TEASER 1 BUANG SEGALA TENTANG DIA

1.9K 34 0
                                    

ALISA melukis senyum saat melihat Aleesya ceria. Seronok benar si kecil itu dapat makan makanan kegemarannya. Alisa pun seronok. Dapat ambil angin luar malam ini. Aleeyana juga baik sangat malam ini. Kenyang disusukan, Aleeyana tenang dalam pelukan Alisa. Sebelah tangan memeluk Aleeyana. Sebelah tangan lagi menyuap makanan ke mulut si kakak. Sesekali ke mulutnya.


Sementara Zaid, seperti biasa. Menghadap hidangan bersama telefon bimbit yang setia di sisi.


"Hoi Alisa, betina sundal!" jerit Via saat jarak dia dengan meja yang Zaid sekeluarga duduki berbaki beberapa langkah sahaja lagi. Pantas semua yang ada di dalam Mamat Western itu berpaling. Melihat dari mana datangnya jeritan itu, termasuklah Zaid, Alisa dan Aleesya.


Berdebar-debar jantung Alisa saat mata wanita itu terjegil ke arahnya. Terpinga-pinga pun ia. Benarkah perempuan itu sedang menuju kepadanya. Benarkah perempuan itu baru sahaja menyebut namanya? Atau... dia salah dengar?


Alisa menoleh ke belakang. Di belakang meja mereka, sekumpulan remaja lelaki. Tak mungkin mereka yang wanita itu gelarkan 'betina sundal'. Habis? Kalau bukan mereka? Siapa?Bertambah Alisa terkejut apabila Zaid tiba-tiba bangun dari duduknya. Menuju ke arah perempuan itu. Cuba menghalang wanita itu dari mendekat.


"Sayang... kan I dah cakap? Esok I jumpa you... Kenapa you datang sini, sayang? Janganlah jerit-jerit dekat sini. Semua orang dengar. Malu I..." Perlahan suara Zaid. Memujuk. Seboleh-boleh mungkin Zaid tidak mahulah menghebohkan satu 'dunia' tentang kisah cinta tiga seginya ini.


"No! You tipu I! Semalam you janji macam mana, Bie? Kelmarin patut kita jumpa, you cancel. You cakap tak sihat lah. Tak laratlah! You janji, 'esok'. Tapi hari ni? You kata esok lagi?! Berapa banyak 'esok' you nak?!" Terpekik-pekik, terlolong-lolong wanita itu. Rasanya, memang satu restoran boleh dengar.


"Baby... jangan macam ni..." pujuk Zaid lagi. Lembut. Tangan naik memegang lengan Via. Dan cara Zaid memegang wanita itu membuatkan Alisa yang sedang memandang, terasa menggelegak tak semena-mena.


Kenapa Zaid nampak sungguh 'lemah lembut' dengan perempuan itu? Kenapa dengan Alisa, bukan sahaja tak sudi membelai, malah ditangan-tangankan. Itukah perempuan yang Zaid panggil 'sayang' semalam? Itukah Via?


"I dah tak peduli lagi dah Zaid. I dah tak boleh sabar lagi dah! I nak Alisa tahu tentang kita."


"Dia dah tahu dah. Kan I bagitau you semalam yang I dah bagitau dia?"


"No! I nak dia tahu habis-habis! I nak dia tau yang kita akan kahwin dan you akan ceraikan dia nanti!"


"Apa awak cakap?" Alisa sendiri tidak sedar. Tiba-tiba sahaja dia kini ada di hadapan kedua-duanya. Seluruh tubuhnya menggeletar sebaik sahaja terdengar apa yang baru keluar dari mulut Via. Alisa yakin. Wanita inilah Via. Perempuan yang menjadi orang ketiga dalam hubungan dia dan Zaid.


Aleesya yang tak mengerti apa-apa hanya menggenggam hujung blaus yang Alisa pakai.Via melukiskan senyum. Akhirnya, dia bertemu juga dengan perempuan yang merampas Zaid darinya lebih kurang lima tahun yang lalu.


"Kau pekak eh betina?"


"Via... please," rayu Zaid.

BUANG SEGALA TENTANG DIAWhere stories live. Discover now