BAB 04

4.5K 164 2
                                    

Nafas sedikit kencang menghembus dedaun kering. Dalam keadaan tertiarap, mata fokus memandang ke arah gudang. Tidak disangka oleh mereka berdua ada yang menghuni tempat itu setelah tinjauan kali kedua.

Ada sekumpulan orang di dalam gudang tersebut. Tidak mengejutkan, mereka juga mempunyai senjata. Sahlah mereka bukan calang-calang orang.

“Bagi arahan,” Farhan berbisik perlahan sambil membuat isyarat. Rancangan sudah diatur meski dalam masa yang singkat.

Ashraff angguk tanda faham. Bibirnya bergerak, menutur arahan kepada pasukan khas yang berada berhampiran untuk melaksanakan misi.

Jam berdetak dari saat ke saat dipandang. Operasi malam ini mungkin akan membawa ke titik akhir kes pembunuhan yang berlaku. Mungkin sahaja.

Jika tidak, mereka mungkin hanya mendapat petunjuk baru yang akan membawa mereka kepada titik lain.

Nafas ditarik lalu dihela. Masing-masing fokus dan bersiap sedia untuk menyerbu. Rata-rata orang berpakaian khas berlari anak sambil membawa senjata.


Kekecohan mula terjadi. Tembakan berbalas tembakan. Suara manusia kedengaran, namun hampir tenggelam dengan bunyi bising.

Ashraff tersentak apabila tembakan dilepas ke arahnya. Laju dia bergerak ke belakang tong untuk melindungi diri. Pinggang yang terasa pedih diraba. Nasib baik tembakan tadi terkena sipi-sipi sahaja.

Sementara itu, Farhan menggari tangan lelaki yang baru ditangkapnya. Kemudian, lelaki itu diserah kepada anggota lain. Farhan kembali ke arah gudang untuk menangkap orang lain yang terlibat.

Bunyi tembakan masih tidak berhenti. Masing-masing bertungkus lumus menangkap mereka yang cuba melarikan diri. Tidak dihirau tubuh sudah mulai lelah.

“Tak guna!” Seorang lelaki yang berdiri tidak jauh daripada kekacauan itu mendengus.

Mujur dia tidak ke gudang terlalu awal. Jika tak, pasti dia tidak sempat melarikan diri. Kaki dihayun pergi dari situ kerana bimbang keberadaannya dikesan.

“Berundur! Ada bom!” Jerit salah seorang daripada anggota pasukan khas sebelum letupan kuat kedengaran.

Terasa bergegar seketika tanah di kawasan itu. Rata-rata manusia yang berada berhampiran gudang terpelanting menjauh.

Farhan terbatuk-batuk mengeluarkan darah. Tangan memegang dada yang berasa senak. Mata melirik ke arah gudang, marak dengan api akibat letupan tadi.

“Tuan....” Dua orang lelaki bergegas menghampirinya. Lantas, tubuh Farhan dipapah untuk beredar.

•••

Penyapu dibawa ke kiri dan kanan menghimpun debu dan pasir di lantai. Pandangan Syah langsung tidak dihirau. Dia masih marah perihal kekeliruan yang timbul dan Syah pula tidak menjawab soalannya.

“Kenapa muram je Wana tu?” Qisya menyoal sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah Wan Deejah. Syah dihampiri lalu dia duduk di atas sofa.

“Semalam dia jumpa Arifah. Arifah bagitahu dia pasal Adam. Aku tak berani nak jelaskan dekat Wana, jadi aku diam jelah.” Ujar Syah separuh berbisik.

Qisya menepuk dahi.

“Habis kau biar Wana macam tu je? Haish! Aku pergi jelaskan dekat dia sekarang,” kata Qisya.

TAKDIR DIATempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang