BAB 09

4.1K 171 1
                                    

“Encik,” suara Wana kedengaran dari arah belakang. Farhan yang sedang mendukung Adam segera menoleh.

“Ada apa?”

Wana meramas jari jemari miliknya. Segan dirasakan mahu mengungkap kata-kata yang bermain di kepala. Wan Deejah di belakang memerhati sekilas.

“Em...” Wana bergumam. Mata dilarikan ke arah Wan Deejah sesaat.

“Wana.... Wana nak ucap terima kasih sebab tolong Wana lari tempoh hari.” Ujar Wana.

“Tak ada apalah. Lagipun kita sama-sama terperangkap dekat sana. Wana ada ingat siapa Ikmal?”

Soalan yang diajukan oleh Farhan, Wana balas dengan gelengan. Dia betul-betul tidak mampu mengingat semula. Namun ada cebisan ingatan tentang kebakaran dua tahun lalu samar-samar bermain di kotak memori.

“Tak apa. Suatu hari nanti kita pasti dapat tahu sesuatu. InshaAllah,” kata Farhan.

Tubuh dipusingkan ke arah tadi semula apabila telinganya menangkap bunyi kereta. Mata dikecilkan ke arah perkarangan rumah Mak Una. Ada sebuah kereta berwarna biru di situ. Selang beberapa saat, seorang gadis keluar dari kereta tersebut.


“Pegang Adam. Duduk diam-diam dekat rumah dan jangan keluar. Farhan ada kerja nak buat sekejap.” Ujar Farhan seraya memandang Wan Deejah dan Wana silih berganti. Adam sudah pun dilepas ke dalam dukungan Wana.

Sesudah itu, dia berlari anak menuju ke arah dapur Wan Deejah dari luar rumah. Dia perlu lakukan kerja dengan teliti agar diri tidak dikesani.

Halaman rumah Mak Una dihampiri. Sesekali Farhan mengerling ke arah gerangan gadis yang sedang bercakap dengan Mak Una.

“Datang nak apa?” Kasar Mak Una berkata.

“Arifah ada dekat rumah tak mak cik?”

“Tak ada.” Pintu ditarik ingin menutup, namun ditahan oleh gadis itu. Mak Una mendengus perlahan. Dia tak suka diganggu sebegini. Lantaklah anaknya itu nak buat apa atau nak pergi ke mana sekalipun. Dia tak kisah!

“Airin tahu Arifah tengah diburu oleh polis. Macam mana sekalipun, cuma Airin kawan Arifah. Cuma Airin dapat bantu Arifah. Kenapa mak cik berperangai macam ni? Sekarang tengoklah apa yang Arifah dah buat!” Marah Airin.

“Kau nak tahu kenapa? Kau nak tahu! Aku dah putus asa untuk nasihatkan dia! Aku tak ada anak berperangai macam syaitan!” Jerit Mak Una. Bengang dia terus-terusan ditanya tentang Arifah. Kelmarin polis yang datang mencari Arifah di rumahnya.

“Aku tak tahu celah mananya aku salah didik dia sampai jadi macam tu. Kau nak nasihatkan kawan kau tu, teruskanlah! Dia bukan anak aku lagi!” Ujar Mak Una lagi. Pintu dihempas kuat membuatkan bahu Airin terhinjut akibat terkejut.

“Tak guna!” Airin mendecit. Sebal dia dengan perangai Arifah. Entah apa yang Arifah lakukan kepada emaknya sehingga emaknya memberi reaksi sebegitu.

Farhan melangkah ke depan, memunculkan diri di hadapan Airin. Dahi gadis itu sudah berkerut melihat kehadirannya.

“Cik ialah kawan kepada Cik Arifah?” tanya Farhan.

TAKDIR DIATempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang