TEASER 11 BUANG SEGALA TENTANG DIA

1.2K 35 4
                                    

Dah dekat sejam duduk, Alisa dah mula rasa tak senang. Sampai bila pula nak duduk diam macam tunggul.

Dah nak Maghrib. Perlahan-lahan Alisa berdiri. Tunduk, pandang kiri kanan, Alisa sebenarnya tak tahu nak buat apa. Bertambah gabra bila boleh nampak dengan ekor mata, Ibra asyik perhatikan dia.

Eh... lupa. Bukankah dah nak masuk waktu solat? Lebih baik Alisa mandi.

"Awak nak pergi mana?" soal Ibra apabila dilihat Alisa bangun.

"Saya nak mandi. Nak solat."

Ibra mengangguk. Betul juga. Dah dekat masuk waktu. Bolehlah bersiap-siap.

"Okey. Lepas awak saya mandi pulak. Lepas solat kita turun makan okey?"

"Okey." Sepatah sahaja jawapan Alisa. Mencapai tuala, laju menuju kamar mandi. Melangkah masuk, mengunci pintu. Bahaya kalau tak kunci. Banyak betul sangka buruk Alisa pada Ibra Iskandar. Lelaki tetap lelaki.

Lebih kurang 15 minit Alisa selesai mandi. Siap keringkan tubuh, siap lilit kain tuala, siap ambil wuduk.

Alisa pandang tempat sangkut baju yang ada di dalam kamar mandi hotel itu. Dahi Alisa berkerut. Semakin lama kerut-kerut itu semakin berlapis-lapis. Alisa memeriksa berkali-kali. Memastikan yang dia tak salah tengok. Betul ke yang tergantung itu hanya pakaian kotor yang Alisa pakai tadi. Pakaian bersih mana?

Alisa tepuk dahi.

Bagus, Alisa. Kau lupa! Dan sekarang macam mana kau nak keluar.

Alah. Apa susah? Sarung jelah dulu baju tadi. Bukan kotor mana pun. Nanti keluar bilik mandi, bila Ibra dah masuk bilik air, Alisa tukarlah cepat-cepat. Bukannya susah pun.

Alisa keluar dari kamar mandi dengan baju yang sama Alisa masuk tadi. Tak berlengah, Ibra pula capai tuala mandi yang terlipat elok. Dan mula atur langkah masuk ke dalam bilik mandi.

Menunggu beberapa saat, Alisa mengintai pintu kamar mandi tadi. Memastikan sudah tertutup dengan sempurna. Setelah pasti pintu itu telah rapat, Alisa berlari anak ke arah beg pakaiannya. Mengeluarkan sepersalinan lengkap pakaian. Blaus, palazo, baju dalam dan seluar dalam. Kelam kabut, mencampakkan kesemuanya di atas katil, dalam timbunan bantal dan comforter yang Ibra Iskandar selerakkan.

Campak tuala, cepat-cepat menanggalkan kesemua pakaian yang terlekat di tubuh.

Menyarung panty comel warna hitam siap dengan renda, dan reben. Kemudian mencapai palazo. Sekarang giliran baju dalam pulak.

Alisa kerut dahi.

Aik... mana pulak bra ni tadi? Bra hitam, berenda dan bereben comel sepasang dengan panty tadi.

Ya ampunnn... mana pulak?! Alisa kelam kabut alihkan bantal- bantal yang berselerak. Walaupun tak mungkin Ibra mandi seminit sahaja, Alisa tetap kelam kabut. Buatnya Ibra tiba- tiba keluar? Tak pasal-pasal...

Hish... mana pulak bra tadi? Bukan dah keluarkan ke? Macam mana boleh ghaib pulak ni?

Dan tiba-tiba sahaja Alisa dapat dengar pintu bilik air dibuka.Dan walaupun seluruh lantai bilik hotel itu diliputi karpet tebal, Alisa seakan terdengar jelas derap langkah Ibra yang menuju ke ruang hadapan.

Mencari tuala, macam manalah Alisa boleh campak tuala tadi jauh sangat. Kelam kabut mencapai apa sahaja. Ya ampun... rasa nak tercabut jantung Alisa. Nak tutup dengan apa ni?!!!

Kesudahannya Alisa tutup dengan blaus yang Alisa keluarkan tadi. Tapi tak sempat tersarung pun. Alisa lekap atas badan macam tu je. Itu sahaja yang sempat. Sementara Ibra yang hanya berlilit tuala, sudah pun tegak berdiri di situ, terpaku melihat Alisa.

Pandangan Ibra melekat pada batang leher dan separuh dada Alisa yang terdedah. Putih. Bersih. Dan... Ibra teguk liur. Jantung berdegup laju. Nafas pun rasa dah tak berapa teratur.

Alisa teguk liur berkali-kali. Jantung rasa macam nak meletup bila tengok Ibra hanya bertuala dengan titis-titis air yang jatuh dari tubuhnya. Dan rasa nak tercabut jantung bila dia dilihat dalam keadaan tidak lengkap berpakaian begini.

Satu tangan melintang di dada. Berhati-hati agar blaus tadi tidak jatuh. Sebelah tangan lagi Alisa capai pulak satu bantal, peluk bantal tadi rapat ke tubuh dengan bahagian belakang tubuh terdedah. Seperti Ibra. Alisa juga tegak di situ. Tunduk. Tak berani angkat muka langsung.

"Erm... pencuci muka saya. Err... dalam beg." Dah basahkan seluruh tubuh, baru Ibra teringat terlupa nak ambil pencuci muka. Sebab tu Ibra tiba-tiba keluar.

Terasa darah hangat menyerbu wajah. Ibra teguk liur berkali-kali. Hela nafas dalam-dalam. Cuba menenteramkan jiwa lelaki yang mula tak keruan melihat perempuan yang dia cinta begitu.

"Awak nak ambil pencuci muka awak tadi kan?"

Alisa mengingatkan Ibra yang nampaknya dah muka hilang fokus dan hilang ingatan.

"Errr... ya. Lupa pulak." Lambat-lambat Ibra berjalan ke arah beg pakaiannya. Tiba-tiba blur. Sedaya upaya memandang lurus ke arah tuju walaupun jiwa lelakinya meronta mahu menoleh ke arah Alisa.

Tap!

Pintu kamar mandi ditutup. Dikunci dari dalam. Ibra tarik nafas dalam-dalam. Hembus kasar. Menenangkan jiwa yang tak tentu arah.

Sementara Alisa hembus nafas lega. Kembali kelam kabut mencari baju dalamnya yang tiba-tiba saja ghaib.

Dan saat itu Alisa terpijak baju dalam hitam yang jatuh di belakang kakinya.

Damn! Dekat sini kau rupanya! Mungkin tertarik sekali masa Alisa capai palazonya.

Erghhh! Tak pasal-pasal je separuh bogel depan Ibra! Malu jangan cakaplah. Entah-entah Ibra fikir aku sengaja buat macam tu sebab nak goda dia?

Ya Tuhan... Rasa nak meletup dah muka Alisa ni tahan malu. Rasa nak lari balik pun ada.

Ibra di dalam kamar mandi, tersengih-sengih nakal. Menyimpan kemas-kemas babak tadi dalam memori kepalanya.

Nak jadi cerita pula tiba-tiba semuanya jadi begitu.

Alahhh... lagipun apa salahnya kan? Tak ada dosanya. Alisa itu halal untuk Ibra. Hanya Alisa yang mengharamkan semuanya. Kalau Ibra nak, Ibra berhak. Dan Alisa tak ada hak untuk halang.

BUANG SEGALA TENTANG DIAWhere stories live. Discover now