Camilia menghempaskan dirinya ke atas katil seusai dia mandi sebentar tadi. Harinya terasa begitu panjang apabila banyak perkara baru yang terjadi kepada dirinya terutama perihal diri Adam. Adam, yang baru sahaja dikenali selama sehari meminta untuk bercinta dengannya dan kemungkinan akan menjadi bakal suaminya. Adam, orang yang akan selalu berjumpanya 24/7 di rumah, mahupun di pejabat. Adam, yang selalu suka menyakatnya.
Fikirannya yang asyik teringatkan Adam membuatkan dia tersenyum sendiri tanpa disedari. "Not bad pun dia tu. Maybe aku baru kenal sehari mana nampak lagi perangai sebenar dia. Tapi tu lah, suka menyakat aku je kerja nya." Camilia bercakap dengan dirinya. "Maybe this is the chance for me to open my heart for someone again." Fikirannya yang sedari tadi memikirkan tentang Adam membuatkan dia teringat tentang kisah cinta lamanya. Tanpa disedari, ada air mata yang menitik dari kelopak matanya.
.
"Apa apa pun jadi please stay with me, sayang. I love you, only you." Syakir mengucapkan bait bait cinta di telinga Camilia. "Are you sure I am the only one?" Camilia cuba menyakat Syakir kerana dia begitu suka akan ayat ayat manis yang selalu diungkapkan oleh Syakir kepadanya. "Yes sayang. You are my one, and only one." Camilia tersenyum malu mendengar pengakuan Syakir. "I love you too, baby." Camilia membalas pengakuan Syakir dengan pengakuan dirinya.
Syakir mencium tangan Camilia dan cuba untuk memeluk Camilia namun ditolak lembut oleh gadis itu. "No sayang, we can't do more than holding our hands. If we keep doing that, nothing special to do when we get married soon." Syakir tersenyum dan terangguk angguk mendengar alasan Camilia. "I know sayang, I am sorry. I used to do it with my ex girlfriend before. You know how my behaviour back then right? I macam dah terbiasa." "It's okay", sepatah sahaja yang dibalas Camilia. Dia tahu Syakir merupakan lelaki yang sangat bebas dan suka bersosial, namun dia berharap agar dia dapat mengubah Syakir menjadi lelaki yang lebih baik.
Syakir cuba untuk menghilangkan kejanggalan di antara mereka dengan mencium tangan Camilia sekali lagi. 'I will get it one day too so sabar Syakir, you can do this', monolog Syakir di dalam hati.
Dia sudah terbiasa dengan gaya hidupnya yang bebas dan suka bersosial. Bagi dirinya, berpelukan, berpegangan tangan dan bersentuhan dengan orang yang berlainan jantina merupakan perkara wajib yang selalu dilakukan. Malah, dia sudah melakukan lebih dari itu. Sudah ramai gadis yang pernah dirosakkannya tanpa rasa bersalah.
Namun, lain halnya dengan Camilia. Gadis itu terasa istimewa di hatinya. Dia tidak mahu melakukan apa apa terhadap gadis itu tanpa persetujuan dari empunya diri. Dia begitu ingin menjaga Camilia, namun kadang kadang agak sukar baginya untuk mengawal dirinya apabila berhadapan dengan Camilia.
.
Camilia terjaga dari tidurnya dan terus melihat jam yang tergantung cantik di dinding. "Ala baru pukul 1.30am. Aku tertidur lagi lah ni." Camilia bangun dan membuka telefon bimbitnya dan melihat satu mesej dari nombor yang tidak dikenali.
'Come to work earlier esok. Let's breakfast together. And PLEASE, pakai cantik cantik sikit for your future husband - Encik Adam Haris'
"Mak aih annoying nya awak. Dahlah ajak orang breakfast, then nak mengarah pulak." Camilia terus bangun dari tempat tidurnya dan galak memikirkan apa yang patut dibalasnya kepada Adam.
'No, thankyou. - Miss Camilia Adriana.'
Camilia tersenyum sendiri namun dia kembali memadam mesej tersebut. Dia menaip balasan yang baru apabila memikirkan akibat yang bakal diterimanya jika dia menyakitkan hati Adam.
'K.'
Pendek sahaja mesej yang dibalas kepada Adam. Dia tidak mahu terlalu menyakitkan hati Adam namun pada masa yang sama dia juga tidak mahu terlalu baik kepada Adam. Dia tidak mahu kebaikannya disalah gunakan lagi seperti apa yang pernah dilaluinya dahulu.
.
Adam yang belum mampu melelapkan mata akibat dari kerjanya yang bertimbun tersenyum sendiri apabila melihat satu mesej yang baru masuk ke telefonnya. Mesej yang ditunggu selama 5 jam akhirnya dibalas juga.
"What? Seriously Camilia? Kau 'K' kan aku? Mummy pun tak pernah tau 'K' kan aku", bebel Adam sendirian apabila membaca mesej balas dari Camilia.
Sejak dia pulang dari pejabat, Adam asyik teringatkan Camilia. Cara Camilia bercakap, gayanya yang asyik gelabah dan matanya yang asyik menjeling dirinya membuatkan Adam selalu tersenyum sendiri. Adam begitu suka menyakat gadis itu walaupun mereka baru berkenalan selama sehari. Pada awalnya, dia malu untuk mengajak gadis itu bersarapan dengannya pada keesokan hari kerana dia tidak suka sesiapa pun menolak permintaannya. Namun, perasan hatinya tidak dapat ditahan lagi, jadi dia telah memberanikan diri untuk menghantar mesej kepada Camilia dan tidak disangka sangka Camilia setuju. Hatinya tidak sabar menunggu ketibaan hari esok.
YOU ARE READING
Camilia
RomanceCamilia, gadis berdarah kacukan Melayu, Cina, Thailand dan Jepun yang masih dibelenggu dengan kisah masa lalunya, akhirnya bertemu sinar baharu apabila dia diperkenalkan dengan Adam Haris, pilihan ibunya. Namun, dunia bahagia mereka hanya sementara...