PINTU DIKUAK. Haiqal memberi salam lalu diterjah oleh Aqil.
"Haiqal. Kau pergi mana?" Aqil yang bimbang dengan keadaan sepupunya itu meninggalkan rancangan di televisyen untuk mendapatkan sepupunya.
Haiqal sekadar senyum tawar. "Aku buat kerja gila tadi. Kau tengok cerita apa tu?" ujar Haiqal untuk mengubah topik. Risau sepupunya banyak tanya pula.
"Kau jangan ubah topik, okay? Takpe, malam ni aku lepaskan kau. Aku kasi can la kat kau. By the way, mak ngah call aku tadi. Dia kata dia nak call kau pula. Dah call ke?" Haiqal menggeleng, lantas memeriksa telefonnya.
3 missed call ( Mak Ngah 2)
'Allahuakbar! Kenapa aku tak dengar pun dalam kereta tadi?'
Sengaja memeriksa keadaan telefon pintarnya. Patut la, silent mode.
" Patutlah aku tak dengar tadi, silent rupanya. Takpalah aku call dia balik." Aqil mengangguk, lalu menyambung rancangan 'I Can See Your Voice' di TV. Sejak kebelakangan ini, semakin menarik pula rancangan ini. Tambahan pula, suara peserta yang dipersembahkan semuanya boleh tahan juga sedapnya.
Mak Ngah: Assalamualaikum, Qal. Kenapa hang tak angkat Mak Ngah call hang tadi?
Haiqal: Haiqal bawa kereta tadi. Takkan nak jawab call time driving kot. Bahaya kan?
Mak Ngah : Pandai dia melawak noh. Nih, Mak Ngah nak tanya. Sabtu, Ahad ni hang ada dak? Cuti kan?
Haiqal : Hehe, cuti ja Mak Ngah, seminggu lebih jugaklah. Kenapa, Mak Ngah?
Mak Ngah: Balik la kampung sat. Tok Chik punya wasiat dah mai dah. Kot-kot ada bahagian hang, balik la tengok sat. Lama hampa tak balik sini, yala lepas mak hampa.. meninggai kan.
Haiqal: Oh, yeke? Insya-Allah, Haiqal akan usahakan. Bukan taknak balik Mak Ngah, yela masing-masing busy, tapi dah cuti ni Haiqal cuba balik. Rumahnya di Balik Pulau, kan?
M
ak Ngah : Hah, Balik Pulau. Dekat ja dengan Batu Feringghi tu. Balik nah. Mak Ngah dah habaq dah dekat Aqil. Fatin pun. Assalamualaikum.
Haiqal: Baik, Mak Ngah.Waalaikumussalam.
Sejurus itu, Haiqal menghantar pesanan ringkas kepada adiknya, Fatin Hafisha. Memberitahunya untuk pulang ke kampung untuk family matters. Adiknya itu merupakan pelajar tahun kedua jurusan Undang-undang di universiti tempatan.
Setelah kehilangan ibu kesayangan, Fatin dan ayahnya sahajalah ahli keluarga yang dia ada.
Fatin Hafisha : Okay, Long. In a couple of day, Adik baliklah. Love you!
Haiqal teringatkan kata-kata Mak Ngah tadi.
'Tok Chik punya wasiat dah mai dah. Kot-kot ada bahagian hang, balik la tengok sat.'
Bahagian ape? Aku bukannya ahli keluarga rapat pun. Tak ke logik kalau ada bahagian aku, tapi keluarga anak beranak Tok Chik pulak takda langsung bahagaian mereka?! Tok Chik tu nenek saudara aku je pun. Memanglah, semasa hari terakhir Tok Chiknya, dia sempat melawat wanita tua yang berusia dalam 80-an ketika di hospital.
Tetapi, semasa hari lawatan itu, Tok Chik sekadar melihatnya, sambil tersenyum. Manis senyuman arwah. Dia membalas senyuman wanita tua tersebut. Bukan apa. Teringat muka opah jikalau melihat muka Tok Chik. Saling tak tumpah, adik beradik la katakan. Sedih pula teringatkan arwah Opah.
Pernah juga arwah ibu cakap yang arwah Opah dulu pernah bermasam muka dengan arwah Tok Chik, tapi tidak pulak Haiqal tahu apa yang berlaju sebenarnya.
Semasa papanya dipanggil oleh Tok Chik bersama dua orang lagi anaknya, Haiqal dan ahli keluarga yang lain berundur keluar dari bilik wad tersebut. Mungkin hal penting yang dibincangkan sesama mereka. Dilihat juga beberapa orang yang masuk bersama beg bimbit ke dalam.
Sejurus itu, Haiqal mengangguk. Mungkin hal yang telah diputuskan dalam wad tu akan dibincangkan nanti di Penang. Bila difikirkan balik, kenapa papa pulak terlibat sekali?
"Aqil!! Weii, kemas beg. Lusa kita balik Penang!!" Teriak Haiqal. Aqil yang sakan ketawa, berhenti sambil memegang perutnya. Aduh, dah sampai klimaks dah ni. Rancangan malam ini kelakar pulak time ni. Yang menyamar dianggap penyanyi sebenar, dan yang penyanyi sebenar pulak hampir saja disingkirkan. Sean Lje dalam ni pun boleh tahan juga lawak. Butang pause ditekan.
Anak tangga didaki untuk mendapatkan bilik Haiqal. Pintu bilik ditolak perlahan. "Aku dah kemas dah beg tadi, lepas Mak Ngah call je tadi, dah siap dah kemas. Kalau macam tu, kau ambik aku, kita gerak lepas aku habis kerja lusa. Tak sabarnya nak jalan2!! Holiday mood, wuu!! By the way, Tok Chik tu adik Opah kan?"
"Setahu aku la. Sebab Tok Chik tu dulu, masa Tok wan kita meninggal, dia ada datang sini. Aku ingat lagi sebab masa tu umur kita dalam 14-15 tahun. Yang pasti, dia memang adik opah la." ujar Haiqal sambil mengambil sepasang baju melayu berwarna biru tua dua tahun lepas.
" Oh, ye ke? Mungkin aku tak perasan. Lagipun, masa tu aku duduk dengan family aku. Tak berapa nak ingat. Takpela, kau kemaslah beg kau dulu. Aku nak order pizza la weh, lapar. Heheh. Nanti kau turun la, makan sekali." Aqil turun ke bawah untuk menelefon Pizza Hut. Harap buka lagi kedainya.
Haiqal menggeleng sambil tersenyum. Lantas fikirannya teringatkan Ika. Apa jadi pada dia sekarang?
Haiqal menepis jauh fikirannya. Ah, dia banyak 'sokongan' yang boleh membantunya kalau apa2 terjadi pun. Haiqal langsung menyambung semula untuk mengemas bagasi, malas untuk memikirkannya lagi.
Ting!
Satu notifikasi masuk. Haiqal melihat di telefon pintarnya.
Terima kasih. Semoga Allah sahaja yang balas atas kebaikan kau. Aku redha.
Tiada reaksi dari Haiqal. Entah apa perasaan yang sepatutnya dia rasa sekarang. Keliru? Gembira? Bersalah? Dia membalas semula.
No mention. Sorry and let's just stop here.
Takpe, Allah knows better. Will do. G'luck bro.
Haiqal melemparkan phonenya ke atas bantal. Dia baring sambil memandang ke arah siling. Dia harap dia lakukan perkara yang benar.
*****
Harap korang suka this part! korang rasa apa jadi pada Ika? Just you wait, muah!!✨
YOU ARE READING
Beyond Our Heart ✓
Romance[ C O M P L E T E ] [NON-EDIT] WASIAT? What will?!!!! . IZARA HALINA. Kehidupannya dijalankan dengan serba baik, sehinggalah satu wasiat yang perlu diikut bagi menjalankan amanah neneknya. FAKHRUL HAIQAL datang dalam hidupnya, tanpa dijangka dan te...