part 67

437 11 1
                                    

" Bagaimana dengan Neal sekarang?" tanya Alisa. 

Kenny yang asyik membelek kamera DLSR siri terbaru membisu. Dia masih berkira-kira hendak membelinya atau tidak.

"Neal? Hmm.. dia okey-okey sahaja.  Kau masih ambil berat tentang Neal? Kau kan tahu dia hanya mencintai Alisya. " balas Kenny mengingatkan.

" Aku tahu. Tapi tak salahkan aku ingin tahu khabarnya, sebagai sahabat? Lagipun aku dengar yang Neal sudah berhenti kerja sejak 3 bulan lepas. "

" Dia nak fokus cari Alisya." jawab Kenny bersahaja. 

" Dan kau biarkan saja?"

Kenny keluar dari kedai Nikon,  terus menuju ke laluan luar, duduk bersantai memandang ke bawah. Melihat manusia-manusia yang semakin padat bertandang ke pusat membeli belah ini. Semakin petang, semakin ramai pula orang sampaikan nak keluar dari parking pun beratur panjang. Kehidupan masyarakat Kuala lumpur.

" Sebab ini je ke kau ajak aku keluar? Aku ingatkan kita dating? " tanya Kenny bersenda. 

" Ish.. lawaklah kau ni. Tak kuasa aku nak dating dengan kau. Kau tu dah playboy."

Kenny sengih melebar. Nampaknya Alisa sudah ceria sekarang ini.  Baguslah. 

" Kau camne sekarang ? Wajah kau tertulis seribu permasalahan." tanya Alisya.   

Kenny ketawa kecil. Kelakar pula mendengarnya, dah macam lirik lagu. 

Tetapi apa yang Alisya cakapkan itu betul. Beribu masalah di benak fikirannya. Dan dia tidak dapat menyembunyikannya dari Alisya yang sudah bertahun bersahabat dengannya. Pasti Neal juga menyedari hal ini. 

" Well, sebabkan kita sudah berkawan lama, aku memang tak dapat rahsiakan apa-apa dari kau. Agaknya Neal juga tahu." balas Kenny mula bercerita. 

" Sebenarnya aku bimbang. Jika pencarian ini tidak berakhir, apa seterusnya? Sudah setahun dan masih tiada berita tentang Alisya. Sampai bila Neal nak menghabiskan hidupnya mencari Alisya?"

"Jauh di fikiran aku menyatakan ini semua sia-sia, tetapi aku tidak dapat menarik Neal keluar dari kegilaan ini. Yang aku hanya mampu adalah membantunya, menyokongnya  dan memberikan dia harapan."   

" Alisa,adakah keputusan aku membiarkan dia mengikut perasaannya ini adalah satu kesilapan?"

"Hanya disebabkan aku mahu dia gembira, ketawa dan menjadi dirinya sebenar, aku biarkan cinta yang terkubur berputik, perasaan yang hilang kembali dan  membawa bersama keperitan? Adakah aku terlalu mementingkan diri sendiri?"

Alisa melemparkan renungannya pada lampu hiasan yang digantung di lobi sempena tahun baru. Cahayanya betul-betul meriah dengan warna yang pelbagai. Di bawah terdapat beberapa orang remaja sedang bergambar bersama pokok krismas dan hiasan lain di ruang lobi.

" Aku tiada jawapan untuk itu.  Kerana aku juga ingin melihat apa yang kau ingin lihat."

" Aku ingin melihat Neal menjadi dirinya sendiri, tidak lagi hidup dalam kepalsuan, walaupun itu bermaksud aku terpaksa melihat penderitaan dirinya juga. Jadi,  aku juga mementingkan diri sendiri bukan?"

Mereka berdua senyap, jauh merenung dalam kemeriahan ini. 

"Tapi yang pastinya, mereka pernah berpisah, bertemu, kemudian berpisah, tak mustahil mereka akan bertemu lagi. Kita kena percaya pada jodoh dan takdir cinta mereka. Sebab itu kita  juga tidak patut putus asa."

"Jadi Kenny, whatever you do right now,  just do it. It is not wrong and it's not right too.It's just what you do as Neal's friend. And that I think, just enough. " 

Kata-kata itu melegakan Kenny. Mereka berdua berbual lagi ,berjalan-jalan dan lebih kurang sejam kemudian, masing-masing bersetuju untuk beredar. 

Sampai di  pintu keluar utama,  dalam keadaan orang ramai yang semakin sesak, mereka berdua terus menyelit untuk keluar. 

Tetapi di situ, Kenny berselisih dengan seorang gadis yang menarik perhatiannya. Gadis itu berambut kerinting panjang. Gaya rambutnya membuatkan wajah bujur sireh itu begitu kecil seakan anak patung , ditambah lagi  dengan bibirnya yang dihiasi gincu merah sepekat darah.  Gadis itu cantik seakan patung porcelain. 

Kulitnya kuning langsat. Tubuhnya langsing digayakan dengan baju lengan panjang turtle neck dari jenis cashmere, dipadankan dengan skirt kembang paras lutut yang sopan. Cermin mata gelap disisip di kepala. Langkahnya juga tidak kekok walaupun memakai kasut tumit tinggi 6 inchi.

Modern dan chick, ciri-ciri gadis bandar metropolitan. 

Kenny tiba-tiba berhenti berjalan. 

" Kenapa?" tanya Alisa. 

Kenny berpaling dan terus mengejar perempuan itu. Tak silap, wajah itu!

Alisa yang tertanya-tanya, turut sama mengejar. 

" Alisya!" panggil Kenny. 

Teriakannya tidak diendahkan oleh gadis jelita itu. 

Adakah dia tersalah pandang? 

Gaya gadis itu tidak sama langsung dengan Alisya yang pernah dikenalinya. Tetapi persis wajahnya begitu sama. Mungkinkah? 

Tidak peduli, Kenny terus mengejarnya dan bila tangannya dapat menyentuh bahu gadis itu, pantas ditahan gadis  itu agar berhenti.

" Alisya, awak ke tu?" 

Gadis itu merenungnya. 

" Alisya?  Ya, itu saya."  

Berikan ku jawapan (edited and completed)Where stories live. Discover now