"Ema,nanti boleh tak you tolong I?"
Aku bersuara sambil menghirup minuman teh o halia di dalam gelas kaca.
"Tolong apa?" Ema, salah seorang rakan sekerja aku bertanya.
"I nak minta tolong kirimkan duit ni kepada Azmi. Dia sebelah bilik you kan?" Aku menghulurkan beberapa keeping not rm50 kepada Ema. Duit itu bertukar tangan.
"Boleh.. tapi ini duit apa ye?" Ema menjawap sambil menjamah roti bakar di hadapannya.
"Duit untuk program makanan percuma di masjid kolej. Dia yang anjurkan program itu bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan."
"Erm… ya… program tu. setiap hari selepas maghrib kan? Sesiapa boleh makan di masjid dengan percuma."
"Ha… tahu pun.. bukan semua pelajar ni dari golongan yang berkemampuan", aku menyambung.
"Azmi tu bersungguh- sunguh menjayakan program tu kerana dia pernah bercerita Kat I semasa dia belajar dia memang perit, kekangan duit kerana berasal dari keluarga yang kurang kemampuan. Sebab itu dia rasa dia dapat merasakan sengsaranya apabila terpaksa ikat perut untuk belajar," Ema mengelap tangannya dengan tisu basah yang diambil dari beg tangannya.
"I pun nanti-"
🎶sugar pie honey bun, you know that I love you… I can help myself-’🎶
Aku mula memejamkan mata, mengumpul kesabaran. Satu suara yang tidak asing lagi singgah di cuping telinga aku.
"Tu.. datang dah peminat you," Ema mengangkat – angkat keningnya ke arah empunya suara itu.
"Aduh! Pening kepala aku," aku meletakkan tangan di atas kepala aku. Bukan aku Tak perasan beberapa orang pelajar yang berada di sekitar aku mula tersenyum dan ketawa.
"Hellooo, bebeh!", sang si penyanyi itu bersuara.
"Did you miss me today?" Dia bertanya sambil mengenyitkan matanya kepadaku. Malah Satu flying kiss pun turut dihadiahkan kepadaku.
"Babe, baby.. bukan bebeh," aku membetulkan Amirul, sang penyanyi tersebut. Amirul ini sebenarnya seorang pensyarah untuk kelas lakonan dan drama. Jadi dia ni memang dramatic sikit.
Erm… pembetulan…
Bukan sedikit tapi memang tersangat dramatic dan dia salahkan darah seni yang kononnya mengalir di dalam dirinya.
"My dear ling Su, how are you today?"
Amirul dengan loghat Britain's English. Kemudian dia menegur Ema pula-
Dengan loghat yang sama!
"Good morning to you too, my lovely Ema,"
Amirul menundukkan dirinya seperti golongan bangsawan Inggeris di zaman pertengahan.
Ema menutup mulutnya dengan tisu menahan ketawa.
"Good morning Amirul," Ema membalas sapaan Amirul. Tanpa segan silu Amirul mengambil tempat di sisi Ema yang bertentangan dengan aku.
"Apa khabar bakal anak tiriku si Mikael yang bijak dan kacak serta manis seperti ibunya?," Amirul bersuara lagi. Penuh drama seperti di teater.
"Baik, sihat, Alhamdullillah", aku membalas. Layan ajela mamat ni.
Hari ini tema Jane Austen ke? Aku bertanya.
"Oh! Dear ling, that’s why I love you so much. You seem to understand me. We really did have a good connection."
"I'm you.. you're me.."
Siap penuh gaya yang sesuai demi menekan ayat akhirnya.
Aku cuba untuk tidak menjeling kepada Amirul. Tapi aku menarik Dan menghembus nafas dalam, separa mengeluh, separa menahan kejengkelan.
"Siapa Jane Austen tu?"Ema bertanya. Dia masih lagi cuba menahan ketawa apabila melihat Amirul mengeluarkan kipas tangan dari begnya dan mula mengipas – ngipas dirinya sambil sesekali mengipas aku yang di hadapanya.
"My lovely Suzanna, boleh terangkan", Amirul mengenyitkan lagi matanya kepada aku. Seram! Kesian bulu roma aku, mengelupur dalam diam.
"Penulis asal cerita 'pride and prejudice' tu," malas aku nak terangkan dengan terperinci walaupun aku ni kamus pengetahuan am bergerak.
"Ooo", itu je yang mampu Ema ucapkan.
"Sayangku Suzanna, bilakah kita boleh bersatu? Keluarga I semua sudah bersetuju. Cuma nak tunggu lampu hijau dari you sahaja," serentak dengan itu lagu “marry me by mark adam” pula berkumandang darinya.
"Untuk ke Sembilan belas kali, saya belum bersedia untuk kahwin semula, samada dengan awak atau mana – mana lelaki", aku bercakap dengan suara yang sesopan mungkin. Aku tidak tipu, memang ini adalah kali ke sembilan belas kali dia ajak aku kahwin. Aku bukan berniat pun nak mengira tetapi perkara itu adalah secara automatic tersimpan di dalam otak aku.
"Oh! Hatiku… bertahanlah…" kipas ditangannya semakin laju mengipas.
"Aku kan ada," ema bernada mengusik. Dia pula yang mengenyitkan mata.
"Bukan ku tak sudi Ema, tapi hatiku telah dicuri oleh si dia." Tangannya terus mengipas. Dengan lajunya...
"🎶oh! Unbreak my heart… say you love me again.. regresa a mi…"🎶
Amirul bernyanyi semula lagu Unbreak my heart nyanyian tony braxton.
Hm.. Regresa a mi adalah versi sepanyol lagu Unbreak my heart yang dinyanyikan semula oleh quatet lelaki paling berjaya iaitu Il divo. Suka sangat dengan kumpulan tu tapi apabila terpaksa dengar versi dari Amirul membuatkan telinga dan otak aku ingin membuat semakan semula tentang lagu ini.
Amirul masih lagi menyanyi lagu versi Regresa A Mi dengan suara ala ala Il Divo. Pastinya gelagat itu mencuit hati penonton sekeliling yang melihatnya.
Tanpa sebarang sebab, mungkin tabiat, jemari aku bermain-main garisan parut panjang pada wajah aku.
"Adakah Suzanna risau akan parut di wajah itu?"
'Here we go again!', hatiku berdetik.
"Adakah kerana itu my love tidak mahu terima akan lamaran ku ini?"
Jemariku berhenti dari bermain parut tersebut.
" Ketahuilah parut itu yang membuat hati ini bertambah terpikat", ujar Amirul lagi.
"Oh! My…"
Ema bersuara lagi sambil ketawa. Aku malas yang melayan kerenah Amirul, bingkas bangun dan mengucapkan terima kasih kepada Ema kerana sudi menemankan aku makan sebelum aku masuk makmal semula.
dan-
"Thanks Amirul for the proposal. I'm sorry but the answer is still no! It's me.. not you,"
Aku tidak lupa juga mengucapkan terima kasih kepada Amirul kerana sudi melamar aku untuk ke sembilan belas kali dan meminta maaf kerana aku terpaksa menolak lamarannya itu. Kemudian langkah ku laju menuju ke makmal. Banyak kerja yang sedang menanti.
"Who knows? Maybe twenty is my lucky number", Amirul separa jerit.
Aku tidak pasti sama si Amirul itu hanya bercanda atau dia betul – betul ingin memperisterikan aku tapi yang aku pasti buat masa sekarang aku masih selesa untuk hidup aku bersama Mikael. Walaupun kadang – kala gelagat Amirul mengundang rasa tidak senang di dalam hati ini, akan tetapi dia adalah seorang yang baik hati dan sentiasa bersedia memberi bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan termasuklah diri aku ini.
Aku tersenyum sendiri. Aku bukanlah ‘mangsa pertama’ si Amirul tu ajak kahwin tapi aku pasti yang aku bukan yang terakhir.
.
.
.
Nota dari penulis:Sorry.. lemau sikit awal2 Ni.. but please keep on reading n..
Jangan lupa ketik bintang
YOU ARE READING
OMG!!! SUAMIKU TEXAN
RomanceApa yang akan berlaku apabila anda mengalami amnesia terpilih? Amnesia itu pandai pula dia memilih untuk melupakan insan paling penting iaitu suami anda sendiri? Bukan setahun atau Dua tahun tapi empat tahun and counting!!! Akibat satu kemalangan, n...