Sekolah Tinggi Dark Pearl
LOCENG berbunyi menandakan waktu untuk memulakan pelajaran. Pelajar kelas DP- 02 sedang khusyuk mencatit nota bagi subjek sastera.
Tiba-tiba ada bunyi pelik datang dari belakang kelas mereka. Semua pelajar menoleh ke belakang untuk melihat siapa yang berani membuat perangai itu.
Semua mata tertumpu kepada seorang pelajar perempuan yang duduk di atas meja dengan kaki yang berlunjur ke bawah. Wajahnya tidak berapa jelas kerana ditutupi oleh rambutnya yang panjang. Tiada siapa yang mengeluarkan suara termasuk guru subjek mereka. Kaku.
Zap! Dengan sekelip mata pelajar perempuan itu berlari keluar dari kelas itu. Terasa angin menerpa pelajar yang duduk berhampiran apabila pelajar itu berlari.
"Baiklah pelajar semua tengok ke depan. Abaikan semua yang berlaku tadi. Cikgu nak ingatkan kamu supaya lebih berhati-hati lepas ni. Jangan buat sesuatu yang bodoh. Lepas ni cikgu akan buat pengumuman agar semua pelajar di sekolah ni berkumpul di assembly area." arah cikgu Daniel kepada pelajar-pelajarnya.
Peluh sudah merenik di dahi Fasha. Dia berasa tidak selamat lagi di sekolah itu. Pelajar perempuan yang pelik pagi tadi membuat dia dan rakan sekelasnya ketakutan.
Di Kafeteria
"Guys, korang dengar tak apa yang pengetua katakan pagi tadi pasal pelajar misteri di sekolah ini. Isyh seram pulak rasanya." kata Afiq kepada kawan-kawannya Yusran, Harith, Hirmi dan Iqbal.
"Tu lah aku tak sangka perkara ni akan terjadi pada sekolah ni. Sebelum ni ada jugak aku dengar dari sepupu aku tentang pelajar misteri tu. Perkara tu berlaku dalam kelas DP-02 jugak. Kalau aku tak salah, sepupu aku ada pernah beritahu aku pasal misteri pembunuhan seorang gadis remaja di sekolah ni. Tapi aku macam tak percaya pulak sebab dia tu suka sangat tengok citer pasal orang kena bunuh," sampuk Iqbal. Kawannya yang lain hanya mengangguk mendengar ceritanya.
'To all Dark Pearl citizens, please proceed to the multi purpose hall now! I repeat, all Dark Pearl citizens please proceed to the multi purpose now!'
Semua pelajar berpandangan antara satu sama lain. Ekspresi masing-masing susah dibaca ketika itu setelah mendengar announcement yang tiba-tiba itu. Tambahan lagi guru yang membuat announcement itu kedengaran panik.
Multi-purpose hall
Pelajar mula berpusu-pusu memasuki dewan. Semua guru dan pelajar sudah berada di dewan, tinggal menunggu pengumuman yang akan dibuat oleh pengetua.
Yusran yang sedang berdiri tegak dalam barisan terasa pinggangnya dicuit seseorang.
"Adoii! kau ni mengusik tak kena masa dan tempat. Sempat pulak dia main cuit-cuit orang," marah Yusran kepada Harith yang berdiri di belakangnya.
Harith terpinga-pinga melihat Yusran yang tiba-tiba saja berkata begitu.
"Kau apehal? Siapa pulak yang main dengan kau ni? Aku dari tadi pandang kat atas pentas tu," kata Harith pula.
Yusran mula berasa tidak sedap hati. Dia tahu keadaan di sekolah sudah tidak selamat lagi. Lalu dia segera memberitahu Harith pasal hal tadi.
"Harith, saya rasa baik kita bertindak dengan cepat sebelum pelajar perempuan diserang histeria." ujar Yusran.
Harith mengangguk seraya berkata, "I agree with you. But how are we gonna do it. You don't want the teachers and the others to find out, right?"
"Yes, you're right. I'm going to find ways to solve this problem. Saya nak awak beritahu kawan kita yang lain apa yang saya cakapkan ni." Harith pun menyampaikan pesanan Yusran tadi melalui kuasa telepatinya kepada Afiq, Hirmi dan Iqbal.
Yusran,Harith, Afiq, Hirmi dan Iqbal sebenarnya mempunyai satu rahsia yang telah mereka simpan sejak dua belas tahun yang lalu. Tiada seorang pun yang tahu termasuk ibu bapa mereka. Perkara itu terpaksa mereka rahsiakan sehingga mereka berjaya menyelesaikan masalah yang bakal timbul apabila mereka menginjak usia 18 tahun. Kini masanya telah tiba. Mereka sudah diberitahu dari awal lagi bahawa akan berlaku sesuatu, cuma mereka tidak tahu apa yang bakal terjadi.