Pair : FangBoy a.k.a Fang x Boboiboy
No power yet, REALLY2 OOC, just borrow the character and dont make it seriusly real story. Language campur Malay dominan
Shonen-ai, Yaoi maybe(?)
✨✨✨✨✨
Semalam merupakan hari pertama persekolahan kan?
Tetapi, Gopal memberitahunya ada seseorang sudah mati di belakang sekolah.
Wow
Sekarang , cerita itu tersebar kurang dari 200 minit . Dan ini semua gara-gara si Gopal yang terjumpa di belakang sekolah semata-mata mengejar kucing yang mencuri ikan bilisnya.
" Kau jangan ke belakang sekolah tau Boboiboy! " pesan si gempal yang satu ini pada kawan baiknya.
Dengan kematian yang satu itu sahaja, Gopal melarangnya seperti dia membuat kesalahan yang sangat besar sehingga perang dunia sahaja. Boboiboy sekadar mengangguk kebosanan. Lagipun perlu ke belakang sekolah?
" Btw, daripada kita cerita benda mati, kau dah siapkan kerja sekolah ke? "
" ALAMAK! KEEJA SEKOLAHKU! " Cepat-cepat Gopal mengeluarkan segala kekuatannya untuk berlari ke kelasnya yang berjarak kurang daripada 50 meter dari kelas kawan baiknya.
" kelas sebelah ja pun nak lari macam marathon satu sekolah " kata Boboiboy perlahan , menghela nafas pada kawannya yang satu itu.
Lalu hari itu berjalan seperti biasa.
✨✨✨✨✨
Kantin , seperti biasa akan kehabisan nasi lemaknya dahulu kerana si Gopal. Dan donut lobak merah itu pula dihabiskan oleh si popular yang tiba-tiba sahaja membeli seguni. Entah daei mana dia dapat guni itu, hanya Fang dan Author sahaja yang tahu.
Dan Yaya selaku pembolot jawatan di sekolah menengah yang satu ini, membebel dengan panjang x lebar x tinggi x kuasa 2 nya berserta dengan denda kerana masalah Fang yang membeli donut sampai orang lain tidak dapat juga dengan guni yang diseretnya di lantai menyebabkan lantai kotor.
Uish banyak juga salah Fang ya.
Fang : //bersedia dengan kuasa penuh naga bayang
// run
Fang mampu mengeluh menyampah. Donut dia yang beli , dia yang bayar. Apa salah dia kalau ambil guni yang ada dalam stor sukan itu untuk bawa semua donut itu kan. Boboiboy mendekati Yaya melihat Fang yang kena denda.
Yaya memandang ke arah Boboiboy yang mendekatinya , " ahh, hai Boboiboy "
" hai yaya. Apa salah Fang hari ini? " walaupun dah tau jawapan , dia cuma nak menghilangkan kebosanan dia sahaja. Lagipun, boleh la dia rakam dalam kepala untuk kenakan Fang~
Idea yang bijak Boboiboy
Dengan sebuah pertanyaan dari Boboiboy, apa lagi? Mulut yang penuh dengan hujah serta bukti kukuh itu mula berbunyi tanpa keraguan. Boboiboy hanya tersengeh jahat pada Fang.
YOU ARE READING
[C] Vampire I [FangBoy] [✔️]
Ngẫu nhiênVampire? wujudkah makhluk seperti itu diantara berjuta-juta manusia di Bumi ini? tetapi... sebenarnya mereka WUJUD dan itu terjadi pada watak utama cerita ini Start : 24/7/2019 End : 3/9/2019 Cover : not my art #270719 - fang #40 #280719 - fangboy...