BAB 12

3.8K 158 5
                                    

Punggung Adam ditepuk perlahan, mendodoikan si kecil itu. Namun tepukan itu seakan langsung tidak berkesan melihatkan Adam masih tersedu-sedan menangis. Sudah disua botol susu, tetapi Adam tidak mahu. Mulut Wana pula tidak henti-henti menguap. Dia cukup letih hari ini kerana memujuk Adam sejak pagi.

“Adam nak apa sayang?” tanya Wana. Dikucup bahagian pelipis Adam sekejap. Dalam hatinya sudah berdoa agar demam Adam mulai kebah dan tangisan Adam akan berhenti. Risau melihatkan muka Adam sudah berubah merah akibat menangis tidak berhenti.

Tanpa menunggu lama lagi, Adam didukung lalu dibawa keluar dari bilik. Dapur dituju. Fikirnya mungkin Adam berasa lapar. Seharian hari ini Adam menolak untuk makan.

“Astaghfirullah!” Berdetak hebat jantung Wana tatkala melihat satu kelibat berhampiran singki sebaik sahaja suis lampu ditekan. Dada diusap. Terasa mahu melompat keluar jantungnya akibat terkejut.

“Eh... maaf. Terkejut sangat ke?” Serba salah Farhan jadinya. Salah dia minum air, tapi tak buka lampu.

“Tak apa encik.” Wana senyum kekok. Nasib baik dia tak menjerit tadi. Kalau dia menjerit, alamatnya seisi rumah terbangun nanti.

“Adam tak berhenti lagi nangis? Sini bagi dekat Farhan.” Tangan sudah dihulur ke depan ingin mengambil Adam dari dukungan Wana.

“Mungkin Adam lapar.” Farhan membuat andaian.

“Wana fikir macam tu juga. Dah bagi susu, tapi dia tak nak. Sekarang, Wana nak masak bubur nasi. Haraplah dia makan sebab sejak pagi tadi dia tak nak makan. Susu pun sikit je dia minum.” Ujar Wana.

“Masaklah bubur. Biar Farhan jaga Adam sekejap.”

“Tak menyusahkan encik ke?” Soalan Wana dibalas gelengan. Kerusi ditarik lalu dia duduk. Mahu ke ruang tamu, bimbang mengganggu tidur Ashraff pula. Sudahnya, dia duduk di dapur dan temankan Wana sahajalah.

Dalam diam, pandangan mata melirik ke arah Wana. Wanita itu cukup lincah melakukan kerjanya. Terlihat cukup matang walhal Wana hilang ingatan dan mengingat dirinya masih berusia 13 tahun. Mungkin sejak kecil sudah terlatih untuk berdikari seperti Syah.

Menyebut perihal Syah, lelaki itu hanya bersekolah sehingga sekolah menengah. Setelahnya tidak menyambung pelajaran malah mula bekerja untuk menyara Wan Deejah serta adik-beradik termasuk Fatisha. Pelbagai pekerjaan dilakukan, kini lelaki itu berjaya memiliki sebuah syarikat sendiri.

Betullah kata orang, pengorbanan dan susah payah seseorang akan dibalas setimpal. Perit dilalui Syah demi menjaga adik-adiknya dan membalas budi Wan Deejah.

“Aum cak!” Farhan mengagah Adam yang sudah berbaring di ribanya. Ketawa si kecil itu mula kedengaran membuatkan Wana memandang hairan. Ketawa pula bila Farhan agah! Bila dia agah, apa pun tak jadi. Makin melalak adalah. Mengada sungguh!

Tangan dilekapkan pada dahi Adam, merasa suhu Adam ketika ini. Senyuman manis diberi kepada Adam sebelum pandangan mata dikalihkan ke arah Wana. Wanita itu sedang mencedok bubur ke dalam mangkuk. Laju betul siap.

Kalau dia, mungkin masih teragak-agak dan tertanya-tanya bila masa bubur tu akan siap dimasak. Kan ada pula kes bubur nasi, tapi keras! Tak pun hangus bawah.

“Panas. Adam tak boleh makan lagi,” tutur Wana. Bubur di dalam mangkuk dikacau tanpa henti untuk menyejukkannya dengan lebih cepat.

TAKDIR DIATempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang