PART 1

471 12 7
                                    

      Saya hanya mendiamkan diri bila ayah saya sudah mula bersuara . Semua adik beradik saya tiada yang berani membanta bila ayah sudah mahukan sesuatu kena di turuti juga apa kemahuan tu orang tua , semua pendapat dan syarat mesti diikuti . Tidak kira ko setujuh mahu pun tidak ayah lansung tidak memperdulikan perasaan orang . Umm dimana masa ini ayah sedang mengatur perkawinan saya dengan seorang lelaki yang saya tidak perna kenali apa lagi cintai , benci la bila semua yang kita mahu tidak di endahkan . Asyik perkataan yang sama " jangan malu kan keluarga " memang pun tidak sepatutnya memalukan keluarga . Tapi patut ka dizaman sekarang ini masih dijodohkan oleh keluarga . Memang tidak patut pun ba .
Macam biasa , semua kena ikut arahan orang tua . Huhu sedih ,
Umur masih muda tapi sudah di jodohkan , entah lelaki tu baik ka tidak bila sudah kawin macam - macam akan jadi sudah la kenal hati budi masing - masing pun belum . Ayah lansung tidak mahu faham keadaan saya , saya masih muda baru 20tahun . Sudah di kasih kawin entah lelaki mana la yang ayah pungut .
Odoii gea Vera ... matai la nak ...
Saya lansung belum mahu ada komitmen ... aduii .

Ayah -" jangan mahu bantah arahan ayah , kalau ayah cakap ya . Ya la kamu semua ... kalau tidak juga mahu dengar apa yang ayah mahukan . Ba silakan keluar ."

Minta balas kasihan sama ibu pun , sama juga " dengar saja la cakap ayah kamu tu "
Ya saya akui semua abang dan kakak saya bukan la jodoh pilihan diorang semua ... tapi adalah pilihan keluarga , setekat ini hubungan diorang baik - baik saja . Tapi mana la kita tahu kan . Mentang - mentang ayah sama ibu kena kasih jodoh . Anak - anak pun kena kasih ikut nasip diorang ba . Isy . Terbayang - bayang saya ada anak , body pun tidak sudah mantap macam bujang . Isy ... saya belum mahu kawin ...

Ibu -" Vera . Ayah kamu panggil ."

Saya "ummm , Ibu tidak boleh ka saya ikut arahan ayah tu ."

Ibu -" Vera .. semua kakak ko sudah kawin , tekan ko pun mahu lari macam kakak ko seorang tu . Tengok ayah lansung tidak mahu ambil peduli sudah tentang kakak ko . Kadang apa yang ibu bapa pilih itu yang menjadi terbaik untuk kamu nak . Contoh kedua abang dan kakak ko . "

Saya -" tapi ibu ... ibu tahu sendiri mana la saya pandai masak , buat kerja rumah semua . Dan saya pun masih belum mahu ada anak dan tangungjawap sebagai isteri bu ... ayah lansung tidak faham perasaan saya pun ."

Ayah -" sudah habis meluah dengan ibu kamu Vera , esok ko sudah jadi isteri orang ! Ubah gaya , belajar ... sampai bila tidak mahu belajar . "

Saya hanya mendiamkan diri bila ayah sudah dengar semuanya . Umm pasrah !
Yalah ... belajar , jangan saja kena cakap isteri yang bodoh , pemalas , tidak pandai buat kerja . Ini semua salah ayah !

》《》《》《》《》《》《》《》《》《

Hari yang keluarga saya nantikan pun sudah tiba , saya? Hanya menjadi seperti patung mengikut segala arahan . Sudah la sakit hati bila boyfriend saya tuduh saya bukan - bukan , ini bukan la kemahuan saya pun ! Bukan ... saya tidak mahu semua ni . Saya tidak mahu ada suami , saya belum puas enjoy ! Sakit ... sakit , benci !

Skip ( selesai majlis kawin )

Mama mentua -" cantik anak ko Sonya [ ibu ] tidak rugi anak saya kawin dengan dia ."

Ummm ya saya memang cantik ! Tapi tidak sempurna jadi isteri anak ko pun . Isy macam mahu jawap saja ba . Ya saya akui anak dia juga handsome , muka saja kali ... tapi hati mana kita tahu kan ... saya sudah tidaj dengar perbualan orang tua - tua bila fikiran saya sudah jauh melayang ! Bagus layan dunia sendiri daripada fikir yang bukan - bukan .
Saya terkejut bila Ibu menepuk bahu saya dengan perlahan . Sambil buat muka yang tidak bersalah , weii syukur la melatah saya tidak keluar . Umm . Boring , adakah time kawin boring ! Memang pun sebap bukan pilihan sendiri .

Ibu -" nak ... masuk la dalam bilik , lewat sangat sudah ni ... panggil la suami ko masuk , mungkin dia pun perlu rehat . "

Saya -" apa gea? Saya yang pergi bawa dia kunun . Uik na ba ... saya malu ... ibu tolong la panggilkan menantu kesayangan kamu tu."

Ayah -" kalau ibu cakap dengar la cakap . Jangan la nak melawan ! Kena sedar diri itu bukan lagi bujang . Sudah ada tangungjawap . "

Terdiam saya terus ba ! Punya gila ayah saya ni adakah patut , huhu seolah - olah saya yang tiada kesabaran sama ni suami bukan pilihan hati ohh . Terpaksa saya juga la yang berdiri pergi tempat tu lelaki . Saya tunduk saja ni . Hahaa bikin malu .

Saya -" umm ko masih mahu layan orang ka? Saya mahu duluan naik ni .  Mentua ko suruh tanya kalau ko mahu rehat ka tidak ."

Hahaha pandai - pandai bei , mentua lagi tu kena . Tu lelaki senyum saja dan ikut saya dari belakang ." Jangan saja la ko fikir saya perempuan gatal kio sebap duluan - duluan bawa masuk bilik ."
Bila kami sudah sampai di bilik saya . Kami sempat diam lagi ba , gila macam sot saja saya rasa , apa mahu buat dan cakap sama ni orang ohh .

Lelaki -" Hai ... nama saya Noah , siou baru tertegur sekarang . Umm minta maaf kalau dari mula majlis saya tidak tegur ko ."

Erk minta maaf ? Lain juga ...

Saya -" ohh tiada masalah baitu . Ba saya harap kali ni ko yang faham saya ... sebap ayah saya tidak faham saya . Saya sebenarnya tidak bersetujuh pun dalam perkawinan kita ni . Tapi memandangkan ayah saya tu bikin takut . So saya setujuh kawin dengan ko . Ko kena la faham keadaan saya kio Noah . Saya belum bersediah lagi mahu ada komitmen ba ni . Tapi itu la kalau ko di tempat saya pun akan faham . Saya masih muda ... umm "

Kasihan betul ni hidup . Di awal perkawinan dengan si Noah sudah menangis di depan dia pula , odoii memalukan sunggu . Saya berharap yang si Noah bagi saya peluang untuk faham keadaan kami sekarang ni . Saya tidak mahu memaksa diri saya untuk ada komitmen awal .
Saya terkejut bila bahu saya di sentuh dengan lembut .

Noah -" maafkan saya Vera . Saya tidak memaksa ko , terima kasih sebap terus terang dengan saya . Saya tunggu sampai la ko rasa sudah mahu betul - betul ada komitmen . Saya sendiri tahu bukan senang apa lagi dalam keadaan kita yang macam dipaksa . Saya minta maaf . "

Tanpa saya sedar saya memegang tangan suami saya . Gila suami? Hahaa ya la .. saya tersentuh tu perangai dia mahu bagi saya masa . Cara percakapannya ? Apakah dia berpura - pura baik didepan saya ka atau ada sebap lain . Tapi mata dia seolah - olah tidak menipu .

Saya -" terima kasih Noah . Saya usahakan untuk menjadi isteri ko yang baik . Kadang kelakuan saya agak kurang ajar juga . So saya minta maaf sedia yang saya bukan la isteri yang baik ."

Noah -" sama - sama kita membimbing kio ."

Bila kami berdua sudah diam , tidak tahu mahu cakap apa lagi ni ... saya tengok katil saya kecil saja ba . Tekan mahu tidur sama dia ni . Odoi tidak mungkin , masa itu juga la saya ingat boyfriend saya ba . " apa la si Jester buat sekarang tu? "

Noah -" ermm .. tidak pa saya faham apa ko fikir . Pergi la tidur di atas katil saya boleh tidur dekat lantai juga nanti . Ko tidak mahu rest awal . Saya rasa macam saya mahu ... "

Saya -" sudah saya cakap kan ! Ko faham ka? Ko ni penipu saja ba kali . Tidak saya percaya ko ni baik ba mahu bagi saya masa . Tengok ! Baru berapa minit ko cakap sudah ko membebel .. apa ko mahu arh? Saya rasa macam apa ? Ko jangan gila arh saya halau ko dari bilik saya ."

Saya tinggikan suara saya . Apa saya peduli , bodoh ni lelaki tadi cakap mahu bagi saya masa sekarang mahu apa lagi . Memang tidak boleh harap ohhh ! Isy .

Noah -" ko salah faham ni ."

Saya -" apa ko mahu arhhh . Isy sundalon punya laki . Kenapa la ayah saya boleh terpikat sama ko ni . Sekali ko kasih makan - makan dia kan? "

Turun naik nafas saya menahan marah bila si Noah macam tidak ambil peduli apa saya cakap . Lagi la saya terkejut bila kedengaran pintu bilik saya di ketuk dengan kuat . Kompom ayah , betul - betul la ko Vera cari nahas sendiri . Huuuuu si Noah pun bingung - bingung dia . Dengan keadaan terdesak . Takut lagi , terpaksa saya buka juga tu pintu ...
Bila saja saya buka pintu bilik , muka ayah saya jangan tanya la macam mana . Kompon macam udang kena masak . Merah - merah , " adui ayah tolong la kali ni jangan kasih malu saya depan suami saya ." Bikin malu .

BERSAMBUNG

SUAMI YANG BAIK COMPLETEWhere stories live. Discover now