Wana tersentak saat bahunya disentuh oleh seseorang. Laju kepala menoleh ke belakang. Fatisha yang menghela nafas lega dipandang dengan juraian air mata. Takut juga memikirkan mereka tidak akan bertemu lagi. Apa yang dia akan buat nanti jika dia tersesat dan tidak dapat pulang?
“Kenapa Wana merayau sana sini? Lain kali kalau tak jumpa kakak, duduk diam je dekat tempat Wana hilang kakak. Senang sikit kakak nak jumpa Wana balik,” ujar Fatisha.
Debaran di dada masih terasa. Takut sungguh dia dengan situasi tadi.
“Wana minta maaf.” Hingus disedut lalu air mata dilap. Sejuk pipinya menangis dalam cuaca sebegini.
“Dahlah, berhenti nangis. Jom pergi makan,” ajak Fatisha. Lengan Wana dipaut sebelum berjalan pergi.
Langkah terhenti saat teringat akan pertemuannya dengan Farhan tadi. Mata diliarkan ke kawasan tadi, mencari keberadaan lelaki itu. Helaan kecewa dilepas. Nampaknya, peluang untuk dia berjumpa dengan bekas kekasihnya sudah hilang.
“Awak pergi mana Farish Arwin?”
Kesal dengan apa yang berlaku terhadap hubungan mereka. Entah di mana silapnya hingga menyebabkan Farish tiba-tiba minta putus dan meninggalkan dirinya tanpa khabar. Telefon pun sudah tidak aktif. Tukar nombor barangkali.
“Kakak cari apa?” Wana menyoal. Hairan melihat Fatisha tidak meneruskan langkah ke restoran.
“Cari kawan. Tak apalah, jom.”
•••
Farhan tayang mimik muka menyampah. Malas sungguh hendak melayan usikan Nia dan Arshad. Penat dia dengar andaian bukan-bukan dua adiknya itu. Buat bahan mengusik depan ahli keluarga pula. Rasa nak tendang dua-dua biar berguling masuk kolam!
“Sampai hati kau, kan? Dekat aku pun kau tak nak cakap. Cakaplah, siapa yang panggil kau uncle? Cantik tak? Han....” Farish menyenggol Farhan beberapa kali.
Naik rimas Farhan dibuatnya. Nak suruh buka ceritalah tu! Tapi, cerita dia tak ada apa-apa yang menarik pun. Kejadian yang tidak terduga sahaja tadi. Tak perlu dimasukkan dalam hati dan tak perlu ingat. Tak penting. Ish!
“Angah diam. Entah-entah angah dah berkenan,” tuduhan Nia mendapat renungan tajam daripada Farhan.
Sengaja nak bagi harapan palsu dekat nenda dan mamanya atau apa? Bahaya betul usikan macam ni. Buatnya dia didesak cari calon isteri, tambah satu masalah dia kena hadap nanti.
“Nak dengar yang jujur?” Soal Farhan dengan senyuman yang dibuat-buat.
Arshad, Farish dan Nia sudah mengangguk teruja. Fokus masing-masing menanti bicara daripada Farhan.
“Aku tak ingat,” tutur Farhan.
“Tak guna!” Nia melempar bantal segi empat ke muka Farhan. Geram pula dia dengar. Ingatkan nak bagi jawapan yang serius.
“Habis, kau nak aku cakap apa? Ha! Dia lagi cantik daripada kau.”
Arshad hamburkan tawa mendengar kata-kata Farhan. Itulah... paksa orang lagi. Nia yang cemberut, mendecit tidak puas hati.
“Nenda! Farhan berkenan dekat minah saleh!” Jeritan Farish membuatkan Farhan tercenggang.
“Bila masa?” Soalan diaju dengan gigi diketap rapat. Bahu Farish ditampar geram. Aih! Tak lama kembar dia nak dinikahkan dengan calon kakak ipar yang dia cari.
KAMU SEDANG MEMBACA
TAKDIR DIA
Action[COMPLETE] [ACTION/ROMANCE] Tragedi yang meragut nyawa seseorang dan kehadiran bayi lelaki merubah hidup Wana sepenuhnya. Wanita itu terpaksa menghadapi bermacam tuduhan serta kata makian. Saat bahaya mendekat, Farhan datang melindungi. Misi yang di...