Hai korang, nama aku nana, umur aku 21 tapi belum official lagi and aku stay negeri pantai timur yg femes ngan penyu. Aku memang jenis rajin nak menulis pasal diri aku n aku nk mintak pandangan korang pasal aku. Memang dah lama aku pendam tak tahu nak luah ngan sapa and now aku try nak luahkan segala isi hati aku kat sini. Harap korang tak bosan.
Family.
Family aku ni jenis yg memang selalu sgt berpindah. Ikut ayah aku kerja. Kejap Kl, pastu johor pastu trgganu pastu kl balik. Nak pendekkan mmg aku ni banyak kali dah pindah sekolah. Setahun dua aku sekolah pastu kena pindah dah. Sedih weh. Aku baru tgh mood nak cari geng tapi dah kena pindah. Tapi nak buat camnekan. Terpaksa jugak lah.
Aku selalu sgt rasa yg family aku ni tak macam family orang lain. Kalau keluar jalan mana2, keluar makan ke mmg selalu akan senyap je. Depan mak ayah aku, adik beradik aku mmg akan diam tak bercakap. Kalau kat belakang habis semua benda nk bual. Btw aku ni ada 5 adik beradik and aku merupakan yg second n atas aku plak kakak aku. Tak tahu kenapa memang adik beradik aku mcam tk rapat ngan mak ayah aku. Termasuklah aku. Aku tak tahu kat mana yg kurang tapi family aku mmg tak ada masalah besar mcm masalah duit ke.
Mak.
Tapi aku rasa lah, rasa ni semua sbb mak aku. Mak aku ni jenis yg mmg garang tapi baik. Tapi bila kau buat silap ke apa mmg mulut tu semua maki keluar. Antara adik beradik aku, aku lah yg memang selalu kena marah, maki sampai skrg aku rasa bosan dah hadap. Anj*ng, bab*, ber*k, bod*h, lemb*b n smua perkataan kasar mmg aku dah lali dgr. Aku tak tahu lah kalau aku ni jenis yg nakal sgt sampai mak aku herdik macam tu tapi aku rasa aku ni bukan jenis yg susah nk faham bahasa kalau mintk tlg apa2. And aku kalau mak aku maki macam2 memang setakat ni aku tak pernah lawan cakap. Aku mmg jenis pendiam. Malas nk cakap banyak. Bila kena ngn mak aku, aku diamkan diri dlam bilik, nangis then tulis diari. Klau kecik dulu mmg slalu sgt aku kena pukul, cubit, halau kluar rumah. Klau kena tu mmg habis la bdan aku sbb kulit aku jenis yg sensitif, kena cubit skit mmg dah merah, kdang2 sampai luka.
Aku ingat lagi masa sekolah kecik dulu, aku pergi sekolah ngan mak aku (mak aku cikgu) so pagi tu kalut la bersiap pastu pagi tu aku lambat siap, habis kena gomol ngn mak aku mase otw nk gi sekolah tu. Mak aku cubit muka aku, marah aku sbb lambat siap. Aku nk nangis lebih2 kang sampai sekolah org perasan. Aku tahan je la sakit n nangis tu. Sampai sekolah kwan aku tegur muka aku merah2 kenapa, aku ckap takda pape. Masetu aku darjah 3. Mmg aku selalu sgt kena pukul n maki ngn mak aku sendiri sampai aku rasa takda org sygkan aku dalam dunia ni. Haritu pulak, aku tk ingat aku buat apa sampai mak aku marah pastu mak aku cakap "kalau kau ni ayam, lama dah aku sembelih. Harap kau ni orang aku takbleh nk bunuh kalau tk masuk penjara". Mak aku cakap camni mmg sedih gila aku. Mak aku ni yg jenis panas baran. Org lain okay je dgn aku tapi bila dia ngn aku mmg selalu ada je yg salah.
Aku tak tahu apa silap aku. Aku cuba nak berbaik ngan mak aku tapi tak boleh, tiapkali aku buat baik mmg akan ade je salah aku yg dia nampak. Aku nak jugak macam org lain, selalu gurau, cerita mcam2 kat mak dia tapi entah la. Aku nak mak aku jadi someone yg tk panas baran. Aku nak share cerita macam2. Aku nak gurau, ketawa ngan mak aku. Even aku ada mak tapi aku rasa kasih syg seorg mak tu aku byk tak dapat. Kadang2 kalau dalam kereta aku berdua ngn mak aku, aku nk bukak mulut cerita tapi dalam hati aku ni takut. Takuttt sgt. Aku takut ngan mak aku. Takut nk cakap. Takut nk tentang mata. Mungkin ni sbb slalu sgt aku kena ngan mak aku. Sampai aku tak berani langsung. Aku rindu time aku kecik dulu. Masa aku boleh lagi rapat ngn mak aku. Aku nak macam org lain, dapat peluk, bermanja. Tuhan je tahu betapa kosong nye hati aku tak dapat kasih syg seorg mak. "Ma, angah syg ma. Dahla marah2 angah pukul angah maki angah. Angah tknak nnti akan ada perasaan benci kat ma. Angah nak cerita macam2 kat ma pasal kawan2 angah, kolej angah, apa yg jadi kat angah hari2, semua angah nk cerita kat ma. Angah nk ma jadi pendengar setia angah. Tapi skrg tak dpat lagi nk buat semua tu. Angah takut. Dalam hati angah ni dah terbit satu perasaan hasil dari apa yg ma buat kat angah. Angah jadi takut ngan ma. Kalau nk bercakap angah kene beranikan diri dulu. Padahal ma kan mak angah. Sampai mcmtu skali angah takut kat ma. Tapi angah syg ma. Angah selalu doa biar family kita dapat bersatu dan jadi keluarga yg bahagia n ma jadi berbaik ngn angah. Aminn".