Di ruang tamu, Alisya dan Kenny duduk membisu.
Sejak tadi, Kenny asyik merenung Alisya. Memerhatikan setiap tingkah laku Alisya. Seakan mencari sesuatu. Tetapi apa?
Kenny teringatkan perbualan mereka di shopping kompleks sebentar tadi.
" Mana awak pergi selama ini Alisya?"
" Di sini, tak kemana-mana. Kenapa?Saya buatkan awak risau ke?" tanya Alisya bersahaja.
"Takde berita, tak dapat dihubungi! Setahun awak menghilangkan diri. Kami ingatkan sesuatu terjadi pada awak tau tak?!" marah Kenny.
" Kami? Jadi, Neal juga risaukan saya? " balas Alisya dengan senyum meleret.
Senyuman itu membuatkan Kenny rasa tidak selesa.
"Kenny, kenapa dengan awak? Ada yang tak kena ke?" tegur Alisya tiba-tiba.
Kenny masih merenung Alisya.
Wajah Alisya tenang seolah-olah mengetahui yang Kenny memerhatikannya sejak tadi. Tetapi yang paling jelas, renungan mata Alisya seolah-olah memandang rendah padanya.
Pelik.
Alisya yang dikenalinya dahulu kelihatan suci dan tulus, tetapi di depannya ini entah kenapa dia rasa lain. Rasa tidak selesa.
" Tiada apa-apa yang tak kena." bohong Kenny akhirnya.
Sebenarnya , Kenny hendak beritahu yang Alisya nampak lain.
Bukan dari segi penampilan yang memang ternyata sangat berbeza, tapi segi percakapannya, personalitinya, auranya.
Mungkinkah hanya perasaan Kenny sahaja?
" Ris, apa khabar?" tanya Kenny berpura-pura. Walhal dia tahu yang identiti Ris adalah palsu.
" Entahlah. Sebenarnya saya berpisah dengannya selepas sampai di KL. Kami tidak pernah berhubungan lagi selepas itu."
" Jadi awak tidak pernah tinggal dengan dia selama ini?"
" Ya.Selepas berpisah saya sengaja tak nak balik sebab nak mulakan kehidupan baru. A fresh start. Saya cari kerja di sini, tinggal menyewa di sini. Lagipun saya fikirkan ini peluang saya untuk lupakan Neal." jelas Alisya lebih lanjut.
Mendengar itu, Kenny rasa lega.
Rupanya Alisya menghilang kerana ingin melupakan Neal. Mungkin sebab itu personalitinya kelihatan berbeza. Kehidupan berdikari membuatkan Alisya lebih matang.
Kenny tersenyum sendiri memikirkan yang kegusaran yang ada di hatinya hanya mainan perasaan.
" Awak tahu tak? Si Ris tu sebenarnya menipu kita selama ini. Apa yang dia ceritakan pada kita adalah palsu. Identitinya juga palsu. Saya yakin dia bukannya tunang awak sebenarnya. Tapi saya tak faham kenapa dia menipu kita." cerita Kenny kembali selesa.
" Ya? Syukurlah tiada apa-apa yang terjadi pada saya." balas Alisya tersenyum manis.
" Awak nak air, saya buatkan air?" Kenny mencapai jug air.
" Tak perlu buat air. Saya cuma perlukan Neal."
" Huh?"
" Kidding! Hehe." usik Alisya mencucuk pinggang Kenny.
Kenny ketawa geli. Okey, Alisya masih suka ketawa dan berperangai kanak-kanak cam dikenalinya. Cuma kali ini, Alisya lebih daring. Berani main cucuk-cucuk pinggang pula. Sebelum ini, macam anak gadis melayu terakhir.
" Tell me the truth okey. Awak rindukan Neal kan? Dia akan balik sebentar nanti dan pasti terkejut dengan kehadiran awak." kata Kenny sambil menghulur secawan air laici pada ALisya.
" Mungkin, tapi rahsia, okey." jawab Alisya sambil meletakkan jarinya di bibir, tanda rahsia.
Alisya berjalan-jalan di sekitar ruang tamu rumah Neal ini.
Dia tertarik pada satu sudut yang terkumpulnya bertimbun-timbun suratkhabar dari setahun lepas.
" Lepas ini Neal bolehlah berkemas. Suratkhabar itu dah tak guna lagi lepas ini. Awak dah kembali." jelas Kenny.
" Does he suffered?" tanya Alisya tiba-tiba. Jari-jemarinya bermain pada suratkhabar yang tersusun tinggi itu.
" Huh?"
" Neal, he is suffering right? " pandangan mata Alisya sedikit bersinar gembira.
Hati Kenny kurang senang bila menyedari Alisya sedang tersengih.
Suffering?
Neal tiba-tiba masuk sebelum sempat Kenny membalas pertanyaan itu.
" Eh,kau buat apa di sini? Bukan ke kau keluar dengan Alisa tadi?" tegur Neal bila lihat Kenny ada di rumah, tidak menyedari kehadiran Alisya.
" Neal.. err... "
Kenny menunjuk pada Alisya yang berdiri di ruang tamu.
" Aku sudah jumpa Alisya. Akhirnya kita jumpa Alisya!" kata Kenny gembira.
Neal tergamam.
Matanya tidak kebil-kebil merenung Alisya. Seolah-olah berfikir, mimpi kah? realiti kah?
Dia terpaku.
Tidak bergerak, tidak ada tanda-tanda ingin bergerak mendekati Alisya.
" Kenapa awak diam?" tanya Alisya.
Neal pantas mendekati dan memeluk Alisya.
Wajah Alisya tersembam di dadanya. Kepala Alisya dibelainya penuh rasa rindu.
"Maafkan saya, saya takkan lepaskan awak lagi. " kata Neal.
YOU ARE READING
Berikan ku jawapan (edited and completed)
RomansApa itu cinta?.. Sejauh mana kita sanggup lakukan untuk sebuah kisah bernama cinta?Bagaimana cinta mengorak sebuah kehidupan? Neal menjalani kehidupannya dengan sempurna, kerjayanya, kawan-kawannya dan kekasihnya. Namun, di sebalik semua itu... ter...