BAB 08

4.3K 159 5
                                    

Kepala dijengul keluar dari balik batang pokok. Mata memerhati dua orang  konco Ikmal yang sedang menghembus asap rokok. Farhan mencapai kayu tidak jauh dari kakinya sebagai langkah berjaga-jaga.


“Kita keluar sekarang,” tutur Farhan.

Wana angguk tanda faham. Gugup dirasakan dirinya saat ini sehingga lutut menggigil kecil. Mata tidak henti-henti menoleh ke depan dan ke arah dua orang lelaki itu silih berganti. Risau sungguh pergerakan mereka dikesani.

“Hoi!” Suara garau itu mampu menyentakkan Farhan serta Wana. Serentak kepala ditoleh ke tepi. Cuak apabila melihat dua lelaki itu sudah berlari ke arah mereka.

“Lari!” Farhan menarik lengan Wana dan berlari sekuat hati. Sempat dia melihat trak bomba yang sedang memadam kebakaran. Macam manalah dua orang konco Ikmal itu masih mampu berada di situ sedangkan kawasan gudang sudah dikelilingi anggota polis dan bomba.

Kereta polis dihampiri menyebabkan dua orang konco Ikmal tidak dapat meneruskan larian. Jika mereka berkeras mengejar Farhan dan Wana, mereka mungkin akan ditangkap oleh polis.

“Tunduk!” jerit Farhan. Serentak itu, satu tembakan dilepas ke arah mereka.

Tersentak anggota polis serta bomba yang berada di situ. Selang beberapa saat, beberapa orang anggota polis turut melepaskan tembakan ke arah dua orang lelaki itu.

Beberapa minit berlalu, dua lelaki itu terbaring kaku di atas tanah. Farhan dan Wana hembuskan nafas lega. Sekurang-kurangnya mereka selamat sekarang.

Baru sahaja berdiri, mereka berdua dikejutkan dengan kehadiran salah seorang anggota polis di situ. Dada yang berdetak hebat diusap Wana.

“Encik polis, kami kena culik...” adu Wana. Mimik muka sedihnya buatkan Farhan berasa geli hati. Bibir dikemam sesaat menahan tawa yang mahu terhambur.

“Encik, cik, sila ikut kami ke balai.”

Farhan dan Wana hanya akur. Salah satu kereta di situ dimasuki oleh mereka.

Wana menoleh ke tepi, memandang Farhan yang sudah melekapkan telefon ke telinga. Isyarat dah elok agaknya memandangkan mereka sudah berada di atas lebuh raya.


“Woi! Kau hilang pergi mana? Kami semua risaukan kau tahu tak?” Sergah Ashraff.

“Kena culik. Sekarang dalam perjalanan ke balai polis untuk beri keterangan. Datang ambil aku. Aku tunggu.... Wana ada sekali dengan aku.” Ujar Farhan.

“Okey, aku bertolak sekarang.” Mendengar balasan daripada Ashraff, Farhan terus menamatkan panggilan. Telefon dimasukkan ke dalam poket seluar lalu dia mendiamkan diri. Wana juga mendiamkan diri dan memandang ke luar tingkap.


•••

Kereta diparkir di hadapan rumah Wan Deejah. Ashraff memandang ke belakang sekilas. Wana nyenyak tertidur dengan kepala yang terlentok di bahu Syah. Farhan di tempat duduk sebelahnya sudah membuka pintu untuk keluar. Harapkan lelaki itu sajalah menemaninya berbual sepanjang pagi dia memandu.

TAKDIR DIATempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang