SUDAH menjadi rutin harian untuk Freya melakukan kerja hingga lewat malam. Selesai memarkir motor kesayangannya, Freya membuka helmet di kepala dan di simpan rapi di dalam Box Motor. Freya berjalan menaiki tangga di rumah sewanya. Dua buah plastik di dalam genggaman, Freya hayunkan. Dia bernyanyi, untuk menghilangkan rasa takut itu.
Tiba-tiba, Freya berhenti dari meraih tangga-tangga itu bila dihadapannya terdapat seorang lelaki tua. Freya menelan liur, mula rasa takut.
" Awak siapa? Saya nak lalu, boleh awak berikan saya ruang? "
Ucap Freya, memeluk plastik di tangan. Lelaki tua itu tidak bersuara, hanya berdiri diam di tengah-tengah jalan itu. Freya dapat merasa, lelaki itu bukan manusia.
" Freya? Kenapa tak naik lagi? " Suara tuan rumah menyapa tiba-tiba, mengejutkan Freya.
" Kak Sufi "
" Naiklah, tunggu apa lagi "
Sufi terus melangkah menaiki tangga. Freya terkejut, benar lelaki tua itu bukan manusia kerana pada saat Sufi lalu, badan lelaki itu tembus seperti berjalan di dalam kepulan asap yang tebal.
" Kak Sufi... Tunggu saya "
Amat kuat nada suara Freya, dia berlari dan pada saat itu dia dapat merasakan sentuhan lelaki tua itu. Tiba saja di rumah, Freya terus mengunci pintu biliknya dan menyalakan lampu. Freya meletakkan dua plastik itu ke atas meja, mengambil pinggan dan menjamah makanan pada lewat malam. Selesai dia makan, Freya menyalakan laptop miliknya. Dia mula menaip sesuatu mengenai dirinya.
" Nama aku Freya Zemira dan aku berusia 26 tahun. Aku memiliki ibu dan ayah tapi, mereka telah membuang aku ketika aku berusia lapan tahun. Aku tak tahu sebab kenapa mereka membuang aku. Mungkin, mereka takut denganku. Aku tidak tahu mengapa aku boleh mengalami hal sengeri ini. Aku mempunyai satu rahsia yang tak pernah orang tahu. Aku... Dapat melihat benda menakutkan. Aku boleh melihat benda halus. Mereka sering mengganggu aku sebab itu aku selalu sendiri tapi, aku memiliki satu sahabat. Banyak orang yang takut dengan aku bila aku cuba melindungi mereka dari benda-benda jahat itu dan... Mereka mengatakan aku ini gila, tidak normal "
Jemarinya berhenti menaip seketika, menyuapkan makanan ringan masuk ke dalam mulut. Sempat membetulkan kaca mata bulatnya sebelum menaip semula.
" Ada lelaki yang cuba menggoda aku dan aku banyak pengalaman tentang cinta. Tapi, perkara itu sering merosakkan setiap perancangan yang aku buat. Seolah, mereka tidak suka melihat aku bahagia. Ke semua lelaki yang aku kenal, semua mengatakan hal yang sama. Freya! Kau dah gila... Aku berharap, suatu hari nanti akan ada lelaki yang dapat menerima aku seadanya. Yang dapat menerima kelemahan yang aku ada. Aku harap, Tuhan hadirkan lelaki seperti itu buat aku. Aku harap "
///
Matahari menyinar hangat masuk ke dalam mata, buatkan gadis sepi itu terus terjaga dari tidur yang tak pernah lena. Freya bangkit duduk, menggapai telefon pintar yang letak di atas permukaan meja. Waktu menunjukkan sudah pukul 7.00am dan Freya masih memiliki banyak masa.
Freya tergeleng kepala bila melihat keadaan di dalam biliknya yang begitu berterabur, kotor dan busuk.
" Aku ni perempuan ke? " Tanya Freya sendiri, dia tergelak.
" Okey, masa untuk menjaga kebersihan "
Freya bingkas berdiri, siap untuk mengemas biliknya dengan bertemankan lagu 'Ave Maria' untuk menceriakan diri sendiri. Sambil mengemas, sambil dia bernyanyi dan menari.
" Tak sangka, cantik juga bilik aku bila dah kemas dan bersih "
Freya terpegun sendiri melihat keadaan biliknya. Dia mengelap peluh di dahi dengan lengannya dan...
YOU ARE READING
BODYGUARD MR.GAY(complete)
RandomRAFIE YAHYAH tidak tahu apa itu 'Perempuan' . Dia kehilangan ibunya di dalam satu tragedi kebakaran sewaktu dia masih bayi . Dia dirawat dan dibesarkan oleh 'Lelaki' . Bahkan seluruh pembantu yang ada di dalam istana itu , semuanya LELAKI . Bukan i...