Kehidupan adalah waktu yang seringkali terlepas pandang oleh setiap manusia. Setiap jejak langkah kehadapan, Bererti kehidupan ini juga bergerak dan semakin hampir kepada penghujungya. Jangan takut untuk melangkah, Jangan takut menjalani hari dewasa kerana semua ini proses yang perlu dilalui. Menoleh kebelakang itu perlu. Tapi bukan untuk bererti meratapi dan terperangkap dalam waktu silam. Lihatlah masa silam itu supaya pengajaran hari lalu menjadi panduan hari ini. Waktu yang berjalan menjadi kan manusia semakin mendalami erti sebuah kehidupan. Teruslah mendayung sampan kehidupan hingga engkau bertemu pada pengakhiran hidup.