IZARA sedikit aneh. 'Dah kenapa Along tarik2 aku ni?'
Izara tidak meronta, sekadar mengikut sahaja langkah Alongnya, yang mendekati En Haidar, abah mereka.
" Along, kamu pergi cari Mak. Entah menyembang dengan siapa la tak nampak ni. Zara, kamu masuk ke dalam dengan abah."
" Kenapa, abah? Kenapa Zara pun kena masuk sekali?" Izara semakin runsing. Dia melihat peguam keluarganya itu memegang wasiat nenek lalu menyimpan dokumen2 itu di dalam beg bimbitnya. Dah habis dah ke?
"Harap ibu bapa kedua pihak yang saya nyatakan tadi, masuk ke bilik semula. Terima kasih." En Roslan berbicara dgn tegasnya. Seorang pembantu mengikutnya masuk ke dalam bilik kerja milik datuk dahulu.
En Haidar bergegas mengikut En. Roslan dengan muka yang resah. Izara mengikuti ayahnya. Izara sudah mengenali lelaki ini sejak kecil, memandangkan En Roslan ini peguam keluarga mereka sejak arwah nenek ada lagi dan Izara memang sedikit gerun dengannya, sejak kecil lagi. Entah apa yang dirisaukan ayahnya ini. Tetapi kenapa mereka semua perlu masuk ke dalam bilik ni?
"Bah, Pakcik Roslan nak cakap pasal apa? Kalau sebab harta, Izara tak rasa Izara dapat." En Haidar mengendahkan pertanyaan Zara. Okay, sekarang Izara semakin confused.
" Roslan, betul ke wasiat yang mak kata haritu? Perlu ke kaitkan Zara sekali? " bisik En Haidar perlahan. Risau didengar oleh anaknya itu.
" Maafkan saya, En Haidar. Ini sahaja yang diamanahkan oleh Pn.Masiah. Soal harta dan kebajikan seperti yang dinyatakan, telah pun saya sampaikan, tetapi wasiat terakhir ini adalah amanah. Amanah ibu awak, Haidar. Sudah termaktub dalam wasiat ni. Saya tak boleh nak buat apa. Sekarang, saya harap kamu sekeluarga boleh memberikan kerjasama." En. Roslan berlalu masuk ke bilik.
Apa yang En Roslan katakan dengan abah? Izara mula pening. Apa yang berlaku ni?
*****
Bilik kerja datuk, yang sekarang milik En Haidar diduduki oleh En Haidar, Pn. Saida dan Izara sendiri. Di hadapan mereka, terdapat seorang lelaki yang dikenali sbg En.Hazman dan anak perempuannya. Mudanya. Kenapa macam familiar je muka diorang ni?
Tiba2...
Pintu bilik dikuak kuat. Izara dan ahli dalam bilik ini sedikit terkejut dengan bunyi pintu yang agak kuat. Setelah menutup pintu, Izara mengalihkan pandangannya ke belakang. Siapa pulak yang kena masuk? Dia terpaku.
'What the ..!? Apahal mamat ni ada dalam bilik ni pulak? Jap, so memang betullah dia ada kaitan dengan family ni?'
Lelaki itu membesarkan matanya. Mungkin memikirkan benda yang sama. Mana tidaknya, baru 10 minit yang lepas, kedua mereka bertikam lidah antara satu sama lain. Izara menjelingnya tajam. Lelaki tersebut menarik kerusi, lalu duduk berhadapannya.
" Baik, semua sudah berada dalam bilik ini. Saya akan membacakan wasiat yang dinyatakan oleh Pn. Masiah." En Roslan mula membuka dokumen pertamanya.
Izara memandang lelaki di hadapannya itu. Dia menggeleng perlahan, lalu memberi perhatian kepada En Roslan.
Wasiat pertama hinggalah wasiat kelima, kesemuanya tentang pembahagian harta dan kebajikan yang diamanahkan oleh nenek Izara. Dia mula musykil. Kenapa dia dan kedua ibu bapanya perlu berada dalam bilik ini? Lagipun, apa kaitannya dengan mamat kerek ni?
" Amanah yang terakhir oleh Puan Masiah. Amanah ini disediakan seminggu sebelum beliau meninggal dunia. Seperti yang diamanahkan oleh Pn Masiah sendiri ketika dirinya di hopital, bersaksikan tiga orang saksi iaitu, En Haidar, En Hazman dan Pn Saida sendiri dan disetujui syaratnya oleh ketiga-tiga saksi ini serta disaksikan oleh saya persetujuan kedua pihak. Sebelum saya menyatakan wasiatnya, ada sebarang pertanyaan?" En Roslan memandang kertas itu, lalu diangkat wajahnya melihat orang2 di hadapannya itu.
En Haidar mengangkat tangan tanda untuk bertanyakan soalan.
"Roslan, wasiat yang diminta oleh ibu hanya sekadar janji dan tidak sah pun pada hari berikut. Sekadar janji kosong. Kenapa perlu libatkan budak2 ni? Mereka tidak tahu apa-apa. Tolong Roslan." En Haidar berbunyi seakan merayu. Ini kali pertama Izara melihat ayahnya sebegini. Seperti hilang arah.
"Um, maafkan saya. Saya, En Hazman juga tidak bersetuju. Lagipun Mak Chik ketika itu mungkin kurang fokus atau kurang waras semasa memberi cadangan ini. Maksud saya, dia dalam pengaruh ubat ketika itu. Cadangan saya, kalau kita membubarkan wasiat ini dengan persetujuan kedua pihak, pastinya tidak akan berlaku masalah." tambah En Hazman lagi.
"Maaf, Encik Haidar dan En Hazman. Wasiat ini sendiri telah ditandatangani oleh Pn.Masiah sendiri, yang ketika itu masih waras dan telah dipersetujui oleh pihak tuan dan puan sendiri, bukan?" En Haidar dan En Hazman tidak membalas, menunjukkan mereka memang bersetuju pada hari yang dimaksudkan.
" Baik, jika tiada soalan saya akan mula semula. Saya berharap agar tuan dan puan tidak membantah seperti yang dijanjikan kepada Pn Masiah. Baiklah, saya akan menyatakan wasiat terakhir ini."
En Roslan mula berbunyi serious.
" Saya, Masiah binti Harun ingin menyatakan wasiat terakhir saya yakni amanah penting yang perlu dilaksanakan demi kebaikan keluarga saya. Amanah tersebut ialah melibatkan cucu perempuan kedua saya, Izara Halina binti Haidar. Saya mengambil keputusan ini agar kedua belah keluarga tiada lagi perselisihan faham antara mereka. Izara Halina binti Haidar perlu mengahwini Fakhrul Haiqal bin Mohd Hazman, cucu kepada Maznah binti Harun, saudara perempuan saya. Hal ini telah dipersetujui oleh saya, kakak saya dan kedua-dua waris yang disebut. Semoga perkahwinan kalian diberkati dan berkekalan. "
Izara dan Haiqal masih terpaku. Izara membuat muka seperti mahu menangis sepuas-puasnya, manakala muka Haiqal, seperti keliru. Apa yang terjadi ni?
"Sebelum itu, Pn Masiah juga ada selitkan sedikit pesanan. Nenek akan selalu mendoakan kebahagian Lina. Itu sahaja amanah terakhir yang diwasiatkan." En Roslan mengemas fail dan dokumennya di dalam beg bimbit. Urusannya sudah selesai.
En Roslan meminta diri untuk pulang. Izara mati akal. Dan nenek sudah pun wasiatkan. Lagi satu, hanya nenek sahaja yang memanggilnya Lina. Jadi, wasiat ini memang benar. Tetapi kenapa nenek menyuruhnya untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah dia kenal? Dengan mamat kerek ni pula.
Izara menarik kedua ibu dan bapanya keluar. Dia perlu memastikan En Roslan tidak berbohong yang ibu bapanya telah bersetuju dengan wasiat nenek tadi.Umurnya yang sudah mendekati 25 tahun, dan dia pastinya sudah jelas dengan jawapan dari ibu bapanya. En Haidar menjelaskan apa yg dibincangkan ketika nenek masih di wad.
"Jadi mak dan abah berjanji tanpa berbincang dengan Izara dulu? Tidak memikirkan kemahuan Izara? Kenapa mak dan abah setuju dengan semua ni?" Izara cuba untuk kekal tenang. Emosinya perlu dikawal, dia perlu bertindak profesional. Tetapi perasaan marahnya masih membuak-buak.
" Semua ini berlaku di luar jangkaan mak. Nenek kamu menyuruh mak, abah dan Pak Cik Hazman utk bersetuju mengahwinkan kamu dan cucu kakaknya. Hal ini kerana perjanjian antara mereka, dan mula2 kami tak percaya, tetapi En Roslan mengeluarkan surat perjanjian antara mereka. Kami bertiga terkedu. Tidak tahu nak buat apa lalu bersetuju pada waktu itu, sekadar mahu menyenangkan nenek kamu. Tidak sangka wasiat itu telah pun ditetapkan. Lagipun untuk kebaikan kamu juga sayang." Pn Saida memegang tgn Izara. Sejuk tangan anaknya.
Izara terdiam. Kebaikan dirinya?! Dia terdiam seribu bahasa. Bukannya membantah, tetapi berasa seakan dipergunakan. Paling penting, apahal dengan mamat tu juga yang nenek pilih?! Lina tidak setuju nenekk!!
*****
Wasiat nenek telah terbongkar! Next! Next!🎬please vote/comment you gais! Thanks for reading !🖤
YOU ARE READING
Beyond Our Heart ✓
Romance[ C O M P L E T E ] [NON-EDIT] WASIAT? What will?!!!! . IZARA HALINA. Kehidupannya dijalankan dengan serba baik, sehinggalah satu wasiat yang perlu diikut bagi menjalankan amanah neneknya. FAKHRUL HAIQAL datang dalam hidupnya, tanpa dijangka dan te...