© 2012 Shxrtgrxrl All rights reserved.
Khairul Bin Khairil. Itulah nama aku. Aku ni suka sangat berlumba. Dalam banyak-banyak race aku buat, hati aku dekat sangat dengan rempit. Mat motor katakan. Hanya kerana satu malam, pelbagai perkara berlaku. Ada nasi, adalah kerak. Dan kerak itu aku tak dapat kembalikan walaupun berjuta-juta aku ingin bayar. Sesuatu yang tak dapat dibeli, dijual atau digadai.
"Khai, abah nak abang kat rumah boleh? Ibu nak anak-anak semua kat rumah. Nari kan hari jadi ibu abang. Jangan merempit boleh?" tanya Encik Khairil, dengan nada yang tenang.
"Alah abah. Nanti abang balik cepat lah. Sekejap je nak keluar." ujar selamba Khairul kepada abahnya.
"Khai keluar eh abah?" tanya Puan Kyra dari dapur.
"Ye sayang. Tak apa lah sayang. Kejap lagi dia balik. Jangan risau ye sayang," pujuk Encik Khairul kepada sayangnya.
Allah S.W.T Maha Mengetahui. Dia mengetahui niat buruk Khairul maka Dia menurunkan rahmat hujan pada saat itu apabila Khairul tiba ke tempat dia ingin merempit. Khairul berani langgar permintaan abahnya kerana lumayan kali ini agak tinggi berbanding yang lain. Hanya dengan merempit saja, dia boleh mendapat wang sepuluh juta ringgit. Siapa nak kasi dia kalau dia menang?
"Bro, lu betul-betul nak race ke tak? Hujan lebat ni. Kau yakin tak?" tanya Zack.
Zack ialah seorang yang kaya raya dan memang suka menghabis wangnya dengan berfoya-foya dan mengadakan lumba haram untuk mat motor.
Ada udang di sebalik batu. Rupa-rupanya jalan yang ingin rempit itu sebenarnya mempunyai selok belok banyak dan tambah jalan tar yang agak licin dan lembap akibat hujan lebat.
"Argh! Walaupun hujan lebat, buchuk tetap boleh menang lah!" puji Zarya, kekasihku.
Di sebuah restoran, dia berdiri di situ. Menghantar makanan. Aku panggil dia tapi dia menjeling. Kurang ajar itu. Aku kena ajar dia. Ingin suka hati dia nak jeling kat aku. Hmm, apa kata aku langgar? Ambil kau. Siapa suruh jeling? Padan muka!
"Aduh!" jerit kecil awek seksi.
"Apa ni? Tak nampak orang nak jalan ke? Mana bos kau? Aku nak jumpa dengan dia. Biar dia ajar kau macam mana nak jalan pakai mata bukan lutut!" sinisku diam-diam dengan nada yang tinggi.
"Bos...bos...saya saya saya kat kat kat," gagap dia.
"BOS KAU KAT MANA?" jeritku.
"Dia kat kat kat dalam dalam dalam dapur," gagap pantas.
Dengan gaya yang marah, aku melangkah ke dapur. Aku dapat melihat gadis seksi malu dan pelanggan lain diam bisu melihat kepada kami.
"Saya nak awak ajar pekerja awak yang berdiri di sebelah pelanggan berbaju merah upaya berjalan pakai mata bukan hidung ke lutut ke tangan," adu aku.
"Saya terima aduan awak. Saya akan ajar Zarya untuk berjalan betul. Atau awak nak ajar dia?" tanya seakan-akan tahu niat aku.
"Okay. Saya nak awak pecat dia. Biar orang lain kerja sini dan saya akan ambil dia, okay?" dengan angkuh aku menaruh.
"Boleh. Dipersilakan," izinnya.
Melangkah ke luar dapur, Tuan Pengurus sudah memecat awek seksi. Ambil kau. Siapa suruh jeling aku tadi?
"Hah! Kau yakin tetap nak teruskan?" Zack masih bertanya.
Aku dengan selamba menunjuk penumbuk sulung mautku jika dia tanya lagi.
"Vroooom!" Lumba haram sudah dimulakan.
"Kenapa awak suruh bos pecat saya?! Saya nak kerja kat mana? AWAK MEMANG SETAN! PERGI DARI SINI. AKU BENCI KAU!" histeria terus Zarya sebaik sahaja keluar dari restoran.
YOU ARE READING
Satu Malam
Teen FictionKhairul seorang mat rempit. Pelbagai kejadiaan berlaku pada satu malam. Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Zarya turut ditangkap. Kenapa? Satu malam itu telah mengubah sikap buruk Khairul. Apa yang terjadi pada Khairul sehingga dia berubah?