Part 2

11 1 0
                                    

Tiba sahaja di sekolah ramai pelajar melihat ke arah Kayla."Dia itu kan adik senior yang meninggal tahun lepas" kata seorang pelajar kepada kawannya.Kayla mengabaikan kata-kata pelajar itu.Kayla tahu pelajar-pelajar di sekolah itu pasti tidak mahu berkawan dengannya hanya kerana sikap kakaknya dahulu.Semasa menuju ke kelasnya,ada pelajar yang melihat ke arahnya,ada yang berbisik dan ada juga yang menghindarinya.

Tetapi ada tiga orang pelajar berjalan ke arah nya dan menyapa " Hai,awak ni Kayla Saputra kan,pelajar kelas 4 Cahaya ? ".Kayla hanya menganggukkan kepalanya."Oh saya Dania,ni kawan saya,Mika dan Fatin,kami pelajar kelas 4 Cahaya sama macam awak" kata pelajar itu sambil menunjuk ke arah kawan-kawannya.Mereka pun mengajak Kayla ke kelas mereka.Wajah Kayla yang terlampau mirip dengan kakaknya itu membuatkan pelajar di kelas itu terkejut kerana mereka fikir Katrina masih hidup.Dania pun memperkenalkan Kayla kepada pelajar kelas itu.Mereka berasa lega kerana tahu bahawa Kayla adalah adik Katrina Saputra.Mereka tidak menyapa Kayla sama sekali.

Kayla memandang seorang lelaki yang duduk sebaris meja dengannya sedang termenung melihat ke luar kelas."Nama dia Jimmy Derson,dia memang begitu orangnya,tak suka bergaul,lagi-lagi sejak keluar dari Black Gang" kata Dania kepada Kayla."Siapa Black Gang ? tanya Kayla.Dania mengatakan Black Gang itu adalah kumpulan gangster yang terkenal di sekolah.Ramai pelajar termasuk guru yang takut dengan mereka.Mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan mereka dapat apa yang mereka inginkan.Ada yang sampai masuk ke hospital hanya gara-gara memandang mereka.Kayla berasa ingin tahu mengapa dia keluar dari kumpulan itu.

Kring!!!Kring!!! Loceng pun berbunyi menandakan waktu rehat.Kayla dan kawan barunya pun pergi untuk rehat.Semasa menuju ke kantin,terlihat satu kumpulan lelaki sedang meminta wang daripada pelajar tingkatan tiga itu.Kayla merasakan yang mereka adalah Black Gang yang dikatakan oleh Dania.Kayla cepat-cepat berjalan kerana takut dengan mereka.Semasa sedang makan,tiba-tiba datang seorang pelajar ke meja makan mereka "Kayla kan,ada orang nak jumpa" kata pelajar itu sambil menunjuk ke arah seorang pelajar perempuan yang sedang berdiri di pintu kantin.Kayla pun pergi berjumpa pelajar itu.Pelajar itu berkata "Kau ni budak baru,jadi buat lah macam budak baru tak perlu nak gembira sangat,aku nak kau jumpa aku di perpustakaan lepas habis sekolah,ada kerja untuk kau sebagai budak baru".Kayla hanya menurut dengan kehendak perempuan itu walaupun dia tidak mengetahui siapa perempuan itu.

Setelah kelas habis,Kayla pun pergi ke perpustakaan.Kayla diberi buku latihan tingkatan 5.Pelajar itu menyuruh Kayla untuk menyiapkan kerja sekolahnya itu.Kayla berasa hairan siapa dia untuk mengarahnya melakukan perkara itu.Tetapi bukan dia sahaja yang harus melakukan kerja sebegitu,Ada beberapa pelajar tingkatan 3 dan 4 sedang membuat kerja kumpulan perempuan itu.Kayla pun bertanya kepada salah seorang pelajar tersebut " Kenapa kita perlu buat kerja mereka,kita tidak belajar lagi tajuk-tajuk ini ? Siapa mereka ini ? ".

" Mereka semua ni adalah senior kita.Perempuan yang memakai gelang emas itu adalah Bella Macwilson,anak pengetua sekolah " kata pelajar itu.

Kayla pun meneruskan kerjanya itu.


SheWhere stories live. Discover now