CEPAT-cepat Freya menyembunyikan diri saat Rafie berkalih pandangan. Freya tidak siap menunjukkan diri ditempat itu selepas mengingat kejadian pagi tadi dikampus.
" Betul ke tu anak awak? " Freya dan makhluk itu berbual.
" Kenapa awak meninggal dan kenapa awak minta saya jagakan anak awak? " Tanya Freya ingin tahu penyebab kematian makhluk itu.
" Saya meninggal di dalam kebakaran pada beberapa tahun yang lalu... "
Makhluk itu menceritakan pada Freya mengenai peristiwa pahit itu. Freya berjalan sambil menundukkan pandangan ke bawah, sebak hatinya bila mendengar cerita itu. Lahir rasa simpati tentang kehidupan pahit yang dilalui oleh Rafie. Sesekali ia juga tersenyum bila memikirkan tentang kerjaya Rafie yang kini bergelar pelakon popular.
///
" Jadi, awak adalah Reza Safiy yang pernah tinggalkan saya? "
Rafie kecewa setelah mengetahui, Reza adalah bekas kekasih yang pernah meninggalkan dia dulu. Beberapa tahun yang lalu, pada usia 20 tahun, Rafie memasuki sebuah kolej besar di kota Perancis. Di dalam kolej lelaki itu, dia bertemu cinta dengan Reza. Tetapi, Reza pergi meninggalkan dia dengan tiba-tiba.
" I'm sorry... Sebab tu, I terkejut bila nampak you di Mega Prima. Sorry Fie "
Reza tulus memohon maaf, menghampiri Rafie dengan lebih dekat lagi. Dan, Reza memeluk Rafie dengan begitu nyaman.
" I masih sayangkan you Fie " Ucap Reza, masih tawar hati Rafie untuk memberikan kemaafan.
" Please, maafkan I. Kita mulakan semula hubungan kita "
Lanjut Reza bersuara, masih memujuk Rafie tapi, marah lelaki itu masih belum reda. Dek kerana masih cinta, Reza melepaskan pelukan sendiri. Ketika dia hendak melutut, memohon kemaafan dari Rafie, pantas Rafie menarik kedua tangannya dan memeluk Reza.
" Jangan macam ni. Okey, I maafkan you. Tapi, kalau you "
Reza memintas ucapan Rafie dengan mencium sekilas bibir milik Rafie dan pada saat itu. Freya terlihat semuanya.
" Oh...my god "
Freya kembali menyembunyikan diri. Untung saja kedua Mr.Gay itu tidak melihat dia. Freya sangat terkejut, tidak dapat berfikir lebih jelas lantas Freya berlari laju, meninggalkan taman itu.
" Aku salah nampak ke? Err!!! "
Freya mengusap kedua lengan dengan tangan yang bersilang. Mencanak naik semua bulu roma bila mengingat perkara ngeri itu. Freya merasa sangat jijik.
" Err!! Arghh... Haish! "
Sambil berjalan, Freya menghentak-hentak kakinya. Geli hatinya dengan apa yang dilihatnya itu. Freya benar-benar tak sangka dan sempat berfikir.
" Habislah. Aku... Pernah doakan dia macam tu! Ni salah aku ke? Ya Allah... " Jerit Freya halus, tiba-tiba rasa bersalah.
///
2 BULAN KEMUDIANBila di lokasi syuting, Reza dan Rafie seakan-akan tidak mesra. Dari jauh saja mereka hanya berbalas senyuman. Ini kerana, mereka mahu menyembunyikan perhubungan itu. Diam-diam, Reza dan Rafie tinggal bersama di kediaman Rafie. Oleh kerana itu, Rafie memecat ke semua pembantu rumah termasuk pengawal peribadi.
Di samping itu juga, Rafie membuat arahan baru pada pengurus peribadinya. Jika Arif ingin datang ke rumah, perlulah maklumkan padanya terlebih dahulu. Hal itu buatkan Arif berasa sangat tersinggung dan menduga, Rafie merahsiakan sesuatu yang besar dari dia dan umum.
Ketika Rafie dan Reza keluar bersenam bersama, orang awam kononnya terlihat kemesraan Rafie dan Reza hingga perkara itu menjadi Viral. Rafie dan Reza membuat persidangan, menyatakan bahawa dia dan Reza tidak pernah memiliki hubungan khusus.
YOU ARE READING
BODYGUARD MR.GAY(complete)
RandomRAFIE YAHYAH tidak tahu apa itu 'Perempuan' . Dia kehilangan ibunya di dalam satu tragedi kebakaran sewaktu dia masih bayi . Dia dirawat dan dibesarkan oleh 'Lelaki' . Bahkan seluruh pembantu yang ada di dalam istana itu , semuanya LELAKI . Bukan i...