COBBLER SHOP
papan tanda kecil itu terpampang sebaik sahaja Park Chaeyoung ( Rose ) mematikan enjin van. Dia berjalan sambil matanya meliar mencari kelibat lelaki tua itu. Ternyata Sonho sedang duduk melakukan rutin hariannya.
"Annyeong, ajusshi" tegur Rose.
"Annyeong, ingatkan siapalah tadi. Rupa-rupanya kamu. Kamu dari mana?" tanya Sonho setelah mengangkat pandangan sejenak.
Seorang gadis memakai kemeja longgar jenis Jean sedang menghadiahkan senyuman. Kemeja tersebut dijadikan seperti jaket manakala baju dia bahagian dalam berwarna hitam.
"Baru lepas hantar barang kat customer . Banyak betul makcik tu beli sayur" jawapannya sambil mengesat peluh yg meniti di dahi.
Rutin Park Chaeyoung setiap hari ialah membantu perniagaan kedai runcit ayahnya. Selain menguruskan hal kewangan kedai, gadis itu turut melakukan servis penghantaran. Jika ada pelanggan yg menelefon dan memesan barang supaya hantar ke rumah, Park Chaeyoung yg akan melaksanakan tugas tersebut.
"Dari rumah makcik tu terus ke sini ke?" Aju Sonho sekadar basi basi.
"Kebetulan rumah aunty tu dekat dengan kedai ajusshi, tu yg Rose singgah. Dah banyak kali bapak suruh ambik kasut dia. Rose asyik lupa je" jawapan Park Chaeyoung.
"Rose tunggu kejap. Ajusshi siapkan sikit je lagi ni. Takut pula orangnya datang sekejap lagi. Semalam petang cakap nak ambik Harini"
"Jangan risau pasal Rose. Ajusshi buat je kerja dengan tenang. Saya boleh tunggu" ungkap Park Chaeyoung.
Dia menyandarkan belakang badannya pada meja yg diubahsuai menjadi kaunter. Dia mengeluarkan handphonenya. Park Chaeyoung masuk bermain game sementara menunggu kasut bapanya dia ambil.
" Ah, siap jugak kasut ni " ucap Sonho sendiri selepas lima minit kemudian.
Dia memasukkan kasut itu ke dalam beg kertas.
" Rose tunggu kejap, ajusshi nak pergi cari kasut ayah kamu" beritahu lelaki itu kepada Park Chaeyoung.
Park Chaeyoung mengangkat pandangan sekejap dan mengangguk. Dia kembali fokus kepada telefonnya setelah melihat Sonho melangkah masuk kebelakangan. Tak sampai satu minit, Sonho keluar semula.
"Rose, ni kasutnya" beritahu Sonho sambil meletakkan beg kertas pada atas kaunter.
"Kejap, sikit je lagi Rose nak menang level ni" katanya tanpa mengangkat wajah.
Sonho menggelengkan kepala. Begitulah anak muda zaman sekarang. Tak boleh berenggang dengan telefon langsung. Sedang Park Chaeyoung leka dengan permainan phone, tidak semena-mene phonenya berbunyi.
Park Chaeyoung memerhatikan nama yg tertera di skrin telefon.
"Alamak! Kenapa appa telefon ni?"
Sebelum ibu jarinya menyeret permukaan skrin telefon, dia bertemu pandangan dgan orang tua yg sedang berdiri di hadapannya itu.
"Berapa ajusshi?"
"42 won sahaja"
Sebaik sahaja mengetahui jumlah yg perlu dibayar, Park Chaeyoung menyambut panggilan itu.
"Waeyo appa ?" ucap Park Chaeyoung setelah menekap telefon ke telinga.
Tangan kanan pula menyeluk poket seluar jeannya. Kebetulan sehelai kertas bernot 50 win berada di situ.
"Nae appa, Rose dah hantar sayur dekat rumah aunty tu. Rose tengah ambik kasut appa ni" balas Park Chaeyoung lalu menyerahkan duit itu kepada Sonho.
Sonho menerima duit itu dan memasukkan ke dalam peti simpanan di kaunternya.
tidak semena-mena, Park Chaeyoung membulatkan mata. Dia menepuk dahi.
"Yah, Rose lupa. Mati mati ingat Rose dah habis hantar barang. Rupanya Rose lupa nak hantar barang kat kedai ajhumma"
Park Chaeyoung mula tidak keruan. Dia mengambil salah satu beg yg berada di kaunter. Ibu jarinya segera memutuskan panggilan itu.
"Simpan je lagi baki tu, Rose dah lambat sangat dah ni, gumawo ajusshi" lepas berkata, gadis itu laju melangkah menuju ke tempat letak kenderaan.
"Rose terima kasih ya!"
Park Chaeyoung sudah tidak peduli dengan keadaan sekeliling.
Sonho hanya menggelengkan kepala melihat telatah gadis itu sehingga bayang bayang van tidak kelihatan. Firasat yang mengatakan sesuatu tatkala melihat beg tersebut masih di situ.
"Budak ni tak ambik kasut ke ?" Sonho membelek isi kandungan beg itu.
Perasaan terkejut menerjah.
"Mesti kes tersalah amik beg ni, haih"
Sonho perasan yg Park Chaeyoung menjinjing sesuatu semasa beredar tadi. Nampaknya, memang tidak syak lagi gadis itu tersilap mengambil beg.
"Nak telefon Rose, tapi nombor phone tak ada"
Sonho memaksa otaknya memikirkan jalan penyelesaian. Risau pemilik kasut sebenar akan tiba sekejap lagi. Dia termenung seketika.
"Annyeong ajusshi"
Suara itu mencelah lamunannya. Sonho menoleh, nampaknya, akan berlaku masalah sebentar nanti.
"Annyeong" jawapan Sonho dengan suara serba salah.
"Kasut yg saya hantar semalam dah siap ke ?" Tanya Siwon dengan suara teruja.
Namun Sonho lambat menjawap pertanyaan Siwon.
Hai readers, malam nanti author sambung update, lenguh orh menaip ni. Tolong support author keh? Sarangheyo readers 💜
YOU ARE READING
✓ [MINYOONGI] MR SWEET SAVAGE
Genç Kurgumengisahkan seorang kehidupan lelaki yang trauma disebabkan kehilangan isteri, dan ia bertekad untuk tidak mahu mengenal mana ² perempuan. baginya, hati untuk insan bergelar "perempuan" sudah tertutup . dan hadirnya seorang gadis yang periang mengub...