Wajah Salyna dipandang. Tangan Salyna kini erat memegang lengannya.
"Kenapa?" Soal Qairul. Dengar getaran dalam nada suaranya. Gementar.
Salyna tidak membalas apa-apa. Kepalanya didongakkan untuk melihat wajah Qairul yang tinggi tu. Tangannya diletakkan di atas bahu Qairul. Terbeliak mata Qairul ketika itu. Kenapa dia niy?!
"Salyna, awak okey tak?" Tangan Salyna yang terletak di bahunya itu ditolak perlahan. Terasa tidak boleh bernafas pula.
Salyna kembali meletakkan tangannya dibahu Qairul. Perlahan-lahan, Salyna menolak Qairul ke belakang. Sikit demi sikit Qairul ditolak.
Tanpa sedar, dia sudah pun menolak Qairul sehingga membuatkan Qairul terduduk di birai katil.
Kini pipi Qairul menjadi sasaran. Diusapnya lembut pipi itu. Qairul mula tidak keruan. Tangan kecil yang mengusap pipinya itu ditahan.
"Salyna. Are you okay? Kenapa ni?" Qairul masih tidak mengerti. Apa yang dilakukan oleh Salyna sekarang ini?
Salyna masih lagi terdiam. Tangannya masih lagi mengusap pipi Qairul. Bibir lembut Qairul dipegang-pegang. Okey, kali ini Qairul betul-betul dah terkaku.
Salyna membuatkannya terdiam seribu kata. Mata Qairul ditatap. Tanpa segan silu, bibir lembut milik Qairul dikucup. Lama. Qairul tidak membalas, dia hanya diam terkaku melihatkan Salyna asyik mengucupnya.
"Malam ni, saya akan jalankan tanggungjawab saya sebagai isteri kepada awak. Dan malam ni juga, akan mengubah jalan hidup kita." Sekarang baru Salyna bersuara.
Badan Qairul ditolak supaya baring.
Malam itu, bermulalah kisah mereka dalam alam perkahwinan ini.
_______________________________________
Cahaya matahari diluar menerobos masuk ke dalam bilik mereka. Mata Qairul berpisat-pisat. Disebabkan hal malam semalam, dia lupa untuk menunaikan solat subuh. Sedap sangat tidur.
Wajah Salyna yang sedang enak tidur disebelah membuatkannya tersenyum. Apalah yang difikirkan oleh budak kecil si, sampai dia sanggup serahkan diri dia kat aku?
Aih!Leher baju Salyna yang melesat jatuh itu ditarik ke atas semula..
Perlakuannya itu disedari oleh Salyna. Lekas-lekas Qairul bangun dari katil. Dia ingin lari dari situ sekarang.
Tapi tangannya sudahpun ditangkap oleh Salyna. Ditariknya tangan itu supaya kembali baring disisinya.
Qairul akur. Kini dia baring menghadap Salyna. Jaraknya perlu ada.
Salyna yang perasan, Qairul yang baring agak jauh darinya cepat badannya didekatkan.
Posisi sekarang ini membuatkan Qairul tidak keruan. Salyna baring terlalu rapat dengannya, sehingga dia dapat mendengar hembusan nafas Salyna.
"Morning!" Tegur Salyna. Senyum sahaja.
"Erm.. morning!" Qairul menjawab.
"Sayang, handsome la!" Kata Salyna. Dia memegang pipi Qairul.
Qairul tidak silap dengar ke? Salyna panggil dia sayang? Ya allah! Kenapa drastik sangat ni. Jantung ni pun rasa nak pecah pulak.
"Sayang?" Qairul pelik.
"Iya lah. Sayang. Kenapa? Tak boleh ke saya nak panggil suami saya ni Sayang? Abang ? " Soal Salyna.
Sah bini aku ni tak sihat!
"Bolehh."
"Ha, kalau macam tu saya nak panggil awak abang sayang je la. Comel." Salyna tersenyum riang melihat suaminya.
Dia tidak tahu lah apa yang merasuk dirinya hari ini. Tapi yang pasti, da ingin menjalankan tugasnya sebagai isteri mithali dan mencuba mencintai Qairul seperti mana Qairul mencintainya.
Qairul menggaru-garu kepalanya.
"Abang sayang ni nak kemana tadi?" Tanya Salyna.
"Erm, saya nak pergi.. pergi.. pergi mandi. Ha, mandi!" Qairul membohong.
"Yeke? Tipu lah. Awalnya abang sayang nak mandi. Baru pukul lapan suku. Jom lah kita sambung!" Salyna ketawa.
"Ha, sambung?" Terbeliak mata Qairul.
Apesal dengan bini aku ni? Buang tabiat ke ape? Nak sambung?! Biar betul.
"Hahahhah. Tak adalah. Gurau je. Muka abang sayang ni comel lah, kalau gelabah. Geram saya tau!" Pipi Qairul dipicit-picit.
Qairul hanya tersenyum senget.
Wajah Qairul didekati. Dengan lantas, bibir suaminya itu dikucup. Qairul memegang bibirnya.
"Hahhaahah. Jomlah bangun. Mandi. Saya nak mandi dengan abang sayang. Jom!" Ditariknya tangan suaminya itu.
Terkejut Qairul. Biar betul ni bini dia?? Dia nak mandi dengan aku ke? Ha?? What!!!
"Jom laaaa." Salyna membuat muka merajuk.
"Erm. Yela.. ye." Qairul akur. Mendengar kata.
"Yeah!"
_______________________________________
Mereka pulang selepas sahaja seminggu mereka tamat di Cameron Highland.
Semasa perjalanan pulang, Salyna tidak henti menguntum senyuman. Manis. Dan terlalu manis. Boleh kena penyakit kencing manis ni!
Qairul yang duduk memandu di sebelah juga heran dengan Salyna. Makin hari makin seram dia dengan isterinya itu. Aih! Macam orang kena sampuk pun ada dia ni.
Dari hujung matanya dia memerhati Salyna.
"Lyna, kenapa dengan awak? Tersenyum senyum bagai." Suara Qairul mengejutkannya.
"Salah ke saya nak senyum-senyum?" Soalan dibalas dengan soalan.
"Tak salah pun nak senyum. Just, saya nak tahu je? Mana tahu teringat kat someone." Mata Qairul memandang tempat lain.
"Someone tu abang sayang la! Siapa lagi kalau bukan suami saya yang handsome ni." Salyna ketawa manja.
*
*
*
*
*
Done for 54! Yeay!Baca la.. baca la.. baca la ye??
Vote and comment
YOU ARE READING
KISAH ANTARA KITA (HIATUS)
RomanceTajuk:Kisah Antara Kita Penulis:Nur Syazwana Izaty♥ Salyna menunggu kehadiran jantung hatinya. Dia hilang tanpa khabar. Setibanya di Malaysia,dia mendapat kebahagiaan baharu bersama neneknya. Sampailah dia menjumpai lelaki yang bernama Qairul yang...