SINOPSIS
AISY RANIA AFRINA ZULAIKHA adalah namaku, aku dilahirkan dalam keluarga yang terkenal, aku anak tunggal abi dan umi, tetapi umi dan abi ada mengambil anak angkat iaitu along dan angah aku MUHAMMAD ISYRAF RAYYAN AISY dan MUHAMMAD IZZ RAYYAN THAQIF, umi yang cerita pada aku sebab aku dan abang-abang aku beza 10tahun, dan aku di bela oleh nenek dan atok di kampung, abang-abang aku mengikut abi dan umi menetap di luar negara. Aku mempunyai kawan baik bernama HANA UMAIRAH dan dia mempunyai seorang abang bernama MOHD ADAM.
MUHAMMAD ISYRAF RAYYAN AISY dan MUHAMMAD IZZ RAYYAN THAQIF bagi mereka berdua adik mereka Rania adalah segala-galanya, sebab itu mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk Rania, tetapi sayang kerana fitnah Rania berubah dari seorang yang periang menjadi seorang yang murung, memang betol kata pepatah 'SOMETIMES THE PERSON WHO MAKE YOU STRONGER, IS ALSO YOUR GREATEST WEAKNESS.'
HANA UMAIRAH dan MOHD ADAM bagi kedua adik beradik Aisy adalah sangat baik dan peramah serta periang perwatakan dia yang lasak membuatkan ramai yang keliru samada dia seorang perempuan atau lelaki, tetapi itu dulu kini segala-galanya berubah, mereka rasa tertipu dengan sikap Aisy sendiri, bukan kerana pangkat tetapi kerana Aisy menyembunyikan kebenaran tentang dirinya.