siwon pov
"aku pun kene jugak? ingatkan tingkat lima nak ke bawah ni sekangkang kera ke? Habis tu, nak suruh aku pakai apa ? terbang macam Superman pakai underwear kat luar tu la ?" bentak Siwon dalam hatinya, hanya itu sahaja yang dia mampu lakukan until melepaskan geram.
end pov
"Dalam hati awak cakap saya suruh terbang ke ?" Soal Yoongi dengan tiba tiba.
Siwon semakin berpeluh.
"Mianhae encik" ungkap Siwon dalam keadaan bersalah .
Sekali lagi, keadaan menjadi sunyi. Siwon berharap masa cepat berlalu.
"Kopi ni .." Yoongi sengaja menggantung bicaranya. Dia menurunkan tandatangan ke dada kertas terlbih dahulu"
"Suhu air tu bukan yg macam saya nak, dah sejuk. Dah bertahun jadi PA saya, masih tk tahu?"
"Bukan salah saya pun. Encik Yoongi yg masuk ofis lambat. Masa saya beli, air kopi tu panas lgi. Takkanlah .."
Tidak sempat Siwon menyudahkan kata, Min Yoongi melemparkan pandangan. Siwon menyekat suaranya daripada terluah. Dia menekup mulut sendiri.
"Kejap lagi saya ada meeting dengan Namjoon kan ?" Aju Yoongi kepada Siwon sambil berdiri.
"Ya encik Yoongi. Sebelum saya terlupa, lunch appointment dengan Encik Seokjin untuk bincang pasal majlis ulang tahun Ultra Construction tu Encik Seokjin mintak tunda pada hari lusa. Tengah hari esok dia ada hal katanya"
Min Yoongi menyerahkan fail yg sudah ditandatangan kepada Siwon.
"Kalau macam tu, tengah hari lusa awak tak payah ikut saya. Awak tolong amikkan Yoonji Kat sekolah" arah Yoongi lalu mengatur jejak langkah pada permukaan lantai hotel. Pandangannya dihala ke luar hotel.
"Saya? Bukan Jhope ke selalu jemput Yoonji? Soal Siwon terpinga pinga.
Jhope adalah bodyguard kepada Min Yoongi.
"Mulai esok, Jhope cuti dua minggu. Dia nak pergi balik kampung dia. Sepanjang Jhope takde, awak tolong amikkan Yoonji Kat sekolah kalau saya tak sempat. Ada masalah?"
Mulut Siwon lambat mahu menjawab pertanyaan tersebut. Dia memang berada di Jalan mati. Sudah namanya pembantu peribadi, urusan peribadi bos pun sudah termsuk dalam skop kerja tidak rasmi.
"Tak ada masalah encik"
"Bagus. Satu lagi.." Min Yoongi menghentikan kaki dihadapan pintu masuk utama hotel. "Tolong carikan pengasuh baru"
"Apa? Cari pengasuh baru?!" Spontan saja alunan suara Siwon meninggi sebab terkejut.
"Tolong carikan pengasuh yang berkualiti untuk saya, boleh tak?jangan main tangkap muat je" nada Min Yoongi jelas terdesak.
"Bukan tiga hari lepas baru aje tukar pengasuh ke ? Encik nak yg baru?" Siwon benar ii hairan. Dia cuba memastikan agar dia tidak salah dengar.
Min Yoongi pula menghela nafas berat. "Saya dah pecat dia, sebab tu saya lambat pagi ni. Saya kene bersihkan rumah lepas apa yg dia buat malam tadi"
"Setau saya, dia pandai mengemas rumah, dah kenapa pulak encik yg bersihkan rumah?"
"Memang pengasuh yg baru ni pandai buat kerja, tapi .."
"Tapi?"
"Dia buat kerja gila, saya balik rumah lambat, dia tak balik ii lagi. Awak tau apa dia kata ? saya tunggu Encik Yoongi macam seorang isteri tunggu husband pulang ke rumah."
Siwon ternganga untuk jangka masa yg lama. Padan la lelaki beranak satu itu seperti di rasuk ribut taufan. Rupa rupanya kerana hal pengasuh.
"Pengasuh tu siap sediakan lilin atas meja. Kononnya nak buat candle light dinner. Siapa ada kelopak bunga kat atas lantai. Dia nak goda saya"
Siwon menggelengkan kepala dan matanya terbeliak. Dia betul ii tidak percaya pengasuh itu sanggup melakukan half tersebut. Perempuan zaman sekarang memang bahaya.
Siwon sendiri tidak mampu menyangkal yg majikannya punya auta tersendiri. Karisma Min Yoongi akan lebih terserlah tatkala lelaki itu merenung dan mempamerkan senyuman.
walau bagaimanapun, jika mahu melihat bibir Min Yoongi melengkung manis ibarat menunggu gerhana yg hanya muncul satu atau dua kali dalam setahun. Itu pun akan terjadi tatkala melibatkan hal kerja, bukan peribadi.
"Itu memang tak waras Encik"
"Tau pun, so please cari pengasuh yg ada fikiran waras. Saya dah cukup penat fikir pasal kerja, fikir pasal Yoonji. Takkan balik rumah saya nak hadap masalah ini lain pulak?" Aku Min Yoongi dahinya berlapis lapis meluahkan rasa tak puas hati.
Pengasuh merangkap pembantu rumah sedia ada pulang ke kampung kerana mahu menjaga anaknya yg baru sahaja melahirkan anak. Apa yg berlaku benar ii dia luar kawalan Yoongi tatkala anak pengasuh itu bersalin lebih awal dari jangkaan doktor. Oleh itu, dia harus mencari pengasuh sementara menjaga keperluan anaknya perempuannya.
"Saya rasa Encik Yoongi kene cari wife baru, bukan pengasuh baru" balas Siwon.
Dia mengungkapkan kata kata itu dengan perlahan. Namun, gegendang telinga Yoongi dapat mendengar dengan jelas.
"Awak jangan nak buat hal, saya serius"
"Mian, encik. Saya bagi cadangan je"
Min Yoongi terus mempamerkan wajah serius. Dia berjalan menuju ke tempat letak kereta. Baru berjalan sembilan langkah, tubuh Yoongi bertembung dengan seorang namja. Namja itu membawa bagasi pakaian yg besar dan berat. Malangnya, roda bagasi tersebut mengena kaki Yoongi sekaligus terasa sakit.
Min Yoongi cepat mengawal situasi kerana dia sendiri punya urusan. Sebaik sahaja selesai, dia meneruskan langkah. Ternyata, bahagian hujung kasut sedikit terpisah daripada tapak.
"Ada yg tak kene dgan kasut encik?" Tegur Siwon.
Min Yoongi membuka pintu kereta. Dia masuk ke dalam lalu menanggalkan kasut. Yoongi arahan supaya Siwon mengambil salah satu kasut lain yg berada di bonet kereta.
"Awak cari tukang kasut. Baiki kasut saya ni" ungkap Min Yoongi selepas dia menukar kasut lain.
"Sebelah je?" Tanya Siwon sambil menyambut kasut yg berada di tangan Min Yoongi.
"Sebelah jela. Yg rosak belah kiri"
"Baik encik" balas Siwon tanpa bantahan.
Siwon tahu kasut itu menjadi kegemaran Min Yoongi. Dia sering melihat ayah kepada Min Yoonji memakai kasut tersebut sebagai pelengkap gaya. Sambil masuk ke kereta, otak Siwon memikirkan dimana lokasi untuk membaiki kasut.
YOU ARE READING
✓ [MINYOONGI] MR SWEET SAVAGE
Novela Juvenilmengisahkan seorang kehidupan lelaki yang trauma disebabkan kehilangan isteri, dan ia bertekad untuk tidak mahu mengenal mana ² perempuan. baginya, hati untuk insan bergelar "perempuan" sudah tertutup . dan hadirnya seorang gadis yang periang mengub...