Part 3

8 1 0
                                    

Pagi itu hujan lebat menyebabkan Kayla datang lewat ke sekolah.Sampai di pintu pagar sekolah,Cikgu Azmeer sedang menunggu sambil memegang rotan buluh yang nipis.Ramai pelajar yang lewat dipukul olehnya sehingga ada yang menangis.Tetapi Kayla tidak di pukul.Cikgu memaafkannya kerana itu kali pertama dia lewat ke sekolah.

Kayla pun berlari menuju ke kelas.Dia memohon maaf kepada guru kerana lambat tiba.Kayla melihat Jimmy tiada di dalam kelas.Semasa waktu rehat,Kayla pergi ke atas bumbung sekolah ,tempat yang selalu kakaknya melepak selepas habis kelas.Sampai di sana Jimmy sedang membaca buku.Jimmy hanya melihat Kayla sahaja dan meneruskan pembacaannya itu."Tadi awak tiada di dalam kelas , awak ke mana? " tanya Kayla.Tetapi Jimmy hanya mendiamkan diri. "Tidak apa lah,kalau begitu saya ke kelas dulu" kata Kayla sambil berjalan ke arah pintu."Awak baik sama macam kakak awak,tak ada sedikit pun yang berubah" kata Jimmy secara tiba-tiba.Kayla pun duduk di sebelahnya sambil menahan kesejukan.Jimmy pun memberi jaketnya itu kepada Kayla yang tampak kesejukan.Mereka pun bercerita tentang sekolah sehingga waktu rehat habis.

Mereka pun ke kelas.Semua terlihat sedang berbisik apabila melihat Kayla memakai jaket kegemaran Jimmy.Kayla berasa hairan dengan pandangan mereka semua.Dania pun berkata "Jimmy sangat marah kalau orang lain menyentuh jaketnya apalagi memakainya.Sekarang ni awak sedang memakai jaket kegemarannya".Jaket itu adalah satu-satunya peninggalan arwah ayah Jimmy kepadanya.

Setelah habis kelas Kayla pun memulangkan jaket itu kepada Jimmy tetapi Jimmy tidak mahu menerima kerana takut Kayla kesejukan.Kayla tetap meminta Jimmy mengambilnya semula kerana dia tidak mahu Jimmy berasa sedih melihat orang lain memakai jaket kegemarannya itu.Apa lagi jaket itulah adalah kepunyaan ayahnya.Setelah dipaksa,Jimmy pun mengambil jaketnya itu.

"Jom,saya hantar pulang.Lagipun jalan raya tengah sesak,nanti awak balik lambat pula" kata Jimmy kepada Kayla.

SheWhere stories live. Discover now