" Setelah awak hilangkan diri, Ris juga hilang. Kami siasat tentang dia dan dapat tahu dia bukan seperti yang dia katakan. Dia bukan tunang awak, tiada maklumat tentang dia dan keluarga yang dikatakan. Malah, tiada rekod menunjukkan dia pernah tinggal di L.A. Kami ingatkan dia mengapa-apakan awak. "
Kenny bercerita panjang lebar. Seolah-olah membuat presentation pula. Alisya yang mendengar terasa seperti berada di bilik mesyuarat FBI. Gaya Kenny pula dah macam detektif.
Alisya menoleh pada Neal yang dari tadi hanya menjadi pendengar. Dia sedar yang Neal sejak tadi hanya merenungnya, memerhatikan setiap gerak-gerinya. Sama seperti Kenny sebelum ini.
" Kenapa Ris dan awak berpisah sebaik tiba di sini? Awak tak rasa pelik ke?" tanya Kenny pada Alisya.
"Mungkin saya bernasib baik. Atau dia yang tidak bernasib baik." jawab Alisya melemparkan senyum.
Kenny tidak faham maksud Alisya, tapi dia tidak suka senyuman Alisya ini. Tidak tahu mengapa setiap kali Alisya tersenyum, ia kelihatan sinis dimatanya.
"Kenapa awak diam sahaja sejak tadi? Ada apa-apa yang tidak kena dengan saya ke?" tanya Alisya pada Neal yang tersentak.
Neal tidak menjawab soalan Alisya.
Kenny terasa hairan dengan kelakuan Neal.
Adakah Neal terasa sesuatu kelainan pada Alisya? Tetapi itu semua mainan perasaan sahaja.
Alisya cuma berbeza kerana dia lebih matang dan berdikari. Itu sahaja.
"Saya rasa saya better balik dulu, lagipun hari dah lewat malam." kata Alisya saat melihat di jam di dinding yang menganjak ke lewat 12 malam.
"Alisya, apa kata saya hantar awak pulang? Lagipun saya nak balik juga ni, sekalilah!" cadang Kenny. Namun tidak diendahkan Alisya. Dia menyarung kasut tumit tingginya, bersedia untuk keluar.
Kemudian, Neal memegang tangannya. Menahannya.
" Alisya, bermalamlah di sini." ajak Neal.
Merah padam muka Kenny bila mendengar ajakan itu. Seumur hidup dia bersahabat dengan Neal, tidak pernah sekalipun Neal membenarkan wanita bermalam di apartmentnya. Malah, Alisa yang ketika itu menjadi tunangnya, pun disuruh beredar sebaik lewat malam.
" Hey, hey, Neal. Dia perempuan lah, tak manis..." tegur Kenny.
"Saya ingin awak di sini, bersama saya, malam ini. " kata Neal lagi. Kali ini dia menarik Alisya dekat pada dirinya.
Kenny terkedu.
Tindakan Neal itu jauh berbeza dari Neal yang gentleman.
Memang perempuan ini adalah Alisya, cinta hati pengarang jantung Neal dan Neal sudah ingat segalanya, terutama perasaannya pada Alisya. Tetapi... ini semua nonsense!
Kenny yakin Alisya pasti akan menolak.
Teringatkan betapa malunya Alisya sampai menyorok dalam selimut dahulu, Kenny terfikir yang mungkin ini hanya gurauan Neal?
Adakah Neal sengaja mahu trick Alisya seperti dulu? Diorang ni!
" Hey, hey.. Neal cukup-cukuplah tu.. " tegur Kenny lagi.
" Awak perlukan saya? Menarik." balas Alisya. Dia mengusap pipi Neal.
" Saya cintakan awak, Alisya." ucap Neal.
" Saya tahu."
Alisya tanpa segan memeluk Neal.
Neal membalas pelukannya penuh erat.
Kenny yang memerhati, berkerut,hatinya kembali gundah.
Kerana apa yang dilihatnya ini, sangat berbeza dengan apa yang dilihatnya sewaktu Alisya hilang di hutan tempoh hari.
Di matanya, apa yang dilihatnya.
Antara mereka tiada perasaan cinta.
YOU ARE READING
Berikan ku jawapan (edited and completed)
RomanceApa itu cinta?.. Sejauh mana kita sanggup lakukan untuk sebuah kisah bernama cinta?Bagaimana cinta mengorak sebuah kehidupan? Neal menjalani kehidupannya dengan sempurna, kerjayanya, kawan-kawannya dan kekasihnya. Namun, di sebalik semua itu... ter...