Aku disini hadir sebagai seorang mangsa yang pernah dirogol dengan rakus oleh manusia paling menjijikan, dan satu hal lagi tak ada sesiapa pun yang tahu aku pernah kena rogol, hanya satu /dua orang sahaja yang aku kongsi bersama.
Aku lahir dari kalangan orang berada, ayah cukup hebat dalam bidang perniagaan dan terkenal dalam kalangan businessman yang lain, erti kata lain maruah dia sangat tinggi. Aku sendiri sentiasa pentingkan penjagaan maruah dan badan aku sendiri, sampailah suatu hari selepas aku travel bersama rakan-rakan yang lain, dalam perjalanan pulang ke rumah dan berhenti di kedai, waktu tengah hari tu aku ditarik kedalam kereta dan tak sedarkan diri! Bangun je sedar diri aku dah dekat dalam hotel tanpa Seurat benang, sedar apa yang dah berlaku dengan keadaan aku sangat kotor dan kelihatan menjijikan aku hanya mampu meraung!
Bila terimbas dalam keadaan sedar dan tak sedar aku tahu siapa yang merogol aku, lelaki ni dah lama sentiasa cuba ambil perhatian aku, aku tak pernah nak layan lelaki ni sebab aku hormat akan rumah tangga orang lain, dia sendiri sudah berkahwin dan ada anak! Kau cuba bagi tahu aku, apa aku dapat kalau aku terjah jantan ni merayu supaya dia bertanggungjawab, aku takkan dapat apa-apa melainkan dituduh untuk menghancurkan rumah tangga orang lain. Report polis? Selepas itu apa yang jadi?
Hanya akan berlaku kekecohan dalam keluarga aku dan sanak saudara. Baran ayah aku sehingga boleh bunuh orang lain, lagi-lagi kalau dia tahu satu-satunya anak perempuan dia dianiaya. Pernahkan jadi kes abang dan ayah dipenjarakan kerana membunuh perogol. Aku tak nak semua benda tu sampai terjadi. Ini semua kerana takut malu dan pentingkan maruah. Aku sanggup telan seorang diri.
- Mangsa rogol