis terukir dibibirnya.
Setelah beberapa minit memandu, Jungkook memberhentikan keretanya sebaik sahaja sampai ketempat yang ditujunya. Hyejin disebelah dipandang. Hyejin tidur dan Jungkook mengambil kesempatan untuk merenung wajah putih mulus Hyejin.
Cantik. Sangat cantik.
Rambut Hyejin yang menutupi dahinya dibawa ketelinga menggunakan jarinya. Sempat Jungkook mengucup dahi Hyejin sekilas sebelum mengejutnya untuk bangun.
"Hyejin, bangun." Bahu Hyejin digoyangkan sedikit untuk membangunkan Hyejin. Dengan sekali cubaan sahaja Hyejin sudah terpisat pisat bangun kerana tidurnya diganggu.
"Dekat mana ni Kook?" Hyejin menggosok gosok matanya untuk menjelaskan pandangannya.
"Keluarlah dulu." Hidung Hyejin dicuit lalu terus Jungkook keluar dari kereta manakala Hyejin pula masih terpaku disitu kerana perbuatan Jungkook.
Bibir diketap untuk tidak mengeluarkan apa apa senyuman.
Jeon Jungkook, kalau tak buat orang blushing tak sah!
_________tbc
Hai guys. Sorry hambar and sorry dah lama tak update. Saya ada publish fanfic baruuu.
Hero dia Kim Taehyung 🙈💜✨💫
GO CHECK NOWWWW
Lepas saya habis kan Heartbeat baru saya publish remedy pulak okey? Stay tune! I purple you guys. 💜✨💫
Sebelum tu, tekanlah vote untuk saya 🥺
Comments la sekali 🥺🥺🥺🥺
YOU ARE READING
[H] Euphoria ° 전정국
FanfictionSemua kebahagiaan aku, kau ambil. Sampai aku dah tak boleh tersenyum seperti selalu. Terlalu susah untukku untuk mewujudkan perasaan gembira aku kembali. Semuanya disebabkan kau. Kau punca aku jadi begini. Kau.. Punca. Tetapi, dengan munculnya 'dia...