******Otw kafe fasttrack********
*Petang Jumaat
Eh jai, aku rasa macam nampak budak perempuan semalam tu lah.
Mana satu man?
Tu yang tudung biru muda tu, ala ala nurul izzah tu, tak silap aku nama dia fidyah tulis dekat poster tu
Oh, tu. Entah lah man, yekot budak semalam tu. Takpa, kau relax je, dia jalan tepi kita nanti man
(Fid berjalan dari blok FT menuju ke blok i)
Jap nak betulkan kupiah. Haha
Man, kau tu pakai kupiah dengan tshirt je man. Kau ingat geng ana enta nak pandang kau yang penuh bidaah pakaian ni? Hari Jumaat ni orang pakai lah jubah putih, serban putih dengan ridak hijau. Barulah sunnah. Haha
Hahaha, jai jai. Okaylah, takpalah kalau gitu.
**************************************
*Di kafe FT
Assalamualaikum makcik.
Waalaikummussalam. Ye Iman dengan Faisal? Lewat makan harini?
Harini hari Jumaat makcik. Kalau kami makan tengahari tadi, kami tak boleh nak hafal semua skrip khatib khutbah cakap tadi. Haha(gelak iman)
Tulah makcik. Tak makan tengahari ni pun si Iman ni dah sedap lena masa khutbah tadi, kalua makan tengahari tadi tak tau lah. Mungkin dia sampai habis solat Jumaat dia lena. Haha
Eh, mana ada. Saya Cuma menghayati khutbah tadi makcik. Tu yang pejam mata tu.
Haha. Yelah kau tu man.
Ha. Takpalah, asalkan dengar tu bagus dah tu. Khutbah tu kan sebahagian daripada solat Jumaat tu kan?
Tu makcik kena tanya ustad faisal ni makcik. Mungkin ada fatwa negeri lain yang dia nak huraikan.
Betul makcik, betul. Makcik lebih tahu dari kami.
Makcik ni lama dah tingggal kuliah kuliah agama ni sejak makin tua ni, balik rumah kadang tu tak sempat nak pergi maghrib dekat masjid.
Takpa makcik. Hari sy ada dengar kuliah maghrib, ustaz cakap tempat wanita solat sebaiknya di bilik bilik di dalam rumahnya. Manakala lelaki pula, sebaiknya solat berjemaah di masjid atau surau tempat dilaungkan azan padanya, sebab nabi dulu tak pernah tinggal solat berjemaah untuk solat fardu ni.
Oh gitu, makcik ada dengar juga dulu. Terima kasih ingatkan semula. Ha, ni harini makcik ada buat sambal buah kuini, rasanya sikit sorang.
Baik makcik, terima kasih.
Weh jai. Sambil sambil makan ni kan, boleh tak aku tanya kau satu soalan?
Ha. Tanya tanya. Macam tak biasa pulak kau tanya aku soalan kan. Haha.
Tadi kan kau cakap dekat makcik tu pasal solat untuk perempuan tu kan lebih baik dirumah dan lelaki lebih dituntut berjemaah dimasjid. Kalau lelaki tu solat awal waktu di rumah macam mana pula jai?
Hmm. Solat berjemaah ni biasanya awal waktu man. Tapi kalau dia ada tuntutan lain untuk kerjakan, contohnya hari tu kena siap awal nak ke dewan untuk ujian ke apa, okaylah. Kira dia lebih solat awal, sebelum masuk dewan tu sebab kalau dia nak tunggu solat jemaah nanti tak boleh nak masuk dewan pula kan.
Ohhh. Okay, faham faham. Perkara tu fleksibel lah kan mengkut keadaan muslim tu sendiri untuk tahu syariat yang patut dia amalkan waktu tu? Satu lagi, pasal perempuan solat di masjid tu, kalua dia datang menuntut ilmu macam mana pula? Contohnya kuliah pengajian gitu?
Betul. Fiqh tu ada aulawiyat dia, menunjukkan Islam ini agama sepanjang zaman. Sesuai diamalkan bila bila masa dan dimana saja. Ala ala iklan digi orang kuning tu. Haha. Pasal datang menuntut ilmu tu,menuntut ilmu tu wajib, jadi dia perlu lah datang untuk menuntut ilmu tu. Kena pula ilmu tu ilmu fardu ain. Kefarduan atas individukan.
Ha? Fiqh ke fid? Haha. Betul betul. Kuliah maghrib pula mana ada buka kitab besar besarkan. Kebanyakannya kitab asas fardu ain lah kan untuk mantapkan kefahaman masyarakat.
Haha. Laju je kau dengar nama budak tu kan. Eh iman, kau nak ajak aku borak sampai asar ke apa ni? Haha
Haah. Malas dah aku nak naik atas lepastu nak turun balik nak ke uwais asar nnti. Haha.
Orait. Aku takde hal. Kerja pun dah settle minggu ni.
#Sambung lagi......