8

76 15 0
                                    

Eunji memandang Jihyo yang sedang lena tidur. Dalam pandangannya. Perlahan airmatanya jatuh. Tidak sangka sungguh kuat dugaan yang menimpa unnienya. Tidak dapat dia bayangkan apa yang akan jadi dengan hidupnya bila Jihyo tiada nanti.

"Eunji," Perlahan suara Jihyo menyapa. "Unnie dah bangun? Nak air?" Soal Eunji pantas menyeka airmatanya. Jihyo menggeleng perlahan. Melihat tubir mata Eunji yang basah pantas Jihyo mencapai tangan Eunji lalu digenggam erat tangannya.

"Eunji... bila unnie dah tak ada nanti, unnie nak Eunji kuat. Jangan bagi Wonwoo buli tau." Usik Jihyo. Namun laju airmata Eunji mengalir mendengar ayat Jihyo. "Unnie, tolong jangan tinggalkan Eunji. Eunji tak sanggup berpisah dengan unnie. Eunji sayangkan unnie." Sebak. Jihyo cuba untuk tidak menangis didepan Eunji. "Eunji, tiba masa, semua akan pergi. Cepat atau lambat je kita tak tahu. Mungkin dah sampai masa untuk unnie." Ujar Jihyo. Eunji pantas memeluk erat Jihyo. Tidak sanggup lagi mendengar ayat dari Jihyo.

Dibalik pintu, Wonwoo perlahan menyapu airmatanya. Hati kecilnya tertanya kenapa bukan dia saja yang berada ditempat Jihyo. Dia sanggup untuk mengambil tempat Jihyo asalkan Jihyo kembali sihat dan ceria macam dulu.

****************************************************************

Perlahan-lahan pintu dibuka. Jihyo tersenyum kecil melihat Wonwoo yang melawatnya.

"Jihyo...awak dah makan?" Soal Wonwoo janggal. Jihyo mengangguk. Suasana kekok bila masing-masing mendiamkan diri. "Wonwoo..." Jihyo memecahkan kesunyian. "Noona minta maaf." ujar Jihyo. Dia sendiri tidak pasti maad untuk apa. "Awak tak ada salah apa pun, kenapa nak mintak maaf?" Ujar Wonwoo. Baginya Jihyo langsung tidak perlu meminta maaf darinya. Sebaliknya dia yang perlu meminta maaf dari Jihyo. Dia banyak salah kepada Jihyo.

"Jihyo... noona..."Perlahan Wonwoo memanggil Jihyo dengan panggilan noona. Jihyo tersenyum mendengar Wonwoo memanggilnya begitu.

Wonwoo menggenggam erat tangan Jihyo. "Maafkan Wonwoo, selama ni Wonwoo tak hormatkan noona. Wonwoo selalu susahkan noona. Wonwoo selalu buat noona sedih, buat noona marah, maafkan Wonwoo. Wonwoo tak nak hilang semua tu. Noona tolong la jangan tinggalkan kitorang. Jangan tinggalkan Wonwoo." Laju airmatanya jatuh. Jihyo mengesat airmata Wonwoo. "Noona tak pergi mana-mana la. Noona ada je dekat sini." Kalau boleh dia tidak mahu melihat orang yang dia sayang menitiskan airmata kerana dia.

"Wonwoo, cuma satu noona mintak, tolong jaga Eunji sebaik-baiknya. Dialah harta yang paling noona sayang dan tak sanggup noona hilang." Pesan Jihyo. Wonwoo mengangguk perlahan sambil menyeka airmatanya.

Tbc

********************************

You Are Not AloneWhere stories live. Discover now