5 bulan lalu...
.
.
.
Alisya pelik apabila kereta yang Ris pandu begitu laju dan jauh menyimpang dari laluan mereka yang sebenar. Dan lebih mengejutkan bila Ris ketawa terkekeh-kekeh gembira sebaik sahaja kereta mereka keluar dari kampung.
Dia memandang Ris yang ketawa seperti dirasuk. Wajah Ris jauh berbeza dari awal perkenalan mereka. Ia serius dan garang. Senyuman yang sebelum ini begitu menenangkan berubah menjadi sengihan yang penuh muslihat. Sekelip mata Ris seolah-olah menjadi orang lain.
" Kita berjaya! Hahahaha!! Kita Berjaya! "
Alisya pelik. Tidak tahu memberi response apa, tidak mengerti apa sebenarnya yang berlaku.
" Semua ni betul-betul bijak! Kemalangan, hilang ingatan! You are genius Arsya! "
" Apa awak cakap ini Ris? "
" Come on! Dah takde sesiapa dah kat sini. You boleh berhenti berlakonlah Arsya. And that Neal, He is so stupid! That face OMG, sengsara nya hahaha! Dia pasti gila-gila heart broken lepas ni, or should we make him go gila terus ? Hihihi.. Who knows.. who knows. We will see that right?"
" Ris? Apa ni? Apa maksud awak ? Apa kena mengena Neal ngan awak?" tanya Alisya cemas bila mendengar Ris bercakap begitu tentang Neal. Apa yang Ris nak buat pada Neal?
" Arsya! Tolonglah, stop being Alisya. Plan kita dah success dah."
"Saya bukan Arsya, apa awak cakap ni Ris?!"
Kereta diberhentikan tiba-tiba di tepi jalan. Hampir-hampir terbabas.
Ris merenung marah pada Alisya. Urat mata nya jelas kelihatannya merah.
" Apa kau cakap ni? KAU LAH ARSYA! Bukankah ni semua plan kau dari awal? Mendekati Neal, mengembalikan perasaan Neal, mempermainkan dia, mendekatinya sebagai ALISYA. THIS is all part of your GAME ARSYA."
" Saya bukan Arsya, kenapa dengan awak ni Ris?"
Rasa takut semakin melonjak di dalam perasaannya, melihat Ris yang pelik dan bahasa Ris yang kasar itu.
Alisya memegang pintu kereta, cuba hendak keluar.
" Stop it Arsya! Alisya dah mati! YOU killed her, remember?"
Ris memegang lengan Alisya, menghalang Alisya dari keluar.
Wajah Ris serius, tidak bergurau. Kata-katanya satu kebenaran.
" A..a..apa awak cakap ni. Saya masih hidup." kata Alisya merentap tangannya dari pegangan Ris.
Serta merta imej sepasang tangan berlumuran darah muncul di matanya. Tangan itu mengigil-gigil ketakutan . Dan tangan itu, miliknya.
Alisya keliru..
Kemudian imej-imej lain muncul, sekejap-kejap dan kabur seperti video lama yang rosak.
Dia melihat dirinya , kemudian melihat dirinya yang sedang berdiri di sisi tubuh kaku. Sebilah pisau yang berlumuran darah turut berada di sisi mayat itu. Dia menyelak tubuh itu dan melihat dirinya sedang kaku.. Mati.
Dia tidak faham, apa maksud semua ini? Kenapa imej ini muncul dalam fikirannya?
Melihat Alisya kekeliruan, Ris menghentak kuat kepala Alisya hingga pengsan. Darah merah perlahan-lahan mengalir dari luka di kepala Alisya akibat tindakannya itu.
Ris tidak rasa bersalah.
Dia sengih. "Fuck you Arsya"
Ris menghidupkan enjin kereta, menyambung perjalanan yang terhenti.
.
.
.
Alisya terjaga dalam bilik yang gelap dan kusam.
Bilik ini kosong dan usang, dindingnya berkulat , lantainya berdebu. Tiada tingkap hanya dinding.
Tangannya pula diikat pada kaki katil besi dengan dirinya duduk di lantai simen yang sejuk. Terdapat luka kering di pergelangan tangannya dek kesan tali yang diikat ketat.
Dia tidak ingat sudah berapa lama dia dikurung di sini.
Masa tidak dapat dihitungnya kerana dirinya hanya ditemani kegelapan sejak hadir di sini.
Dengan pandangan yang berpinar-pinar, Alisya memandang satu-satunya pintu di bilik ini. Terdapat sedikit cahaya dari selak pintu.
Dia menelan air liur yang begitu kesat. Sudah beberapa hari dia tidak diberikan minuman dan makanan. Tubuhnya begitu lemah dan ditambah dengan kesejukan akibat tidur di ruang bilik yang hanya bersimenkan batu. Dia begitu pucat dan letih.
Alisya senyum kelat. Ironinya, semua ini tidak seteruk apa yang pernah dialaminya, sejak kecil oleh Arsya. Dia masih mampu bertahan.
Ris tiba-tiba masuk ke bilik dengan membawa segelas air. Dia mendekati Alisya, kemudian menuangkan air pada bibir kering Alisya. Alisya meneguknya dengan penuh dahaga.
Setelah habis, Alisya memandang Ris yang memerhatinya dengan pandangan mata yang tajam.
" Arsya, ini game ke? Aku taknak main lagi. Cukuplah, aku taknak cederakan kau." entah kenapa Ris tiba-tiba bercakap lemah-lembut padanya. Jernih mata Ris berkocak seolah-olah dia tidak berniat untuk mengurung Alisya di sini.
" Saya bukan Arsya. Ris, awak dah keliru." jawab Alisya.
Penolakan itu buatkan Ris naik marah. Dia mencampak gelas kosong yang dipegangnya ke sisi Alisya. Cebisan kaca pecah berderai kena pada Alisya yang tidak dapat mengelak. Akibatnya pipi kanannya tergores luka dan matanya hampir terkena kaca.
"Mana boleh aku keliru! Semua ini a part of the game, YOUR game, Arsya! " kata-kata Ris seperti orang gila, tindakannya juga sekejap tenang, sekejap keliru.
" Ris, saya adalah Alisya." kata Alisya cuba mengingatkan Ris.
" Kau cuba uji aku kan Arsya? Cuba lihat samada aku akan tertipu dengan helah kau sama seperti si Neal tu? "
Ris mendekati Alisya, dia mengusap pipi Alisya yang berdarah. Di kesatnya darah merah itu dengan sinar mata yang galak seolah-olah seronok melihat warna merah itu.
" Tapi aku bukan Neal. Aku lagi bagus dari dia. Berganda-ganda lagi baik, bijak dan sempurna untuk kau, Arsya." jelas Ris.
" Ris, tolong lepaskan saya! Saya merayu pada awak. Saya bukan Arsya, percayalah! Saya tak kenal awak pun. Saya tak faham apa yang awak cakap kan. Tolong, Ris. Saya tahu awak bukan orang begini. Awak berbeza, Ris awak seorang yang baik."
Alisya mengharapkan Ris yang dikenalinya di kampung dulu, Ris yang baik itu kembali. Dia tidak faham kenapa Ris mengaitkan dirinya dengan Arsya.
" Kau Arsya! Aku takkan silap." tegas Ris.
Dia diam sejenak sebelum menanggalkan ikatan Alisya. Tubuh Alisya diseretnya naik ke katil. Kemudian dia menanggalkan satu persatu butang kemejanya sehingga mendedahkan dadanya.
Alisya terkejut!
Dada Ris penuh dengan parut-parut lama dan kesan bakar yang teruk pada putingnya. Namun yang paling mengejutkan Alisya apabila melihat satu parut besar di dadanya. Seolah-olah kesan dari pembedahan satu ketika dulu.
Entah kenapa, Alisya seolah-olah pernah melihatnya.
Ris menarik tangan Alisya dan meletakkannya perlahan-lahan di parut besar miliknya ini.
" Patung ini merindui tuannya." bisik Ris.
Serta merata tangan Alisya mengigil-gigil,seolah-olah teringatkan sesuatu.
Pantas Alisya menarik tangannya dari Ris. Kemudian kaku memeluk tubuhnya sendiri. Dia memejamkan matanya ketakutan.
"Please play with me."
YOU ARE READING
Berikan ku jawapan (edited and completed)
RomanceApa itu cinta?.. Sejauh mana kita sanggup lakukan untuk sebuah kisah bernama cinta?Bagaimana cinta mengorak sebuah kehidupan? Neal menjalani kehidupannya dengan sempurna, kerjayanya, kawan-kawannya dan kekasihnya. Namun, di sebalik semua itu... ter...