Hujan lebat. Terlalu. Earphone diambil dan dipasang. Lagu Malique ingin dipasang, oh tidak, mungkin rentak sifu M Nasir yang paling tepat pada waktu ini. Banyak lagu lagu M Nasir yang memberi semangat dalam menempuh perjalanan ni. Dalam penceritaan tentang Esanya Tuhan dalam lagu, kisah tentang bagaimana ingin menempuh perjalanan ini juga dikongsikan. Takdir adalah satu jalan yang kau perlu tempuh, dan diwaktu itu lah segala perkara jadi. Pertemuan, perpisahan, kaya, miskin, gembira, sedih dan macam macam lagi. Jalani segalanya baik baik, jadi yang terbaik dalam semua perkara. Ingat ! Apa apa pun ia akan berbalik pada diri sendiri. Perbuatan kita adalah refleksi apa yang kita fikir. Apa yang kita mahu. Ya, segalanya jadi kerana Allah. Tapi jangan lupa, Allah juga berkata ada kerosakan di atas muka bumi ni terjadi kerana tangan tangan manusia itu sendiri. Jangan pernah menyesal dengan apa yang terjadi, jadikan babak seterusnya lebih baik. Dalam sedih menghadap takdir, Allah hadirkan ramai untuk menjadi penyokong kita. Buat kita jadi lebih kuat. So, terus kuat kalian !
YOU ARE READING
Pulang
Short StoryTentang satu sudut pandang perihal perjalanan yang semua insan perlu tempuh. Sudut pandang Aku. Perjalanan diri untuk Kembali padaNya